Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Anak-anak nampak kebosanan terperap di rumah, bawa berkelah di Kolam Air Panas Cholo-Cholo, Hulu Tamu, Batang Kali. Datang pagi-pagi... mandi sampai tengah hari.. rentung kulit masing-masing.
Lokasi : Waze Cholo-Cholo Hotspring (terletak bersebelahan dengan Kolam Air Panas Hulu Tamu yang diuruskan oleh Majlis Daerah Hulu Selangor).
Bayaran masuk : RM3.00 je seorang.
Kemudahan : Ada kolam air panas (terbuka & tertutup), kolam air biasa untuk dewasa & kanak-kanak, pondok rehat, kolam memancing dan restoran.
Showing posts with label Berkelah. Show all posts

26 January, 2020
05 January, 2019
Berkelah di Air Terjun Serendah
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
~ Sekolah dah buka, tapi Along masih bercuti sampai minggu depan sebab maahadnya buka lambat sikit berbanding sekolah biasa. Jadi sementara cukup korum ni, bawa anak-anak berkelah lagi, kali ni di Air Terjun Serendah pula.
~ Air terjun ni jaraknya cuma kira-kira 4 km dari simpang lampu isyarat Kg. Dato' Harun, Serendah. Kena lalu Kg Orang Asli dan Pusat Serenti Serendah. Sekarang dah ada apps Waze tak payah cerita banyaklah kot pasal arah nak ke sini.
~ Kami keluar awal pagi. Tak jauh sebelum sampai air terjun, akan jumpa Kolam Pancing Mando di sebelah kiri. Memang dah rancang nak singgah memancing, hajatnya nak bagi peluang anak-anak merasa tarik ikan besar. Sempatlah bancuh umpan dedak perisa strawberi semalam. Memancing 3 jam kena bayar RM35 satu joran. Persekitaran kolam bersih dan cantik, disediakan juga pondok-pondok kecil lengkap dengan kipas. Namun rezeki tak menyebelahi, membangaulah kami selama 3 jam tu termasuk 3-4 orang pemancing lain termenung tak dapat ikan. Padahal banyak je ikan berjoget-joget di tengah kolam. Cuma ada sorang pakcik tu yang dapat naikkan 2 ekor patin. Mungkin umpan kami tak menepati citarasa ikan-ikan di sini.
~ Kecewa memancing, kami ke air terjun pulak. Bayaran masuk cuma RM1 je untuk satu kereta. Di sini ada gerai makanan, surau, tapak perkhemahan yang luas, taman permainan kanak-kanak, pondok rehat serta tandas yang bersih. Di depan air terjun ada 3 pondok batu yang sentiasa lembab kena percikan air terjun... siapa cepat dia dapat.
~ Air terjunnya jernih, sejuk dan menyegarkan. Walaupun rendah je tapi deras airnya terutama di bawah air terjun yang katanya ada pusaran air. Terdapat juga tempat cetek yang sesuai untuk kanak-kanak tapi kena sentiasa perhatikan supaya tak pergi ke tempat yang agak dalam. Khabarnya pernah juga berlaku kes kematian di sini akibat kejadian kepala air. Jadi sentiasalah peka dengan keadaan cuaca... agak-agak nampak cuaca gelap atau hujan tu cepat-cepatlah naik.
~ Waktu kami di sini alhamdulillah cuaca baik... dapatlah anak-anak mandi-manda puas-puas sebelum berangkat balik menjelang jam 3.00 pm.

Kategori :
Berkelah
09 December, 2018
Berkelah di Rimba Rekreasi Bukit Bertangga, Bera
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
~ Cuti sekolah. Bawa anak-anak dan anak buah berkelah di Rimba Rekreasi Bukit Bertangga, Felda Kumai, Bera. Di kalangan orang tempatan popular dengan nama Air Terjun Bukit Bertangga. Tak jauh dari rumah mak aku sebenarnya, tapi selama ni tak terlintas pulak nak singgah. Masa kami di sini taklah ramai sangat orang, mungkin sebab lokasinya yang agak terpencil.
~ Orang kata ada dua tingkat air terjun setinggi 20 & 30 meter, tapi tak sesuai untuk mandi sebab kolamnya kecik malah perlu mendaki melalui cerun berbatu yang agak berbahaya. Jadi kami mandi kat sungai bahagian bawah je yang taklah dalam sangat... sesuai la untuk budak-budak.
~ Jabatan Perhutanan Pahang ada menyediakan kemudahan pondok rehat, tandas, bilik persalinan, parkir kereta dan tapak perkhemahan. Makanan kena bawa sendiri sebab tiada gerai menjual makanan di sini.
~ Mandi lebih kurang dua jam je di sini, anak-anak yang kecik dah menggigil kesejukan... boleh tahan sejuk airnya.

12 August, 2018
Trekking ke Sg. Chiling
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
12 Ogos 2018 (Ahad) - Dah lama tak bawa anak-anak bermain dengan ikan kelah jinak di Santuari Kelah Sg. Chiling. Kali ni pergi dengan beberapa orang rakan sepejabat. Makin ramai orang yang datang ke sini, terutama kat air terjun... kena selak orang baru nampak ikan... serabut! Lebih baik cari port yang tak ramai orang sepanjang perjalanan turun... barulah aman sikit.

01 April, 2018
Taman Rekreasi Air Wadi Al-Amin, Kg. Berhala Gantang, Temerloh
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Balik dari kampung, sempat singgah sekejap bawa anak-anak dan anak-anak buah berkelah mandi manda di Taman Rekreasi Air Wadi Al-Amin, Kampung Berhala Gantang, Seberang Temerloh... kira-kira 10km dari bandar Temerloh. Nak elak sesat ke sini boleh guna waze je.
Wadi al-Amin ni pada asasnya dibina bagi menampung perbelanjaan pengurusan Maahad Tahfiz al-Quran al-Amin yang terletak bersetentangan dengan Wadi al-Amin. Bayaran masuk dikenakan RM5 untuk dewasa; kanak-kanak RM3 dan percuma untuk orang kurang upaya (OKU) dan warga emas 70 tahun ++. Bolehlah berkelah sambil menyumbang dana pengurusan maahad tahfiz.
Waktu buka:
Isnin : Tutup
Selasa-Jumaat : 3.00 pm - 6.30 pm
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : 9.00 am - 6.30 pm

Walaupun kemudahannya taklah sehebat Bukit Gambang Waterpark atau sekurang-kurangnya Kubang Gajah Mini Waterpark, yang penting ianya berkonsepkan islamik di mana syarat utamanya; pengunjung mesti menutup aurat dan tidak berpakaian menjolok mata. Selain ada kolam untuk kanak-kanak serta kolam muslimin yang agak dalam untuk remaja dan dewasa, ada juga disediakan sebuah kolam berasingan tertutup bagi muslimah sahaja. Alhamdulillah terbaik!
Moh ramei2 kite ke sane!!!
Kategori :
Berkelah
31 January, 2016
Kolam Air Panas Lubuk Timah, Ipoh
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Hampir 13 tahun kahwin dengan orang Ipoh, baru ku tahu kat Ipoh ada kolam air panas. Jadi semasa balik Ipoh menziarahi bapak mertua yang kemalangan motosikal dan mak mertua yang kurang sihat kerana diserang stroke ringan, kami sekeluarga sempat singgah di Kolam Air Panas Lubuk Timah, Simpang Pulai... tempat rekreasi 2 dalam 1... ada kolam air panas dan air terjun.
Cara untuk ke sana, ikut jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands... lebih kurang 6 km dari jalan besar Simpang Pulai. Akan melalui kawasan yang banyak kuari, sambil tu usha-usha lah papan tanda Kolam Air Panas Lubuk Timah di sebelah kiri.
Kalau jalan ke atas sikit lebih kurang 300 meter, akan jumpa air terjun dari atas empangan. Tapi khabarnya kat bawah air terjun tu airnya dalam dan berbahaya disebabkan pusaran air... juga pernah meragut nyawa... jadi lebih baik mandi kat kawasan bawah-bawah sikit dari air terjun ni...
Kami ke sini bawa mak mertua sekali, dapat juga rendam kaki dalam kolam air panas untuk melegakan ketegangan urat saraf dan melancarkan peredaran darah. Semoga kedua-dua mertuaku cepat sembuh seperti sediakala... aamiin.
Hampir 13 tahun kahwin dengan orang Ipoh, baru ku tahu kat Ipoh ada kolam air panas. Jadi semasa balik Ipoh menziarahi bapak mertua yang kemalangan motosikal dan mak mertua yang kurang sihat kerana diserang stroke ringan, kami sekeluarga sempat singgah di Kolam Air Panas Lubuk Timah, Simpang Pulai... tempat rekreasi 2 dalam 1... ada kolam air panas dan air terjun.
Cara untuk ke sana, ikut jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands... lebih kurang 6 km dari jalan besar Simpang Pulai. Akan melalui kawasan yang banyak kuari, sambil tu usha-usha lah papan tanda Kolam Air Panas Lubuk Timah di sebelah kiri.
![]() |
| kolam air panas taklah besar sangat... kat sebelah sungai je |
![]() |
| lengkap kemudahan surau, chalet, pondok wakaf dan tandas awam |
![]() |
| kredit foto Facebook Page Pusat Rekreasi Lubuk Timah |
![]() |
| sungai di sebelah kolam air panas |
![]() |
| foto kredit Facebook Page Pusat Rekreasi Lubuk Timah |
Kami ke sini bawa mak mertua sekali, dapat juga rendam kaki dalam kolam air panas untuk melegakan ketegangan urat saraf dan melancarkan peredaran darah. Semoga kedua-dua mertuaku cepat sembuh seperti sediakala... aamiin.
Kategori :
Berkelah
24 October, 2015
Berkubang di Kubang Gajah Mini Waterpark, Temerloh
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
~ Balik kampung menziarahi mak dan saudara mara, sempat singgah bawa anak-anak berkubang di Kubang Gajah Mini Waterpark, Temerloh. Taman air ni sebenarnya dah lebih setahun dibuka, tapi kami biasanya lalu je tak terlintas pulak nak singgah.
~ Lokasi berdekatan jambatan Temerloh dan bersebelahan Stadium Mini Temerloh. Nama je mini waterpark tapi agak besar juga kawasannya. Bayaran masuk pun boleh kata murah; RM10 untuk dewasa dan kanak-kanak bawah 12 tahun cuma RM8.
~ Mini waterpark ni hanya sesuai untuk kanak-kanak sebab kolam mandinya cetek je, golongan dewasa jadi tukang layan anak-anak boleh la.
~ Tak macam taman tema lain, di sini boleh bawa masuk makanan sendiri, berapa banyak nak bawa pun boleh tapi di dalam ni pun ada jual makanan.
~ Dari waterpark ni dibuka jam 9.00 pagi hingga masuk waktu zuhur, puaslah si Along, Angah dan Aina bersama Pokde dan acik Ijah mereka berendam dan main gelongsor sepuas-puasnya. Lain kali balik kampung nak datang sini lagi kata mereka.

,
Jalan-Jalan
31 January, 2015
Air Terjun Lata Medang, Kuala Kubu Baru
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Line-up: Aku, Along, Angah, Shahrul, Rozan, Faliq, Jiha, Khairul, Ruby & Kyra. Semua tak pernah pergi ke sini sebenarnya tapi redah je berpandukan cerita dari para blogger yang pernah sampai, dan bertanya Orang Asli yang ditemui kat tempat parking.
Lokasi: Air Terjun Lata Medang terletak di Kuala Kubu Baru. Masuk ikut Kg.Pertak, perkampungan Orang Asli berdekatan Empangan Sg. Selangor. Tempat permulaan yang sama untuk ke Bukit Kutu. Trail yang taklah terlalu susah, hanya ada sedikit pendakian.
Jarak perjalanan: Lebih kurang 6km sehala... Dari tempat parking mengambil masa lebih kurang 2 jam bergantung kepada tahap stamina masing-masing.
Eh tetiba malas dah nak tulis... gambar-gambar di atas tak dapat nak menggambarkan keindahan Lata Medang ni... pendek kata Lata Medang memang best lah. Tak caya tanya Along & Angah, seronok betul diorang mandi air terjun. Tak caya juga pergilah ke sana hayati dan tengok sendiri.

06 October, 2014
Salam Aidil Adha...Berkelah di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
5 Oktober 2014 (Ahad) ~ Salam Aidil Adha. Kami cuma mengorbankan diri dengan tak pulang ke kampung, sebaliknya cuma beraya di rumah sendiri. Selesai solat raya dan tolong melapah seekor lembu yang dikorbankan di kejiranan aku, melepak saja di rumah bersama keluarga.
6 Oktober 2014 (Isnin) ~ Cuti gantian sebab raya semalam jatuh hari ahad. Pagi tu kami merancang nak berkelah di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu. Masa pergi Bukit Kutu minggu lepas, ternampak satu port baik untuk berkelah sebab bebas dari pencemaran, insya Allah mintak dijauhkan dari virus kencing tikus. Airnya juga taklah terlalu dalam dan deras jadi sesuailah untuk budak-budak main air.
~ Untuk ke port ni perlu trekking kira-kira 1 km melalui trek yang agak landai, dua kali menyeberangi sungai menggunakan dua jambatan besi dan sekali lagi lintas sungai dengan meranduk air. Sebenarnya di sebelah bawah pun boleh berkelah, tapi biasanya ramai pengunjung dan banyak pulak sampah. 3.00 PM - cuaca mula mendung... masa untuk balik. Kira puaslah anak-anak mandi-manda dari pagi sampai petang.

31 May, 2014
Catatan Perjalanan Mei 2014
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Buat entri bergambar je, malas nak tulis panjang-panjang sebab kesibukan melampau.
1/5/2014 (Khamis) - Seluruh Malaysia bercuti hari ni untuk menyambut harijadi Along yang ke-10. Tapi Along (dan Angah juga) mengambil keputusan untuk menyambutnya dengan cara berbeza, iaitu menemani ayahnya (dan kawan-kawan) menjalani latihan untuk misi Kinabalu di Bukit Broga dan Gunung Tok Wan, Semenyih. Balik rumah barulah ada sambutan kecil-kecilan sambil dijamu dengan kek pavlova hasil air tangan ibunya. Selamat hari jadi Along!
10/5/2014 (Sabtu) - Jogging di Taman Tasik Perdana atau nama barunya Taman Botani Perdana. Ingatkan ramai yang training sama, rupanya cuma 3 orang yang datang.
24/5/2014 (Sabtu) - Gunung Datuk menjadi gunung kedua berjaya ditawan oleh Along & Angah selepas Gunung Tok Wan. Turun semula petangnya, berkhemah semalaman di kaki gunung.
27/5/2014 (Selasa) - Secara rasmi diberi peluang meningkatkan potensi diri setahap lebih tinggi. Alhamdulillah, ini anugerah berganda setelah dipilih menerima anugerah khidmat cemerlang. Peningkatan dalam kerjaya bermakna tanggungjawab makin bertambah. Sibuk nak mampus mengalahkan PM le aku lepas ni... haha.
31/5/2014 (Sabtu) - Selesai majlis kenduri kahwin keluarga sebelah mertua di Sitiawan... sebelum balik Ipoh singgah santai di Pantai Teluk Batik.
Buat entri bergambar je, malas nak tulis panjang-panjang sebab kesibukan melampau.
1/5/2014 (Khamis) - Seluruh Malaysia bercuti hari ni untuk menyambut harijadi Along yang ke-10. Tapi Along (dan Angah juga) mengambil keputusan untuk menyambutnya dengan cara berbeza, iaitu menemani ayahnya (dan kawan-kawan) menjalani latihan untuk misi Kinabalu di Bukit Broga dan Gunung Tok Wan, Semenyih. Balik rumah barulah ada sambutan kecil-kecilan sambil dijamu dengan kek pavlova hasil air tangan ibunya. Selamat hari jadi Along!
10/5/2014 (Sabtu) - Jogging di Taman Tasik Perdana atau nama barunya Taman Botani Perdana. Ingatkan ramai yang training sama, rupanya cuma 3 orang yang datang.
24/5/2014 (Sabtu) - Gunung Datuk menjadi gunung kedua berjaya ditawan oleh Along & Angah selepas Gunung Tok Wan. Turun semula petangnya, berkhemah semalaman di kaki gunung.
31/5/2014 (Sabtu) - Selesai majlis kenduri kahwin keluarga sebelah mertua di Sitiawan... sebelum balik Ipoh singgah santai di Pantai Teluk Batik.
Kategori :
Berkelah
,
Hiking
,
Kerja
,
Sukan/Rekreasi
26 April, 2014
Hari Keluarga POG @ Restu Ibu Resort
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
26 April 2014 (Sabtu) - Hari Keluarga ofis aku diadakan di Resort Restu Ibu, Kg Ulu Kalong, Ulu Yam. Memang meriah. Datang bertiga dengan anak-anak bujang je... si ibu terpaksa duduk rumah bersama anak perempuannya yang dijangkiti 'chickenpox'.
Aktiviti - lebih kurang samalah macam hari keluarga lain... main-main (sukaneka), mandi-manda, bakar-bakar (bbq), makan-makan, cabut-cabut (cabutan bertuah)... cuma nyanyi-nyanyi je yang takde sebab ada sikit masalah teknikal.

Hari Keluarga
02 March, 2014
Trekking ke Air Terjun Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu
Pada 2 Mac 2014 (Ahad), aku dan Angah bersama beberapa rakan sepejabat iaitu Bazri, Rohaizad, Faizal & isteri, Shahrul serta Rozan & sepupunya berkesempatan menyertai aktiviti trekking di Air Terjun Sungai Chilling, Kuala Kubu Bharu. Sempena musim kemarau dan mungkin rumah masing-masing sedang mengalami catuan air, kelihatan mereka begitu bersemangat untuk mencari ketenangan (atau mencari air) di air terjun ini.
Setelah membeli sedikit bekalan makanan di Pasar Peladang Kuala Kubu Baru, perjalanan diteruskan. Air Terjun Sungai Chilling ini terletak kira-kira 14 km dari pekan Kuala Kubu Bharu, mengikuti jalan menuju ke Bukit Fraser. Selepas Empangan Sungai Selangor dan selepas melalui satu jambatan sempit, akan jumpalah jalan masuknya di sebelah kanan jalan melalui pintu gerbang tertulis Santuari Ikan Sungai Chiling. Tempat ini dibuka untuk pelawat hanya pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dari 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Hari-hari lain ditutup untuk kerja-kerja pemuliharaan.
Faizal dan isterinya telah menunggu kami di pintu gerbang tersebut. Dari pintu masuk tersebut kena trekking pula lebih kurang 500 meter sampailah jumpa tapak perkhemahan yang cukup luas dan lengkap dengan kemudahan tandas, surau, wakaf dan kaunter pendaftaran. Santuari ini dijaga dan diuruskan oleh Jabatan Perikanan. Bayaran masuk cuma RM 1 seorang.
Aku pernah berkhemah sekeluarga di sini tahun lepas, ceritanya di SINI
9.00 pagi, kami memulakan trekking ke air terjun menyusuri laluan yang agak landai, memakan masa kira-kira 45 minit dan perlu melintasi anak sungai 6 kali termasuk 1 jambatan gantung (sungai yang sama sebenarnya, cuma kena lintas banyak kali sebagai jalan pintas ke air terjun). Selepas 3.00 petang tak dibenarkan mendaki ke air terjun atas sebab-sebab keselamatan. Petang-petang selalu hujan, khabarnya di sini bila hujan sering berlaku kejadian kepala air, kalau terkandas atau dilanda kepala air buruk padahnya.
Di sepanjang sungai banyak ikan kelah dan tengas berkejar-kejaran dan akan mengerumuni kita kalau ditabur makanan. Makanan ikan boleh dibeli di kaunter pendaftaran tadi pada harga RM 2 sebungkus. Dilarang sama sekali menangkap ikan di sini dengan apa cara sekalipun, sama ada memancing, menjala, menyauk, menuba mahupun jika ilmu anda hebat dan mampu menangkap ikan menggunakan tangan kosong. Hukumannya agak berat iaitu boleh didenda sehingga RM 10,000 atau penjara sehingga 3 tahun atau kedua-duanya sekali.
Terdapat tiga tingkat air terjun di sini. Tingkat paling bawah paling ramai pengunjung, tingkat kedua sangat curam dan tiada laluan, manakala untuk ke air terjun tingkat ketiga perlu mendaki melalui laluan yang agak curam di tepi air terjun serta tidak begitu sesuai untuk kanak-kanak.
Tapi alang-alang dah sampai, kami terus menuju air terjun tingkat ketiga di mana terdapat kolam yang besar untuk berenang dan berendam. Selepas itu kami turun semula dan singgah sebentar di air terjun pertama yang dipenuhi pengunjung. Memikirkan tidak selesa untuk mandi di situ, kami mencari lokasi lain yang lebih baik untuk berenang dan berendam sepuas-puasnya sebelum meneruskan perjalanan balik menjelang tengah hari.

| seronok betul angah mandi air terjun & main dengan ikan kelah |

12 January, 2014
Trekking ke Air Terjun Lepoh, Ulu Langat
12 Januari 2014 (Ahad) - Pergi jungle trekking dengan beberapa rakan sepejabat menjelajah Air Terjun Lepoh, Ulu Langat. Bawa si Along & Angah sekali, biar budak-budak ni lebih lasak dan cintakan alam semulajadi.
8.30 am - Singgah bersarapan di Pekan Bt. 18 Ulu Langat. Kemudian membeli bekalan makanan untuk dimakan di air terjun nanti.
9.30 am - Berkumpul di starting point di Asli Adventure Camp, Sungai Lepoh. Parking kereta di sini. Mula trekking melalui dusun buah, kebun getah dan seterusnya menyusuri denai hutan yang kebanyakannya landai dan kadangkala perlu mendaki bukit yang taklah terlalu sukar. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah. Si Angah laju je kat depan, si Along pulak agak slow sebab badan dah makin berat... sampai termuntah dia sebab perut penuh nasi lemak... haha.
11.00 am - Sampai di Air Terjun Lepoh. Angah yang dah sampai dulu dah siap terjun berendam dulu, tak sabar-sabar! Last2 dia yang naik dulu, menggigil kesejukan. Memang sejuk betul airnya. Along rilek je sebab simpanan lemak dia agak banyak. Penat mandi, makan bekalan yang disiapkan ibu mereka subuh2 tadi.
2.00 pm - Berkemas untuk pulang dan trekking keluar semula ke starting point yang mengambil masa kira-kira 1 jam.
8.30 am - Singgah bersarapan di Pekan Bt. 18 Ulu Langat. Kemudian membeli bekalan makanan untuk dimakan di air terjun nanti.
9.30 am - Berkumpul di starting point di Asli Adventure Camp, Sungai Lepoh. Parking kereta di sini. Mula trekking melalui dusun buah, kebun getah dan seterusnya menyusuri denai hutan yang kebanyakannya landai dan kadangkala perlu mendaki bukit yang taklah terlalu sukar. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah. Si Angah laju je kat depan, si Along pulak agak slow sebab badan dah makin berat... sampai termuntah dia sebab perut penuh nasi lemak... haha.
2.00 pm - Berkemas untuk pulang dan trekking keluar semula ke starting point yang mengambil masa kira-kira 1 jam.
24 June, 2013
Ulu Kenas-Lumut-Ipoh
Menghantar orang rumah dan pak mertuaku menghadiri mesyuarat agung tahunan koperasi kat Kuala Kangsar. Mesyuarat yang wajib pergi sebab elaun datang mesyuarat pun dah RM300. Kaya betul koperasi ni.
Mesyuaratnya dari pagi sampai ke tengahari, takkan aku dan anak-anak nak tunggu kat tempat mesyuarat je. Lagi bagus bawa anak-anak pergi berkelah di Hutan Lipur Ulu Kenas...12 km dari Kuala Kangsar. Memandangkan pagi-pagi lagi dah sampai, belum ada orang lain pun kat sungai tu. Memang si Along, Angah dan Aina conquer habislah tempat yang kami mandi tu.
Lepas habis meeting tengahari tu, ikut cadangan orang rumah nak jalan-jalan kat Lumut, 88 km dari Kuala Kangsar. Sempat singgah di Pekan Manong, mengimbau nostalgia melawat rumah lama keluarga mertua yang pernah tinggal selama 8 tahun di kuarters jabatan hutan di situ.
Cuaca berjerebu menyambut ketibaan kami di Bandar Lumut. Banyak gerai menjual hasil laut di sini, ronda-ronda dan beli-belah sikit, kemudian lepak kat jeti Lumut... otai (mertua) dah tak larat nak jalan jauh. Dalam perjalanan balik, singgah tengok kaum kerabat kera di Taman Paya Bakau, kemudian terus balik ke Ipoh.

26 January, 2013
Singgah Lata Kinjang
Dalam perjalanan balik ke rumah mertua di Ipoh, tiba-tiba tergerak nak singgah berkelah di Lata Kinjang, Tapah. Sebenarnya Lata Kinjang ni memang terletak di tengah perjalanan setiap kali nak balik rumah mertua. Dah dekat 10 tahun kahwin baru ni tergerak nak singgah, padahal nak ke sana cuma 8 km dari jalan lama Ipoh-KL. Kalau dari hiway memang nampak jelas air terjun Lata Kinjang ni.
Malas nak cerita dah, biar gambar yang bercerita!
Malas nak cerita dah, biar gambar yang bercerita!
Kategori :
Berkelah
24 June, 2012
Picnic @ Ulu Kenas
Menghantar orang rumah & pak mertua menghadiri mesyuarat agung tahunan koperasi kat Kuala Kangsar. Mesyuarat yg mesti pergi sebab elaun datang mesyuarat pun dah RM300. Kaya betui koperasi nih.
Mesyuaratnya dari pagi sampai ke tengahari, takkan aku & anak2 nak tunggu kat tempat mesyuarat.
Ada lagi bagus bawa anak2 pergi berkelah kat Hutan Lipur Ulu Kenas...tak jauh dari Kuala Kangsar... sambil makan durian tepi sungai... oh nikmatnya!

15 June, 2012
Cuti Sekolah Jun 2012
Huh, dah sebulan tak update blog ni... kononnya sibuk mengalahkan menteri.
Entri bergambar ni sekadar nak mencatat peristiwa2 yg terjadi sepanjang cuti sekolah pertengahan tahun 2012 selama 2 minggu... semuanya dilonggokkan dalam 1 entri ini...
1-2 Jun (Jum-Sabtu); Pergi kenduri kahwin kat rumah kakak ipar kat Bangi. Selamat Pengantin Baru Wawa & Wan, semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat... 1 Jun juga bermakna aku & isteri pernah menjadi pengantin baru tapi peristiwa tu dah 9 tahun berlalu. Sila ucapkan 'happy anniversary' kpd aku & isteri.
4 Jun (Isnin); cuti sekolah ni Along mintak nak duduk kampung ayahnya sampai hujung minggu ni... seronok le tu duduk kat kampung. Ambik cuti bawa anak-anak dan adik-adik sepupu mandi-manda kat Bukit Gambang Waterpark. Petangnya terus balik KL. Nampaknya minggu depan kena balik kampung lagi ambik Along.
9 Jun (Sabtu); Petang ada kejohanan bowling tertutup anjuran ofis aku. Disebabkan tak terrer lagipun main setahun sekali je, aku main sekadar untuk memeriahkan acara.... Tapi bini aku walaupun tak terrer juga, ntah macam mana tahun lepas bini aku termenjadi juara kategori wanita...rupanya ramai lagi yg tak terrer... kiranya dialah yg paling terrer di kalangan yg tak terrer tu...huhu. Tahun ni dia jatuh no.5 mungkin sebab yg tak terrer tu dah berlatih bersungguh-sungguh utk menterrerkan diri masing-masing gamaknya. Habis acara dah nak maghrib, terus balik kampung nak jemput Along balik.
10 Jun (Ahad); Hari ni hari terakhir cuti sekolah. Dari kampung, sempat singgah makan kenduri kahwin sahabat lama kat Gombak. Selamat pengantin baru Khairul Ikhsan & isterinya... semoga kekal bahagia hingga ke syurga....
Kalau lepak lama sikit mungkin boleh jumpa kawan-kawan lama. Tapi tak dapat nak lepak lama sikit sebab kena bergegas pergi kursus selama 3 hari kat Institut Latihan Statistik Malaysia, Sungkai (naik kenderaan jabatan).Walaupun malas nak berkursus tapi terpaksa pergi juga.
Tammat...

Nikah Kahwin
,
Sukan/Rekreasi
,
Ulangtahun
31 December, 2011
Cerita Hujung Tahun 2011
~ Agak lama tiada entri baru kerana penulisnya tersangat sibuk bekerja mengalahkan Perdana Menteri. Sepanjang bulan November hingga awal Disember boleh dikatakan setiap hari termasuk Sabtu & Ahad terpaksa O.T demi menyelesaikan kerja yang berlambak di hujung tahun. Nak bawak anak bini gi jalan-jalan cuti sekolah ni pun tak sempat.
~ 12/12/11 (Isnin) ; Hari cuti am sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor. Main futsal friendly lawan Pejabat Operasi Kajang kat gelanggang futsal ntahapakenama kat Jln Reko, Kajang. Masing-masing menghantar 2 pasukan iaitu pasukan Kajang A (anggota tetap), Kajang B (sambilan), Gombak A (tetap) dan Gombak B (sambilan). Dijalankan secara liga sepusingan di mana berkesudahan dengan Kajang B menjadi juara. Team aku Gombak A no.3... pingat gangsa pun jadilah...
~ 15-17/12/11 (Khamis-Sabtu); Terpaksa tinggalkan anak bini lagi tiga hari. Kena pergi taklimat PHP pulak kat Selesa Beach Resort, PD.
~ 18/12/11 (Ahad) ; Baru ada kelapangan masa bawa anak jalan-jalan, tapi tak jauh mana cuma pergi mandi sungai kat Templer Park. Janji anak-anak gumbira.
~ 21/12/11 (Rabu) ; Selamat hari jadi anakku Angah yang ke-5. Aku selalu confuse umur sebenar dia sebab dia lahir hujung tahun. Cuma buat sambutan kecil-kecilan 5 beranak shj. kat rumah.
~ Kerja dah selesai, ambil peluang pulak untuk bercuti panjang sambil menguruskan persiapan persekolahan anak-anak... beli kelengkapan persekolahan... beli tu, bayar ni... nasib baik dibantu oleh bini dan jugak dapat duit bonus setengah bulan gaji dan bantuan pendidikan RM100... Kerajaan dah bagi... ambik dan terima kasih sajalah jangan banyak bunyi!
~ Lepas cuti Krismas, balik kampung bini 2-3 hari. Masa nak balik sempat singgah berkelah di Sg. Klah Hot Spring, bersama mertua dan abang ipar. Terima kasih kepada abang ipar yang sudi membelanja kami sekeluarga. :)
~ Sekarang orang kerja gomen tengah hangat pasal Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) & opsyen pencen dari 58 ke 60 tahun. Sebelum bercuti aku dah sain mana yang patut... kekal pencen pada umur 58 dan sain sajalah penerimaan SBPA. Sebarang isu berbangkit pasal gaji biar Qpac & JPA bincang kemudian. Sebarang ketidakadilan biar Allah shj membalasnya.Yang penting sekarang aku nak cutiiiiiiiiiii....!!!
Selamat tahun baru 2012.

12 February, 2011
Picnic @ DR Campsite, Hulu Langat
~ Suatu hari Sabtu, bawa anak-anak dan dua sepupunya (anak kakak aku) berkelah kat DR Campsite, Kg Lubuk Kelubi, Hulu Langat.
~ Kalau nak parking kereta betul-betul dalam kawasan campsite, jalan masuk agak sempit dan mencabar. Kalau taknak ikut jalan tu, boleh ikut jalan satu lagi tapi kena berjalan kaki jauh sikit (lebih kurang 100 meter) dari tempat parking ke campsite.
~ Sungainya memang cantik dan bersih, sesuai la untuk kanak-kanak mandi-manda. Sedar tak sedar, dari pukul 11.00 am sampai 5.00 pm bebudak tu berendam tengah panas. Naik makan sekejap pastu sambung berendam balik. Habis rentung!
Kategori :
Berkelah
10 October, 2010
Suatu hari di Sunway Lagoon
Dah lama tak update blog ni... sibuk dgn kerja, out station sana sini.
Suatu hari cuti, sempatlah kami sekeluarga pergi Sunway Lagoon. Setelah berbelas tahun bermastautin kat area KL/Selangor, inilah pertama kali datang ke sini. Itupun sebab dapat tiket masuk free (abang ipar aku bagi).
Moh kita ramai2 datang ke sini. Boleh cuci mata melihat berbagai spesis manusia yg berpakaian tapi macam telanjang, Kalau berkulit mulus & gebu takpe juga, tapi ramai yg menggeleber & berselulit sana sini...hahaha.
Owh... banyak dosa aku bertambah hari ni.
Suatu hari cuti, sempatlah kami sekeluarga pergi Sunway Lagoon. Setelah berbelas tahun bermastautin kat area KL/Selangor, inilah pertama kali datang ke sini. Itupun sebab dapat tiket masuk free (abang ipar aku bagi).
Owh... banyak dosa aku bertambah hari ni.
Kategori :
Berkelah
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)
Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.
Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.
Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.