PTT Outdoor
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

30 June, 2020

Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

~ Penangan virus pandemik Covid-19, bermulalah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan oleh Kerajaan Malaysia untuk mengekang penularan wabak ni... pertama kali dalam sejarah Malaysia ni rasanya.

~ Disebabkan semua pejabat kerajaan, sekolah dan premis perniagaan bukan keperluan diarah tutup, maka berkurunglah kita di rumah masing-masing... Hanya ketua keluarga boleh keluar beli barang keperluan dan setiap kali nak masuk kedai diwajibkan pakai pelitup muka, pencuci tangan dan ada penjarakan sosial. Aku pun 2-3 hari sekali je baru keluar ke kedai sebab malas nak beratur panjang... sekali keluar tu pun ambil masa 4-5 jam sebab kena beratur lama dan kena pergi 4-5 kedai nak mencukupkan barang keperluan.

~ Walaupun ofis tutup, kerja tetap kena jalan... malah rasanya macam lebih banyak dari biasa. Ada pro & kontranya Bekerja Dari Rumah (BDR) ni... Seronok pasal dapat lebih masa bersama keluarga, tak perlu menyabung nyawa di jalanraya dan tak perlu terkejar nak punch kad. Tapi dalam masa yang sama kerja dah tak tentu masa kadang kena berjaga sampai 2-3 pagi bila dah dekat dateline, bos pulak tanya pasal kerja dah tak kira masa... demi tugas layankan saja... buktikan pada bos kita boleh BDR... kalau boleh BDR sampai pencen pun aku sanggup.

~ Masa lapang aku banyak dihabiskan dengan bertukang dan berkebun di tanah depan rumah aku yang sekangkang kera. Nanti kalau rajin aku buat satu posting lain hasil pertukangan dan kebun aku tu. Si ibu pulak banyak menghabiskan masa dengan memasak macam-macam resepi. Manakala anak-anak sibuk dengan kelas online Google Classroom dan menyiapkan tugasan dari cikgu masing-masing. Terpaksalah mak bapak berkongsi hp dengan anak-anak. Habis kerja sekolah main gajet atau tengok tv pulak berjam-jam... sesekali bermain permainan saidina & sahibba sekeluarga. Sambil-sambil tu dapat juga melatih anak-anak bergotong-royong mengemas rumah, cuci bilik air, belajar memasak menu mudah dengan ibunya.. serta tolong ayah bertukang dan berkebun. Ada hikmahnya PKP ni, dapat mengeratkan lagi hubungan ibu bapa dan anak-anak dengan meluangkan lebih masa bersama.

~ 24/4/2020 - bermulanya 1 Ramadhan. Tiada bazar Ramadhan tapi kalau malas nak masak boleh je order online. Alhamdulillah dapat bersolat terawih dan witir berjemaah sekeluarga setiap malam. Gilir-gilir jadi imam, bilal dan siak dengan anak-anak bujang.

~ 1/5/2020 - Happy B'day Along. Pertama kali dapat sambut b'day dia di rumah selepas 4 tahun tinggal di asrama.

~ 24/5/2020 - Pertama kali dalam hidup menyambut hari raya Aidilfitri di rumah sendiri sebab sekatan perjalanan, tak dibenarkan balik kampung rentas negeri... Malam sebelum raya sempat bakar lemang dengan beberapa jiran untuk hidangan di pagi raya. Pertama kali juga jadi imam dan khatib solat sunat Aidilfitri... kalau tak kerana PKP mana ada orang nak bagi aku jadi imam solat raya hehe. Selesai solat dan khutbah raya, sesi video call bersama keluarga yang jauh di mata. Walaupun masa raya ni dalam tempoh PKP Bersyarat di mana dibenarkan berziarah sesama jiran terdekat dan saudara mara dalam negeri yang sama... dengan syarat patuhi SOP penjarakan sosial serta tak lebih 20 orang dalam satu rumah, tapi kami memilih tak keluar ke mana-mana... kurangkan risiko setakat yang boleh.

~ 1/6/2020 - Ulangtahun perkahwinan yang ke-17. Dah boleh masuk bertugas di pejabat, tapi siapa nak mohon BDR dibenarkan, dengan syarat bagi justifikasi kukuh seperti terpaksa menjaga anak kecik sebab taska tutup dan sebagainya. Aku pun tak melepaskan kesempatan mohon BDR juga selagi ada peluang hihi... Masuk pejabat 2x seminggu je... yang penting kerja jalan dan selesai seperti yang diamanahkan.


~ 26/6/2020 - Baru berkesempatan balik kampung menziarahi keluarga setelah sekian lama. Balik semula dengan membawa bersama kucing baru dari kampung... si Oneng.


Catatan PKP 

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
18 Mac -12 Mei 2020

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)
13 Mei - 9 Jun 2020

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)
10 Jun - 31 Ogos 2020

~ Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup dan kerja-kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah. 
~ Kedai menjual keperluan asas dan makanan sahaja boleh dibuka, dengan hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai. Pelanggan perlu mematuhi SOP penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka dan pencuci tangan. Sebelum masuk kedai perlu daftar dan diambil suhu badan sebelum dibenarkan masuk kedai. Maka terpaksalah beratur panjang setiap kali ke kedai.
~ Pita pelekat dilekatkan di atas lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan.
~ Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar rumah.     
~ Restoran dan kedai-kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus sahaja. 
~ Semua premis perniagaan termasuk kilang-kilang selain daripada ‘Servis Keperluan’ (Essential Services) yang disenaraikan mestilah menutup premis masing-masing.
~ Semua sekolah dan institusi pendidikan ditutup sepenuhnya dan pembelajaran dilaksanakan secara atas talian melalui Google Classroom/Meet/Whatsapp/Telegram. Ibu bapa terpaksalah bergilir guna gajet dengan anak-anak.
~ Semua acara sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta... tak meriah rasanya tak dapat tengok live bola.
~ Semua aktiviti pelancongan dan acara hiburan dibatalkan.
~ Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis yang melibatkan perhimpunan ramai tidak dibenarkan.
~ Tiada lagi solat berjemaah di masjid dan surau, dan rumah-rumah ibadat ditutup.
~ Taman permainan kanak-kanak ditutup.
~ Berlakunya pembelian panik barangan keperluan termasuk topeng muka dan cecair pembersih tangan.
~ Sekatan jalan raya oleh polis & tentera di lokasi strategik dan pergerakan terhad kepada urusan penting sahaja tidak melebihi radius 10 km dari tempat kediaman.
~ Harga minyak jatuh sehingga RM1.25 seliter, tapi apa guna sebab tak boleh nak ke mana-mana.
~ Tiket kapal terbang murah, namun tidak boleh keluar melancong.
~ Sidang media dari Kementerian Kesihatan bagi kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari.
~ Jalan raya menjadi kosong tanpa kelibat manusia.
~ Pekerja kesihatan menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga bimbang menjangkiti ahli keluarga.
~ Bantuan Prihatin Nasional oleh Kerajaan dimasukkan dalam akaun masing-masing. Alhamdulillah tq PM. Sedikit sebanyak dapat meringankan beban terutamanya untuk yang terkesan dengan sekatan aktiviti perniagaan.

Itulah antara perkara-perkara yang berlaku ketika peringkat awal PKP, sebelum dilonggarkan sikit demi sikit ketika PKPB & PKPP - buat renungan sepanjang hidup di bumi Allah Taala... begini rasanya bila sebahagian nikmat hidup ditarik balik buat seketika...


31 December, 2016

Catatan Perjalanan Oktober - Disember 2016

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Lama juga tak jenguk blog ni disebabkan kesibukan kerja yang melampaui batas menjelang hujung tahun... sampaikan beberapa hari terpaksa bermalam di pejabat. Dah lama tak menulis malaspun melanda. Jadi aku longgokkan saja dalam satu entri secara suku tahunan beberapa peristiwa penting dalam hidup aku sekeluarga.

5 Oktober 2016 (Rabu) : Along ada lawatan sekolah ke Legoland, sempena meraikan kemerdekaan baru habis UPSR. Nak pergi sekeluarga tak berapa mampu, bagilah dia pergi dengan kawan-kawan sekolahnya, guna baki simpanan duit rayanya dan kami cuma perlu tambah sikit duit belanja je.


20-22 Oktober 2016 (Khamis-Sabtu) : Menghadiri sesi taklimat & review pasal kerja di Hotel DePalma, Kuala Selangor. Hari kedua, roommate terpaksa balik kerana ada hal yang tak dapat dielakkan. Daripada aku duduk sorang-sorang baik angkut anak bini datang sini, dapat juga anak-anak mandi kolam. Balik wajib singgah Bukit Melawati menziarahi lotong-lotong di sana.


9 November 2016 (Rabu): Angah pulak ada lawatan ke A Famosa Water Theme Park, Melaka. 
Tak bawa handphone jadi takde la gambar.

15-17 November 2016 (Selasa-Khamis) : Aina terpaksa bermalam kat wad selama 2 malam. Bermula dengan demam & selsema, masuk hari ketiga pernafasan makin pendek-pendek. Doc sahkan kena jangkitan kuman kat paru-paru, 2 hari berterusan kena masuk gas. Malam pertama ayah jaga, malam kedua ibunya pulak temankan. Alhamdulillah hari ketiga dah beransur sembuh dan boleh keluar hospital.


17 November 2016 (Khamis) : Keputusan UPSR Along dah keluar. Cuma ayah dapat temankan Along ambik result, ibunya masih kat wad jaga Aina. Alhamdulillah, Along dapat 2A 1B 3C. Kira ok lah tu, ada juga A-nya. Tahniah Along. Tapi dengar khabarnya 1 Malaysia ramai cikgu, mak bapak dan pelajar yang meroyan pasal keputusan UPSR merosot selepas diperkenalkan format baru. Rilek la, UPSR je punnn... masih jauh lagi perjalanan hidup anak-anak tu. Tak cemerlang dalam UPSR tak semestinya akan gagal dalam hidup.

Keputusan PSRA kat sekolah agama pun ok lah juga. Pangkat keseluruhannya Jayyid... kira baik juga tu walaupun tak capai tahap Mumtaz.


19 November 2016 (Sabtu) : Selamat hari jadi Aina yang ke 7 tahun... sambut secara sederhana kat rumah je. Alhamdulillah mujur dah keluar wad. Semoga membesar dengan sihat menjadi anak yg solehah, penyejuk mata ayah dan ibu.


25-26 November 2016 (Sabtu-Ahad) : Balik Ipoh menziarahi pak mertua yang kini terlantar di wad, disahkan kanser hati tahap 4. Semoga Apak diberi kekuatan dan kesabaran menghadapi ujian ini.


4 Disember 2016 (Ahad) : Cadangnya nak balik Ipoh lagi minggu ni menziarahi pak mertua, tapi dikhabarkan esok (Isnin) anak-anaknya nak bawa apak berubat di KL, jadi kami tunggu ziarah kat KL je lah. Jadi kami tukar plan pergi melawat pameran MAHA kat Serdang. Dah beberapa tahun dianjurkan, baru kali ni rasa nak pergi. Tak banyak gerai yang kami singgah... orang penuh sesak, cuaca panas terik, pening dan serabut dibuatnya... kena menapak jauh pulak tu dari tempat parking... rasanya ni pertama dan terakhir kot melawat MAHA ni...


6 Disember 2016 (Selasa) : Semalam pak mertuaku tak jadi dibawa berubat ke KL, dia sendiri yang taknak pergi berubat jauh-jauh. Pagi ni dapat berita apak dah nazak. Kira-kira jam 11.00 pagi, apak menghembuskan nafas terakhir pada usia 81 tahun (1935-2016) ketika kami masih dalam perjalanan balik ke Ipoh. Dikebumikan petang tu juga selepas solat asar. Innalillahi wainna ilaihi raaji'uun. Semoga roh apak dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan di kalangan orang beriman. Al-Fatihah.


13-14 Disember 2016 (Selasa -Rabu): Bercuti 2H 1M di Genting Highland yang dah ditempah sebulan sebelumnya. Tujuan utama  demi memenuhi permintaan Along yang nak tengok pertunjukan Ultraman Live @ Genting... sebagai kenangan terakhir menutup zaman kanak-kanaknya... katanya la.  Lagipun tak lama lagi dah nak masuk asrama berpisah dengan keluarga. Oklah layankan saja setakat yang ayah dan ibu termampu...


21 Disember 2016 (Rabu) : Hantar dua ekor kucing kami, Oyen & Taro ke klinik untuk disunatkan (dikasi). Sebagai kucing jantan yang dah meningkat dewasa, si Oyen nampaknya dah mula memancut dalam rumah merata-merata untuk menanda kawasan jajahan takluknya. Orang kata lepas dikasi ni kucing jantan tak memancut dah... harapnya betullah. Dah alang-alang ke klinik baik bawa Taro sekali jalan.

Selamat hari jadi Angah yang ke 10 tahun... Semoga membesar dengan sihat menjadi
anak yg soleh, penyejuk mata ayah dan ibu.


Sekian adanya, selamat tahun baru 2017.


31 December, 2015

Tips & Petua Menjaga Kesihatan Mata

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Entri penutup untuk tahun 2015, aku kongsikan beberapa tips dan petua menjaga kesihatan mata.
Petua ni sesuai diamalkan sesiapa sahaja, terutama pelajar atau individu yang bekerja dalam bidang berkaitan komputer & internet. Tak kiralah anda seorang programer, pereka laman web, pereka grafik, usahawan internet mahupun blogger. Ataupun saja suka-suka menghabiskan masa berjam-jam di depan komputer misalnya main games, menggunakan media sosial, baca artikel di blog, cari info dsb.


1. Setiap kali mandi atau berwudhu (bagi muslim), pastikan jangan pejamkan mata semasa air melalui mata anda, sebaliknya kelip-kelipkan mata anda beberapa kali, biar air mandian itu mencuci mata anda. Memang mata kita akan terasa pedih sikit. Walaupun tiada kajian saintifik mengenai petua ni, tapi setelah mengamalkannya beberapa lama, alhamdulillah setakat ni mata aku belum rabun lagi biarpun berjam-jam di depan komputer.

2.  Amalkan senaman untuk mata anda. Bukan badan je perlukan senaman, mata pun perlu bersenam juga. Caranya:
a. Senaman mata ketika solat. Ikutilah sunnah dengan sentiasa mengekalkan mata dalam keadaan terbuka dan fokuskan penglihatan pada titik tengah sejadah, sama ada ketika berdiri, rukuk mahupun sujud. Ketika rukuk, tarikan graviti akan menyebabkan otot mata menekan anak mata untuk meningkatkan penglihatan dan bila kita berdiri otot itu akan rehat kembali. Bila sujud, otot mata akan menguncup disebabkan jarak antara penglihatan kita dengan tempat sujud. Bila berdiri semula, otot mata akan rehat balik. Inilah yang akan membuatkan otot dan saraf mata kita bersenam.

b. Pergi ke luar rumah, lihat satu objek berdekatan anda, kemudian beransur-ansur lihat pula objek yang lebih jauh, dan jauh, jauh lagi, sejauh-jauhnya la. Lepas tu balik semula beransur-ansur lihat objek yang berdekatan anda. Ulang proses ini beberapa kali sampai anda naik bosan atau naik menyampah... jangan sampai naik angin dah la ye. Dalam proses tadi sekiranya anda ternampak satu objek menarik (misalnya ada awek cun melintas) bolehlah fokuskan sekejap pada objek tu (kira senaman mata gak tu..hehe), tapi jangan tengok lama-lama ye, berdosa dan mata anda juga berisiko untuk terkena lontaran objek-objek berbahaya.
c. Gerakkan mata anda ke kanan semaksimum mungkin, tahan dan berhenti sekejap, kemudian ke kiri, berhenti sekejap, seterusnya ke atas, bawah dan tengah (sampai mata naik juling), beransur-ansur lajukan proses ini.

d. Setelah 1-2 jam di depan komputer, berhenti sekejap, lihatlah objek-objek berwarna hijau di luar rumah anda, seperti pokok-pokok dsb, sesungguhnya warna hijau itu menenangkan & merehatkan mata anda. 

3. Amalkan makan makanan yang kaya dengan vitamin A & C- susu, telur, sayur-sayuran (seperti lobak merah, tomato, bawang putih, bayam dan brokoli) dan buah-buahan (terutama avocado, aprikot & anggur) dsb.

4. Untuk menyegarkan mata yang letih atau rasa gatal-gatal akibat sakit mata, ambil beberapa helai daun sirih muda, basuh bersih-bersih. Ramas-ramaskan sampai lumat dan didihkan seketika. Tapis airnya dgn kain bersih ke dlm mangkuk dan biar hingga suam-suam kuku. Lepas tu rendamkan atau jiruskan terus pun boleh, pada mata anda sambil kelip-kelipkan mata berulang kali. Insya Allah mujarab.

Elakkan menggosok mata menggunakan tangan dengan kuat. Gunakan kain bersih untuk menggosok mata bagi mengelakkan sebarang jangkitan. Menggosok mata dengan kuat mampu merosakkan sel-sel serta saraf pada mata. Read more http://www.healthyvitagarden.com/tips-mudah-menjaga-kesihatan-mata/

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Elakkan menggosok mata menggunakan tangan dengan kuat. Gunakan kain bersih untuk menggosok mata bagi mengelakkan sebarang jangkitan. Menggosok mata dengan kuat mampu merosakkan sel-sel serta saraf pada mata. Read more http://www.healthyvitagarden.com/tips-mudah-menjaga-kesihatan-mata/

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
5. Elakkan menggosok mata dengan tangan, sebaliknya gunakan kain yang bersih untuk mengelakkan sebarang jangkitan.
Elakkan menggosok mata menggunakan tangan dengan kuat. Gunakan kain bersih untuk menggosok mata bagi mengelakkan sebarang jangkitan. Menggosok mata dengan kuat mampu merosakkan sel-sel serta saraf pada mata. Read more http://www.healthyvitagarden.com/tips-mudah-menjaga-kesihatan-mata/

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

6. Elakkan melihat benda-benda yang tak sepatutnya dilihat terutamanya di internet ni macam-macam bahan yang boleh merosakkan mata & minda anda... hehe, faham-faham sendirilah ye.

P/S: Petua-petua ni untuk orang yang belum rabun, tapi yang dah sedia rabun tu tak dapat dipastikan keberkesanannya, bolehlah dicuba kot... insya Allah.


09 August, 2015

Jangkitan kuman di paru-paru (pneumonia)

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

~ Petang Sabtu, 8/8/2015; dalam perjalanan balik kampung sebab nak menghadiri jamuan raya sambil reunion sekolah menengah aku dulu, singgah klinik berdekatan rumah sebab si Angah dah dua hari batuk-batuk. Mulanya ingatkan batuk biasa je, tapi bila nampak dia bernafas agak laju dan pendek-pendek, lepas tu mengadu sakit kat dada dan perut bila batuk, kena hantar klinik juga ni.

~ Di klinik, lepas masuk oksigen pun masih tiada perubahan. Nak kata asma tak pernah pulak ada sejarah asma. Doktor buat surat rujuk ke hospital... mungkin ada jangkitan kat paru-paru. Balik rumah dulu, ibunya siapkan apa yang patut... barulah aku dan Angah berdua je ke hospital. Bila dah kena rujuk ke hospital ni confirm kena masuk wad rasanya... kensel la balik kampung petang tu.

~ Mulai lepas maghrib sampailah keesokan paginya, Angah ditempatkan di wad pemerhatian. Ada la 4-5 kali masuk oksigen, masuk air sebab bimbang dehidrasi, masuk ubat, buat ujian darah dan x-ray. Akhirnya jam 10 pagi baru dibenarkan balik rumah sebab dah beransur sembuh dan jangkitan belum begitu serius, hanya perlu teruskan makan ubat je... alhamdulillah.


~ Apapun, bila anak-anak batuk, selsema atau demam lebih dari dua hari cepat-cepatlah bawa ke klinik atau hospital sebelum melarat lebih teruk atau mungkin ada jangkitan lebih serius yang membahayakan nyawa. Sebelum ni aku sendiri pun tak ambil tau sangat tentang jangkitan kuman pada paru-paru ni, jadi bila dah terkena pada anak sendiri barulah nak ambil peduli...huhu.


Jangkitan Kuman di Paru-Paru (Pneumonia)
Sumber: MyHealth, Kementerian Kesihatan Malaysia

Pengenalan
Sistem pernafasan manusia terbahagi kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian bawah terletak di dalam dada dan terdiri daripada saluran pernafasan dan pundi-pundi udara (air sacs).

Jangkitan kuman di paru-paru boleh melibatkan saluran pernafasan (bronchitis) dan pundi-pundi udara (pneumonia). Secara amnya, jangkitan kuman di tisu paru-paru dikenali sebagai pneumonia. Ia adalah jangkitan kuman yang biasa dikalangan kanak-kanak kecil dan orang-orang tua.

Ia disebabkan oleh virus atau bakteria. Kadang-kala ia juga disebabkan oleh jangkitan awal pada sistem pernafasan di bahagian atas (batuk dan selesema) yang merebak ke bahagian bawah sistem pernafasan.
Jangkitan kuman ini boleh melibatkan keadaan yang tidak serius hinggalah kepada keadaan yang membahayakan nyawa.

Tanda dan gejala
Ini bergantung kepada sebab, umur dan penyakit yang berkaitan dengan seseorang kanak-kanak itu.
Secara amnya, kanak-kanak akan mengalami:
  • Demam panas.
  • Batuk dengan atau tanpa kahak.
  • Sakit dada.
  • Tiada selera makan, tidak mahu makan.
  • Rasa tidak sihat, sering merengek.
  • Pernafasan laju atau susah bernafas.
  • Muntah atau cirit-birit.

Adakah jangkitan kuman paru-paru ini serius?
Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat terutamanya dikalangan kanak-kanak kecil.

Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen. Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke hospital:
  • Pernafasan laju.
  • Sukar untuk bernafas.
  • Bibir menjadi biru.
  • Batuk berdarah.
  • Tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing.

Apakah rawatan untuk jangkitan di paru-paru?
Jenis rawatan bergantung kepada tahap jangkitan. Kebanyakannya adalah tidak serius dan disebabkan oleh virus, oleh itu sistem pertahanan badan memainkan peranan utama untuk melawan penyakit ini. Apabila jangkitan kuman ini disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberi oleh doktor.

Untuk jangkitan yang tidak serius, ubat boleh diberi dalam bentuk pil.
Anda boleh mencuba rawatan ini di rumah:
  • Paracetamol/Panadol.
  • Rehat yang secukupnya.
  • Minum air yang banyak.
Sekiranya jangkitan menjadi lebih serius ubat akan diberikan melalui suntikan. Jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.

Apakah langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan jangkitan kuman ini?
Mengekalkan amalan cara hidup sihat. Amalan kebersihan diri dan persekitaran yang baik. Teruskan penyusuan susu ibu. Mengambil immunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di paru-paru. Contohnya:
  • Vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles) - wajib untuk semua kanak-kanak di bawah Program Immunisasi Kanak-Kanak Negara (National Childhood Immunization Programme).
  • Vaksin influenza - untuk kanak-kanak tertentu yang berisiko tinggi contohnya masalah pernafasan yang kronik, penyakit jantung dan masalah kurang pertahanan badan.
  • Vaksin pneumococcal - untuk kanak-kanak yang berisiko tinggi contohnya kanak-kanak yang tiada limpa, sakit buah pinggang yang kronik dan kanak-kanak yang menerima rawatan yang melemahkan sistem pertahanan badan.
Jika anda merasa anak anda termasuk dalam golongan kanak-kanak berisiko tinggi, sila dapatkan nasihat doktor.

Semakan akhir : 26 April 2012
Penulis : Dr. Chan Kwai Cheng
Penyemak : Dr. Norzila bt. Mohamed Zainudin

13 May, 2015

Mencegah Penyakit Dengan Berjalan Kaki (Hiking & Trekking)

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Jom baca 8 tips menarik ini khas untuk anda semua :



1. Serangan Jantung : 
Berjalan dengan pantas boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal untuk mengepam darah tanpa henti. Berjalan dengan cepat boleh melancarkan aliran darah ke jantung. Apabila kita sering berjalan, kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai span penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat.

2. Stroke :
Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Health yang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.

3. Membakar Lemak :
Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang melalui aktiviti berjalan kaki, kalori berlebihan yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut sama terbakar.

4. Melangsingkan Badan :
Jika berat badan berlebihan, mulakan rutin berjalan. Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan menghakis lemak yang ada terutama di perut. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam.

5. Kanser : 
Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin berjalan kaki. Kanser yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma). Banyak berjalan kaki akan melancarkan peristaltik usus, sehingga membuang air besar pun lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis yang tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.

6. Mencegah Osteoporosis :
Sering berjalan akan menyebabkan otot-otot badan serta rangka atau tulang di dalam tubuh anda akan menjadi sihat dan kuat. Untuk mencegah osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan pergerakan badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit di bawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.

7. Mencegah Kencing Manis :
Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempoh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes jenis 2, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases). Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara menggerakkan badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya perlu berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.

8. Depresi :
Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai sekarang, rajin-rajinlah berjalan kaki.

Nota : Harap korang boleh manfaatkan info berguna ini ye. Tak rugi apa pun malah kesihatan anda juga terjamin kan. Hehehe.... 

Perkongsian dari fb Azhar Hashimi (Hiking and Camping Around Malaysia)

29 March, 2015

Gotong-Royong Perdana Cegah Denggi

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

SUNGAI BULOH, 29 Mac. - Bagi mengelak penularan demam denggi, lebih 100 penduduk Pangsapuri Rose di sini menganjurkan gotong-royong membersihkan kawasan sekitar perumahan tersebut.
Mereka membersihkan longkang dan membuang sampah sarap yang boleh menakung air sekali gus menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor, Tn Hj Mohd Maskor b. Tumiran yang merasmikan program gotong-royong tersebut berkata, peningkatan kes denggi sejak kebelakangan ini adalah membimbangkan dan ia perlu diberi perhatian serius oleh orang ramai.

"Kawasan persekitaran yang kotor menjadi faktor utama kepada pembiakan nyamuk aedes dan masyarakat sewajarnya mengambil inisiatif membersihkan kawasan kediaman masing-masing selain bekerjasama dalam usaha mencegah denggi."


"Langkah paling berkesan ialah memusnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes bagi mencegah denggi dan pada masa sama masyarakat juga perlu peka dengan kawasan kejiranan mereka agar sentiasa bersih dan ceria," katanya.

Beliau berkata, program yang diadakan tersebut secara tidak langsung dapat menangani penularan demam denggi selain mewujudkan komuniti yang mengutamakan kebersihan dan kesejahteraan setempat. "Penduduk diingatkan supaya memastikan pasu bunga dan tempat yang menakung air sentiasa bersih dan bebas daripada jentik-jentik kerana ia merupakan faktor penyumbang kepada masalah denggi," ujarnya.

28 February, 2015

Punca, Tanda & Cara Mencegah Penyakit Buah Pinggang

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

~ Bila ahli keluarga atau orang yang dekat dengan kita mengidap penyakit kronik, barulah nak ambil tahu tentang penyakit tu... termasuklah aku.... huhu. Baru-baru ni semasa aku menghantar mak menjalani pemeriksaan di Hospital Temerloh, mak disahkan mengalami kerosakan buah pinggang tahap 4, di mana fungsi buah pinggang cuma tinggal 30%, tapi belum perlu menjalani rawatan haemodialisis kecuali kalau dah sampai tahap 5. Semoga mak terus kuat menghadapi ujian penyakit ni. Harap-harap buah pinggang mak mampu terus bertahan tanpa perlu menjalani rawatan dialisis yang menyukarkan tu.

~ Sifat penyakit kronik, kehadirannya tidak dirasai dan pesakit masih boleh menjalani aktiviti harian tanpa masalah kerana kesan hanya timbul bila penyakit sampai ke tahap serius. Ia mengambil masa bertahun-tahun sebelum memberi kesan kepada kesihatan.

~ Dah lupa fungsi buah pinggang? Buah pinggang bertugas menapis darah dan membuang bahan toksik, sisa buangan dan air berlebihan dari badan. Kegagalan buah pinggang melakukan tugas penting ni boleh membawa maut kepada pengidapnya. Di sini aku kongsikan info tentang penyakit ini untuk manfaat bersama.



PUNCA-PUNCA KEROSAKAN BUAH PINGGANG
(Sumber: FreeVitamin)

1. Kerosakan buah pinggang kronik boleh berpunca daripada beberapa masalah buah pinggang itu sendiri seperti buah pinggang polisistik, jangkitan buah pinggang, penyumbatan arteri renal (yang membekalkan darah kepada buah pinggang), penyumbatan di dalam salur kencing kerana batu karang atau ketumbuhan, penggunaan sesetengah ubat dalam jangka panjang dan kecacatan buah pinggang secara semulajadi.

2. Diabetes: Kandungan paras gula di dalam darah yang tinggi lama-kelamaan akan merosakkan buah pinggang dan menyebabkan keadaan yang dipanggil diabetes nefropati yang merupakan penyebab nombor satu kegagalan buah pinggang. Satu pertiga pesakit diabetes mengalami diabetes nefropati.

3. Tekanan darah tinggi (hipertensi): situasi yang merujuk kepada tekanan kuat pada salur darah yang menolak dinding arteri. Tekanan darah tinggi kronik boleh menyebabkan kerosakan salur darah dan fungsi penapisan di dalam buah pinggang.


TANDA-TANDA AWAL PENYAKIT BUAH PINGGANG 
(Sumber: mauceriasokmo)

1. Perhatikan samaada terdapat perubahan dalam pembuangan air kencing. Perhatikan samaada pembuangan air kencing adalah kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda. Jika anda mengalami kencing terlalu kerap atau terdapat darah di dalam air kencing terutamanya pada waktu malam, dan lama kelamaan air kencing semakin berkurang, boleh jadi anda mempunyai masalah pada buah pinggang. Perhatikan jika terdapat buih pada air kencing yang ditadah. Adanya buih-buih pada air kencing menunjukkan terdapat kehadiran protein dalam air kencing. Protein ini tidak dapat ditapis jika buah pinggang kita bermasalah.

2. Adakah anda letih sepanjang masa? Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Apabila tubuh tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang mencukupi, anda akan mengalami anemia, dan ini menyebabkan tubuh anda terlalu letih.

3. Adakah anda mengalami bengkak pada mana-mana bahagian anggota tubuh badan seperti kaki atau tangan? Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Sekiranya terdapat pembengkakan pada anggota badan, boleh jadi buah pinggang anda tidak dapat berfungsi dengan baik. Retensi iaitu penakungan air kencing boleh menyebabkan kaki, buku lali serta mata bengkak.

4. Adakah anda mengalami ruam dan kegatalan? Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda boleh menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk pada anggota badan.

5. Bagaimana pula dengan selera makan anda? Adakah anda terasa seperti logam di dalam mulut atau tidak dapat menelan makanan? Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.

6. Adakah anda mengalami loya dan muntah-muntah?  ini juga mungkin disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.

7. Adakah anda berasa sejuk sepanjang masa? Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.

8. Adakah anda merasa sukar untuk bernafas? Ini juga adalah tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.

9. Adakah anda merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah pinggang anda? Ini adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Boleh jadi terdapat ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.

10. Adakah anda kerap berasa pening kepala? Ini mungkin disebabkan oleh anemia yang berlaku telah mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak.


CARA-CARA MENCEGAH PENYAKIT BUAH PINGGANG
1. Periksa tekanan darah secara berkala. Ia adalah sangat penting untuk mempunyai tekanan darah yang normal jika anda ingin untuk mencegah penyakit buah pinggang. Mempunyai tekanan darah biasa juga akan membantu mencegah penyakit dan keadaan-keadaan yang boleh menyebabkan penyakit.

2. Mengambil langkah-langkah awal untuk mengawal tekanan darah anda dengan mengamalkan pemakanan seimbang. Semak dengan pakar pemakanan untuk mewujudkan pemakanan yang membolehkan anda makan makanan yang anda suka.

3. Beritahu doktor anda jika keluarga anda mempunyai sejarah tekanan darah tinggi atau penyakit buah pinggang. Kedua-dua keadaan ini boleh diwarisi secara turun-temurun. Doktor anda boleh menetapkan ubat perencat ACE untuk membantu mengawal tekanan darah anda.

4. Sentiasa berwaspada untuk sebarang perubahan dalam air kencing anda. Jika air kencing anda bertukar kepada warna keruh, air kencing berbau atau berbuih atau jika ia menyakitkan apabila anda membuang air kecil, berjumpa doktor. Tanda-tanda ini adalah tanda-tanda masalah saluran kencing. Jika tidak dirawat,masalah-masalah ini boleh membawa kepada wujudnya penyakit buah pinggang pada masa akan datang.

5. Perhatikan simptom-simptom gejala anemia. Jika anda sentiasa letih, mudah mengalami kesan lebam atau pening, anda mungkin menghidap anemia. Keadaan ini boleh menyumbang kepada penyakit buah pinggang jika tidak dirawat dengan betul atau menjadi masalah kronik.

6. Lakukan ujian air kencing dan darah sekurang-kurangnya setahun sekali. Ujian ini boleh membantu mengesan tanda-tanda awal masalah buah pinggang serta lain-lain masalah perubatan.

7. Sentiasa kekal aktif untuk mengekalkan berat badan seimbang. Jadual pelaksanaan biasa iaitu 30 minit sehari, lima kali seminggu akan membantu badan anda berfungsi secara normal

8. Minum banyak air. Buah pinggang anda akan memproses setiap cecair yang masuk ke dalam badan anda. Air sangat mudah pada buah pinggang anda dan juga boleh membantu membersihkan kotoran daripada sistem anda.


Info tambahan: Ini info yang tersebar meluas dalam internet tentang cara mencuci buah pinggang cara mudah dan murah. Tak pasti keberkesanannya tapi tak salah mencuba kan? 

Cuci Buah Pinggang Dengan Hanya RM 1.00

Selama bertahun-tahun kita mengunakan buah pinggang dalam proses biologi badan, kandungan garam dan racun yang kita tidak tahu bertapa banyak jumlahnya, dan kita tidak pernah mencucinya kecuali bagi yang bermasalah sahaja. Tapi tahukah anda dengan hanya RM1.00, anda mampu mencuci buah pinggang yang banyak berjasa pada kita ini. Caranya mudah sahaja:

1. Beli seikat daun SUP
2. Cuci bersih-bersih
3. Potong kecil-kecil
4. Masukkan ke dalam periuk
5. Masukkan air bersih
6. Didihkan untuk sepuluh minit sahaja
7. Sejukkan
8. Tapis
9. Masukkan ke dalam botol yang sesuai dan,
10. Simpan dalam peti sejuk.

Amalkan meminumnya segelas sehari , insya Allah anda akan rasa perubahannya , segala kandungan garam dan racun akan dikumuhkan melalui air kencing. Daun SUP telah diketahui sebagai satu kaedah rawatan pembersihan yang terbaik untuk buah pinggang kita dan ia adalah semula jadi!

Selamat mencuba.


31 January, 2014

Denggi menyerang lagi

11 tahun yang lalu - awekku pernah diserang demam denggi. Sepanjang 8 hari terlantar di wad,  aku sebagai pakwe yang bertanggungjawab (cheh!) setia menemani... Kesian pulak tengok penderitaan orang yang kena demam denggi ni... Demam dan sakit kepala yang teruk, sakit sendi, otot dan macam-macam lagi, kena masuk air berbotol-botol... hanya orang yang pernah mengalami saja yang tahu macam mana rasa azabnya penyakit yang boleh membawa maut ni.

aedes durjana.... gambar dari SINI
11 tahun kemudian - awek yang telah menjadi isteriku itu diserang demam denggi lagi. Tanda2 awal tak sedap badan mula dirasai ketika melawat  Farm in the City pada siangnya dan tengok bola di stadium pada malamnya. Mulanya ingatkan demam biasa, tapi selepas 3 hari demam makin teruk, terbaring je sepanjang hari. Pergi ke klinik check darah, terus rujuk ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Keputusannya... sudahlah demam, ditambah pulak dengan tekanan darah rendah dah tentulah kena tahan di wad.


Sepanjang 3 hari 2 malam menginap di wad, aku sebagai suami dan ayah mithali lagi bertanggungjawab (cheh sekali lagi!) setia menguruskan rumahtangga serta makan pakai anak2. Malamnya pulak ke hospital bawa anak2 melawat ibunya bagi melepas rindu. Beberapa jenis petua mengatasi denggi yang orang suruh seperti... bagi minum air 100 Plus banyak2, masak sup ketam dan bagi minum jus daun betik... selagi benda tu munasabah semua aku ikhtiarkan demi kesembuhan isteri tersayang.

Hari ke-6 - Alhamdulillah, demam dah sembuh, tekanan darah dan sel platlet semakin meningkat walaupun belum mencapai paras normal. Kalau terus duduk hospital pun cuma diberi ubat dan masuk air je, minta kebenaran doktor untuk bawa balik. Walaupun agak keberatan, doktor benarkan juga dengan syarat kena buat ujian darah kat mana2 klinik dan update bacaan darah terkini kepada pihak hospital.

Lega!  Dapatlah teruskan perancangan yang telah dirancang sebulan sebelum ini untuk bawa mak, pak tiri dan adik2 bercuti di Cherating.


21 July, 2012

Salam Ramadhan 2012

Marhaban Ya Ramadhan. Syukur Alhamdulillah, aku dan korang masih diberi peluang untuk bertemu Ramadhan tahun ni. Masuk je 1 Ramadhan tahun ni bermakna dah genap setahun aku berjaya berhenti merokok... boleh dikatakan antara pencapaian terhebat dalam hidup aku.

Ingat senang ke nak berhenti merokok? Kalau hati dan semangat tak kuat macam korang jangan harap le boleh berhenti. Kalau rasa tercabar sila cuba berhenti, bulan Ramadhan ni lah masa paling sesuai!


Dengan berkat Ramadhan ni, aku nak berpesan terutamanya kepada diri sendiri dan kepada sahabat2 yg sampai (sama ada yg sengaja mahupun yg tersesat) ke blog aku ni, marilah kita sama2 melakukan perubahan dalam hidup kita ke arah yang lebih baik dari sebelum ni.

Ingat balik apa tujuan kita diciptakan. Takkanlah hidup kita ni hanya utk kerja cari duit, makan, tidur, berak dan berseronok memuaskan macam2 nafsu semata-mata. Dah lama sangat kita lalai mengejar keseronokan dan kenikmatan dunia sampai kita lupa hidup kita ni sementara je.

“Ketahuilah bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.�? (al-Hadiid: 20)

Tak dapat ubah banyak... ubah sikit2 dulu pun jadilah janji ada perubahan. Nak berubah jangan bertangguh-tangguh, ntah-ntah esok lusa mati... apa pun tak boleh!

Pesanan di atas memang nampak macam nak tunjuk bagus tapi percayalah alibukansetan ni ikhlas menegur sebab sayangkan sahabat2nya.

Selamat berpuasa dan kalau ada salah silap harap dimaafkan. Blog ni cuti sebulan kot.

16 July, 2012

Mari Berbekam

Hari ni rasa kurang sihat, macam nak demam. Ronda2 naik motor kat area rumah aku, ternampak satu papan tanda tentang Bekam Sunnah, satu kaedah perubatan Islam yang sekarang ni makin popular. Tempat yang menawarkan khidmat berbekam pun dah makin banyak kat Lembah Kelang ni. Khabarnya sorang sepupu aku pun dah jadi tukang bekam sekarang.

Tergerak pulak hati nak cuba kaedah rawatan ni. Jangan takut rasa geli2 macam kena gigit semut je. Cuma kesan bekam yang bulat2 tu pada kulit makan masa 4-5 hari juga la nak betul2 hilang (kata si tukang bekam). Kalau bekam kat kepala, rambut di kawasan yang nak dibekam juga perlu dicukur sikit. Hanya akan menjejaskan sikit kehenseman anda buat sementara di situ.

Lepas bekam, kepala pun rasa ringan je... lenguh kat bahu pun rasa kurang sikit. Akan datang ni, disebabkan sakit berpanjangan kat lutut dan buku lali (kesan kecederaan lama sebab main bola dulu), aku cadang nak buat kat bahagian kaki pulak... macam awek ni...




pergghh...banyak betul ko punya darah beku...


Nak info pasal bekam yang lebih serius:

Apa itu Bekam?
Fakta tentang Berbekam
Berbekam: Kaedah Perubatan Islam

P/S: Ehh...sampai menangis2 si Along & Angah bila aku suakan badan aku yang ada kesan bekam tu kat diorang... mungkin sebab geli kot... tapi ada ke patut Angah kata "ayah ni nampak menjijikkan la"... cis3.

07 July, 2012

Suatu hari di AEON Rawang

Dah lebih dua tahun rasanya tak tengok wayang... si Along & Angah pulak teringin nak tengok cerita The Amazing Spiderman. Permintaan ditunaikan. Berangkat ke TGV AEON Rawang yang baru dibuka. Ini juga pertama kali bawa si Aina tengok wayang... nampak teruja...

1.spiderman lah konon... 2. main kat playground... 3. pizza hut

ultrasonic height & weight machine
Habis wayang, terjumpa pulak mesin ni... dengan hanya masukkan singgit boleh dapat tau sikit sebanyak status kesihatan kita... result aku punya yang sebelah atas. BMI, weight, body fat index... masih ideal tapi dah nak cecah tahap maksimum... tapi masa timbang tu aku belum makan lagi... kalau timbang lepas makan mungkin dah tak ideal lagi...

Blood pressure masih OK. Sejak berenti merokok hampir setahun yg lalu, berat badan & perut ada naik sikit... puasa tak lama lagi... harap2 boleh turun sikit... Result yg bawah tu orang rumah aku punya.

Kat tempat korang ada mesin ni? Kalau takde datanglah sini... cari mesin ni kat tepi eskalator. Selamat mencuba... kalau mesin ni tipu, jangan salahkan aku.

13 May, 2012

Berat mata memandang...

Cuti hujung minggu.... balik kampung tengok anak buah baru (ehh lupa nak ambik gambo) dan bersama kawan2 (Azam, Sidah & Senah) menziarahi seorang sahabat yang sedang terlantar kerana mengidap penyakit saraf otak atau dalam bahasa perubatannya cerebral embolism.


Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Ini ujian dia...ujian untuk kita tak tau macam mana bentuknya. Semoga dia dan keluarganya sabar dan tabah menghadapi ujian ni. Semoga kembali sembuh sahabat....

16 April, 2012

Angah, anda disahkan mengalami alahan makanan!

buat muka kesian
Dalam sebulan dua ni, Angah selalu mengalami gatal-gatal kulit seluruh badan. Kadang-kadang sampai timbul bengkak-bengkak kat kulit dan muka dia. Kesian tengok dia tergaru-garu. Bawa ke klinik, doktor kata mungkin sebab alahan kepada sesetengah jenis makanan.

Apakah jenis makanannya itu??? Nampaknya terpaksalah Angah dijadikan bahan ujikaji. Setelah melalui beberapa siri ujian pemakanan.... serta terpaksa menanggung beberapa siri kegatalan, rupanya Angah alah kepada........... daging ayam!!! Payah juga ni sebab daging ayamlah antara lauk yang budak-budak suka makan.

Heran juga sebab sebelum ni ok je dia makan ayam. Sampaikan makan kuah sup ayam pun tak boleh. Lebih heran lagi telur ayam boleh pulak dia makan. Hmm...nampaknya lepas ni terpaksalah Angah berpantang makan ayam ye. Tak bolehlah ayah belanja makan kat KFC lagi...

**UPDATE** : AGAK-AGAK SEBULAN DUA LEPAS TU...IBUNYA TERBAGI DIA MAKAN LAUK AYAM, EHH OK JE TAKDE APA2 TANDA ALAHAN PUN... NTAH YE NTAH IDAK DIA NI ADA ALAHAN...PANDAI2 JE MAK BAPAKNYA JADI DOKTOR TAK BERTAULIAH...

08 November, 2011

Dah 100 hari tak berasap... Mari Berhenti Merokok

Tengok kalendar, belek punya belek, kira punya kira, rupanya hari ni genap 100 hari aku berhenti merokok, bermula 1 Ramadhan lalu. Setelah menjadi perokok tegar selama lebih kurang 20 tahun, bagi aku ini satu pencapaian yang sangat hebat dan aku patut rasa bangga diri...syabas! Rupanya takde la susah sangat pun nak berhenti. Mari aku kongsikan sikit tip dan pengalaman berhenti merokok cara aku...

~ Punca utama aku nak berhenti merokok adalah sebab aku dah mula rasa mudah mengah dan semput bila naik tangga, main futsal atau aktiviti yang menggunakan tenaga yang agak banyak.

~ Jadi aku tetapkan tarikh utk berhenti! Masa paling sesuai dah tentulah bulan Ramadhan... Sepanjang hari kita berpuasa menahan lapar dahaga... dan boleh pulak menahan ketagihan rokok... apa salahnya kuatkan sikit hati tu teruskan tahan sampai lepas berbuka... kemudian sampai lepas terawih....sampai tidur....sampai lepas sahur...!!! bla...bla..bla...

~ Antara waktu paling makbul doa adalah masa kita berpuasa. Sebagai manusia yang lemah, banyakkanlah berdoa minta dikuatkan hati, keazaman dan semangat untuk berhenti merokok...insya Allah.

~ Kebetulan pulak dalam bulan Ramadhan lepas ada pulak khutbah Jumaat tentang keburukan merokok, ditambah lagi ada papan tanda kat perkarangan masjid yg tertulis hukum merokok adalah HARAM, tambah menguatkan azam aku nak berhenti.Selama ni pun bukanlah tak tau keburukan dan hukum merokok, cuma mungkin kali ni dah sampai seru.

~ Beritahu orang lain di sekeliling kita tentang keinginan untuk berhenti. Dapatkan sokongan terutamanya orang yang rapat dengan kita... Tapi janganlah mengharap sangat sokongan tu ...err...bini aku sendiri pun macam tak konfiden je bila aku cakap nak berhenti. Kawan-kawan pulak pandang sinis je niat suci aku tu sambil menghembuskan asap rokok ke muka aku dan tak putus-putus menghulur rokok kat aku...cis bedebah sungguh!

~ Sorok atau buang terus segala peralatan untuk merokok seperti pemetik api dan bekas habuk rokok.

~ Tanam perasaan benci pada rokok... pada rasanya...pada baunya... pada asapnya... dan pada risikonya terhadap kesihatan kita dan orang di sekeliling kita.

Dah malas nak tulis. Dipendekkan cerita, aku tak kata bila kita berhenti merokok kita takkan kena sebarang penyakit berbahaya. Ramai yang tak merokok tapi ada penyakit jugak. Tapi setidak-tidaknya dapatlah mengurangkan sikit risiko penyakit. Dan terbukti lepas 100 hari berhenti merokok ni, pernafasan pun dah rasa ringan sikit...

17 September, 2008

17 Hari Tanpa Asap Rokok

Hari ni 17 Ramadhan, hari Nuzul al-Quran. Sudah 17 hari juga aku tak berasap. Ini percubaan pertama aku nak berenti merokok, sempena bulan puasa yang orang kata waktu terbaik untuk berhenti bersahabat dengan jin.

Mula-mula memang macam ayam berak kapur...serba tak kena, terutama lepas berbuka. Biasanya lepas berbukalah masa untuk balas dendam setelah seharian berpuasa. Confirm sekurang-kurangnya hisap dua batang bersambung puntung. Dah dekat waktu maghrib je terus aku kunci pintu pagar, satu percubaan untuk menahan diri dari keluar ke kedai beli rokok.

Solat terawikh pun kantoi...huhu! Masuk 17 hari ni dah boleh tahan sikit. Perubahan ketara yang dapat aku rasa...pernafasan terasa lebih lapang dan ringan je. Tapi cabaran terbesar adalah bila dah raya nanti. Aku dapat bayangkan setan-setan yang bertopengkan kawan-kawan aku, saudara mara aku dan ipar duai aku...akan menghasut dan menggoda aku biar terjebak semula ke lembah yg hina itu (hehe hinanya). Harap-harap semangat aku kuat untuk melawan godaan itu. Kita tunggu dan lihat!

15 April, 2008

Risaunya bila si Aliff demam

Sesiapa yang ada anak kecik mungkin pernah mengalami anak diserang sawan tarik bila demam panas. Yang tak tau apa itu sawan tarik atau sawan demam boleh ambik tau di SINI.

Aku cuma nak kongsi pengalaman menghadapi situasi anak kedua aku si Aliff tu diserang sawan tarik. Pertama kali kena masa tu umur Aliff lebih kurang 11 bulan, memang kelam kabut aku & bini aku. Almaklumlah tak pernah berdepan dengan benda2 macam ni. Tengok badan dia dah kejang semacam, mata hitam dah naik ke atas, air liur pulak meleleh je. Tak tau nak buat apa, cepat2 hantar ke klinik aje lah. Bawa kereta pun tak sedar habis semua bonggol aku langgar. Sampai klinik doktor terus bagi ubat demam masuk dalam lubang bontot. 2-3 minit lepas tu Aliff dah OK semula. Cuma nampak letih sangat dan lepas tu tertidur.
 
tidur...baru lepas kena sawan la ni...

Lepas tu doktor suruh bawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Lepas check-up, pukul 12.00 tgh malam kena masuk wad. Terpaksalah ibunya tidur di hospital menemankan anaknya. Pukul 3.00 petang esoknya baru boleh keluar.

Selepas peristiwa kali pertama tu, ada juga 3-4 kali si Aliff terkena sawan lagi. Cuma sekarang ni dah tak ke klinik lagi. Bila dia demam je, cepat2 masukkan ubat dalam bontot dia. Ubat tu memang dah standby simpan stok kat rumah, dgn izin Allah memang mujarab (apakenama ntah ubat tu).Lepas tu selimutkan dia dgn tuala lembab, letak juga tuala lembab kat dahi dia (lagi senang letak je 'kool fever'). Alhamdulillah setakat ni dah lama tak kena sawan lagi.

25 January, 2008

Abah dan pembedahan Hernia


Abah aku mengidap hernia ni dah lama, agak-agak 2-3 tahun jugalah. Tapi sebab benda tu tak menyakitkan (cuma rasa kurang selesa), dia buat tak tau je lah. Tapi setelah beberapa kali buat check-up akhirnya doktor kata perlu dibedah, kalau dibiar takut membahayakan pulak.

Apa ke jadahnya hernia ni??? Kalau orang kampung biasa sebut angin pasang...atau uluran...atau burut. Senang cerita, tali perut termasuk dalam kerandut telur (bagi orang lelaki lah). Maklumat lanjut baca SINI

20/1/08 – Pagi-pagi aku hantar abah ke hospital. Menjalani beberapa pemeriksaan. Mak tiri aku tinggal hospital, jaga abah. Aku balik.

22/1/08 – Lepak dua hari kat hospital, baru hari ni abah dibedah.

23/1/08 – Bawa adik2 melawat abah, masih lemah lagi.

24/1/08 – Abah dah boleh balik. Semoga cepat sembuh.

18 September, 2006

Anakku dan Chicken Pox

Siapa yang tak pernah kena chickenpox? Kalau orang kampung panggil demam cengkering. Rasanya semua dah pernah kena. Kalau dah kena sekali mungkin takkan kena lagi seumur hidup.

Dah 3-4 hari anak aku kena chicken pox seluruh badan. Selain ubat dari klinik, amalkan juga petua yg orang2 tua bagi... tumbuk daun pokok mambu (banyak tepi jalan orang tanam sebagai pokok hiasan) dicampur dengan bedak sejuk dan sedikit air...sapukan di seluruh badan. Alhamdulillah beransur sembuh.

kat rumah, biar je dia bogel

dari belakang, dah macam resaksa pulak

jangan pancut sudah, kang jadi koktel tembikai pulak...

macam tepung gomak daa...

Seingat aku, aku kena chickenpox ni masa aku form 2 dulu. Walaupun rasa tak selesa sebab rasa gatal2 dan arwah nenek aku tak bagi mandi, tapi seronok juga 2 minggu tak payah pergi sekolah...yahoo!
Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.

Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.

Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...