Balik Ipoh, ajak mertua jalan2 makan angin ke Cameron Highlands. Kunjungan terakhir ke sini tahun 2006. Masa tu anak baru sorang, sekarang daaaahhh tiga.
25 Jun 2010
Kali ni ikut Simpang Pulai, lebih selesa ikut sini berbanding jalan sempit & banyak selekoh tajam di laluan dari Tapah. Sampai 11.00 am, sewa apartment 3 bilik berharga RM 250 satu malam di Tanah Rata. Agak selesa, lengkap berperabot, peti sejuk, siaran Astro & peralatan memasak. Cuma kipas angin je yg takde. Oopss...apahal tempat sejuk kena ada kipas pulak???
12.00 pm... hujan turun agak lebat sampai ke petang... maka tak dapat nak ke mana2. Lapar pulak sejuk2 ni, tapau nasi ayam makan anak beranak. 5.00 pm; Hujan dah berhenti, barulah dapat berjalan ke Pasar Malam Brinchang & sekitarnya. Menjelang Maghrib balik ke tempat penginapan.
10.00 pm; Malam ni ada game World Cup, Brazil vs Portugal. Kat apartment ni Astro Sport takde, cuma yg basic je. Tak boleh jadi ni. Ajak pak mertua yg juga merupakan kaki bola tegar melepak kat kedai mamak tengok bola.
26 Jun 2010
9.00 am, check out. Bergerak dari Tanah Rata ke Simpang Pulai, Ipoh. Singgah di ladang bunga ros, kaktus, taman rama2, beberapa gerai sayur & ladang teh Cameron Valley. Sampai Ipoh 3.00 pm. Sekadar catatan ringkas! Malas nak nulis!
27 June, 2010
11 June, 2010
World Cup 2010
Piala Dunia 2010 dah start.
Brasil vs Sweden
5 - 2
Brasil vs Czechoslovakia
3 - 1
Brasil vs Italy
4 - 1
Brasil vs Italy
3 - 2 (Penalti)
Brasil vs Germany
2 - 0
Tak nak cakap banyak! Dah tau aku sokong team mana kan?
SELAMAT BERJAGA MALAM!
Tak nak cakap banyak! Dah tau aku sokong team mana kan?
SELAMAT BERJAGA MALAM!
Kategori :
Bola
06 June, 2010
Tanjung Harapan @ Tanjung Gila
bila la tongkang ni nak jalan... kata angah!
background: budak2 tengah berlatih belayar
Kat sini juga popular dgn Muara Ikan Bakar. Dengar cerita dari kawan2 yg pernah makan kat sini, harga seafoodnya mahal gila. Jadi aku pun takde selera nak pergi, drpd aku bayar mahal beratus2 baik aku pergi pasar beli seafood sendiri, masak sendiri dan makan sendiri lagi puas hati. Info lanjut pergi SINI
Kategori :
Jalan-Jalan
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)
Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.
Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.
Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.










