PTT Outdoor
Showing posts with label Hari Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Hari Keluarga. Show all posts

07 March, 2020

Majlis Hari Keluarga & Ramah Mesra kejiranan baru

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Buat pertama kalinya sejak berpindah ke kejiranan baru, penduduk bergotong royong mengadakan Majlis Hari Keluarga Dan Ramah Mesra dengan tema ala-kampung. Ada yang belum pindah masuk rumah pun lagi, tapi sanggup datang untuk sama-sama memeriahkan majlis yang julung-julung kalinya diadakan.


Jamuan makan berkonsepkan bbq dan potluck... meriah dengan pelbagai jenis juadah. Agenda utama nak memilih AJK Penaja sementara untuk menubuhkan persatuan penduduk. Acara selingan ada cabutan bertuah dan karaoke. InsyaAllah bila dah tertubuhnya persatuan penduduk nanti, akan ada lagi aktiviti - aktiviti komuniti seperti ini untuk mengeratkan lagi jalinan ukhwah sesama jiran.


15 December, 2019

Hari Keluarga di Melaka

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

13-15 Disember 2019 (Jumaat - Ahad) - Hari Keluarga ofis aku bertempat di Amverton Heritage Resort, Ayer Keroh, Melaka.

~ 13 Dis (Jumaat) : Bertolak lepas subuh sebab nak jalan-jalan cari sarapan di Ayer Keroh. Tempat dituju gerai Roti Selimut Pak Ali... pekena roti welding dan roti selimutnya. Dah kenyang, kami ke Pusat Rekreasi RedTma di Tasik Ayer Keroh pula... banyak aktiviti ada di sini... berkayak, paddle boat, wall climbing, flying fox dll. Kami pilih aktiviti berkayak, harga RM5 sekepala, masa unlimited, berkayaklah satu tasik tu sampai lebam dan sampai rentung. Solat jumaat di Masjid Al-Alami MITC. Makan tengahari pekena asam pedas di Coconut Shake Batu Berendam. Check in hotel dan anak-anak mandi kolam sampai maghrib. Makan malam western di Kafe UAK.




~ 14 Dis (Sabtu) : Hari ni hujan dan mendung sepanjang hari... menghabiskan masa beraktiviti di hotel je. Sarapan, mandi manda kat kolam, acara sukaneka, majlis makan malam dan main pool kat lobi. Tengahari je keluar sekejap makan di Mango Float Royale Sungai Putat





~ 15 Dis (Ahad) : Hari terakhir, hujan lagi. Lepas sarapan, anak-anak dah malas nak mandi kolam, lagi pun kaki luka-luka akibat bergeser permukaan kasar di lantai kolam. Sekeluarga sambung tidur sampai jam 11.00 pagi, hujan-hujan ni + pulak aircond memang syok tidur. Lepas check out pun masih hujan lagi. Singgah tempat berdekatan je... puas minum madu lebah percuma di Galeri Lebah dan ke Muzium Orang Asli. Malas nak masuk bandar Melaka dah tentu jem. Lepas lunch balik dan terpaksa menempuh jem juga. Sampai rumah menjelang maghrib.

19 November, 2017

Family Day POG @ Port Dickson

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

17-19 November 2017 - Hari keluarga ofis aku di Akar Beach Resort, Port Dickson. Meriah dan seronok sungguh suasana sepanjang 3 hari 2 malam tersebut dengan aktiviti mandi manda di kolam dan pantai, acara sukaneka, bertukar-tukar hadiah, cabutan bertuah, sempat juga mendaki Bukit Batu Putih di Tanjung Tuan, memancing di pantai (walaupun tak dapat ikan) dan menikmati hidangan makan malam ala steamboat & bbq di Restoran Embok Village.



Pagi ahad sempat la bagi Angah & Aina mandi kolam lagi sekejap, kemudian terus balik untuk melawat Along kat asrama. Tak syok rasanya bercuti-cuti tanpa Along. Tapi apakan daya Along tak boleh balik, tengah periksa lagipun.


26 April, 2014

Hari Keluarga POG @ Restu Ibu Resort

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

26 April 2014 (Sabtu) - Hari Keluarga ofis aku diadakan di Resort Restu Ibu, Kg Ulu Kalong, Ulu Yam. Memang meriah. Datang bertiga dengan anak-anak bujang je... si ibu terpaksa duduk rumah bersama anak perempuannya yang dijangkiti 'chickenpox'.



Aktiviti - lebih kurang samalah macam hari keluarga lain... main-main (sukaneka), mandi-manda, bakar-bakar (bbq), makan-makan, cabut-cabut (cabutan bertuah)... cuma nyanyi-nyanyi je yang takde sebab ada sikit masalah teknikal.

08 May, 2010

Family Picnic & BBQ P.O.G @ Hulu Yam

Tarikh: 8 Mei 2010 Lokasi: Hulu Yam Peserta: hampir semua anggota P.O Gombak & kaum kerabatnya Aktiviti: Mandi...BBQ... mandi...makan... mandi...makan... mandi lagi sampai kecut... balik...



Penghargaan dari pengerusi: Terima kasih pada semua yg datang... termasuk mantan pengerusi yg datang dari jauh, syabas kpd AJK K-POG yg bertungkus lumus buat persiapan, dan terima kasih juga kpd yg sponsor menu tambahan. Semoga aktiviti macam ni dapat mengeratkan silaturahim sesama anggota POG serta dapat lebih mengenali ahli keluarga masing2. Ada rezeki kita buat lagi...dah, pengerusi malas cakap banyak dah. Adios!

27 July, 2008

Discovery Challenge (DC) Group Gathering / Family Day

3-4 tahun lepas aku agak aktif dalam aktiviti mendaki gunung bersama DC group ni. Lepas kahwin dan masing dah beranak pinak, aktiviti tersebut terpaksa ditinggalkan sementara akibat kekangan bajet yang makin bertambah dan kesibukan menguruskan hal2 keluarga...huhu!

Bagaimanapun perhubungan sesama rakan pendaki tetap tidak terputus di mana setahun atau dua tahun sekali kami akan berkumpul semula mengadakan perjumpaan semula dan hari keluarga. Gathering kali ni diadakan di KM Chalet, Linggi, Melaka


26 Julai 2008 (Sabtu)
Pagi2 lagi kami berkumpul di Hentian R & R Seremban, seterusnya keluar melalui Tol Pedas-Linggi dan terus menyusuri jalan lama ke KM Chalet, yang terletak di tepi pantai. Kami sampai dah tengahari, makan tengahari pun dah tersedia. Apalagi...melantak la dulu sampai pecah perut.

Bertemu kawan2 lama, pasti banyak kisah2 lama, baik yang pahit, manis, lucu mahupun yang lucah dibual dan diungkit semula. Petangnya ada acara sukaneka dan mandi laut. Seronok betul si Aiman dan Aliff main pasir. Malam pulak acara BBQ, karaoke dan cabutan bertuah. Lepas tu diorang sambung lagi berkaraoke sampai pagi. Aku pulak pukul 11.00 lebih dah balik chalet pasal anak2 aku dah melentuk...ngantuk.
 


27 Julai 2008 (Ahad) Hari ni aktiviti bebas...kebanyakannya mandi laut je la. Tengahari check-out. Sebelum balik, bawa anak2 singgah Zoo Melaka sampai petang. Malam baru sampai rumah.
  
ragam hari keluarga

zoo melaka

01 April, 2007

Discovery Challenge Group Gathering @ Cherating


31 Mac 2007 – 8.00 am, bertolak ke Pantai Cherating utk join gathering grup gunung aku dulu,DC Group. Sampai pukul 11.00 am. Lepak2 kat chalet. Petang ada acara sukaneka, lepas tu bawa Aiman mandi laut. Aliff baru umur 3 bulan lepak tepi pantai je lah dgn ibunya. 


Malam pulak ada acara BBQ & karaoke. Lepas tu pergi pekan Kemaman layan snooker dgn kawan2 lama. Esok tengahari bersurai.
Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.

Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.

Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...