Setelah kira-kira 15 tahun berlalu sejak pertama kali menulis dalam blog ni pada 2006... dengan 420 posting, aku buat keputusan... ini adalah posting terakhir dalam blog ni. Dah hilang mood nak menulis lagi ditambah pulak dengan kesibukan kerja melampau dan situasi tak menentu kesan PKP & Covid-19.
Blog ni pun dibuat suka-suka je...bukanlah blog popular pun... dan tujuan asal aku buat blog ni hanyalah sekadar untuk mencatat peristiwa dalam hidup aku... bukanlah untuk menguar-uarkan sangat kat orang lain. Lagipun macam aku tulis kat sebelah kiri ni, aku ni kekadang pelupa orangnya... maka aku buat blog ni sebagai diari untuk mencatat perjalanan hidup aku buat tatapan anak cucu.
Blog ni juga mungkin akan kekal untuk suatu jangka masa sebab mungkin ada info bermanfaat kepada orang lain... segala yang baik-baik adalah dari-Nya. Kalau ada yang buruk tu adalah disebabkan kelemahan aku sendiri... ampun maaf dipinta.
Sekian adanya.
No comments :
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen...
namun jika komen menggunakan 'Tanpa Nama @ Anonymous'... silalah letak nama samaran sekurang-kurangnya di akhir komen untuk memudahkan komunikasi... tidaklah tertanya-tanya siapa gerangannya si tukang komen... terima kasih.