Buat entri bergambar je, malas nak tulis panjang-panjang sebab kesibukan melampau.
1/5/2014 (Khamis) - Seluruh Malaysia bercuti hari ni untuk menyambut harijadi Along yang ke-10. Tapi Along (dan Angah juga) mengambil keputusan untuk menyambutnya dengan cara berbeza, iaitu menemani ayahnya (dan kawan-kawan) menjalani latihan untuk misi Kinabalu di Bukit Broga dan Gunung Tok Wan, Semenyih. Balik rumah barulah ada sambutan kecil-kecilan sambil dijamu dengan kek pavlova hasil air tangan ibunya. Selamat hari jadi Along!
10/5/2014 (Sabtu) - Jogging di Taman Tasik Perdana atau nama barunya Taman Botani Perdana. Ingatkan ramai yang training sama, rupanya cuma 3 orang yang datang.
24/5/2014 (Sabtu) - Gunung Datuk menjadi gunung kedua berjaya ditawan oleh Along & Angah selepas Gunung Tok Wan. Turun semula petangnya, berkhemah semalaman di kaki gunung.
31/5/2014 (Sabtu) - Selesai majlis kenduri kahwin keluarga sebelah mertua di Sitiawan... sebelum balik Ipoh singgah santai di Pantai Teluk Batik.






wah wah wah... panjat gunung lagi. Tahniah Tuan Tanah. Nanti buat la entri Gunung Kinabalu pulak walaupun sibuk... hihihi
ReplyDeleteInsyaAllah tuan... sibuk sgt ni sampai blog sndiri x sempat nak jenguk... apatah lagi blog tuan... :D
ReplyDelete