Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Cuti sekolah datang lagi. Inilah antara aktiviti anak-anak sepanjang cuti sekolah akhir tahun ni:
~ 1-3 Disember; Angah menyertai Kem Cuti Sekolah Aku Anak Hebat selama 3 hari 2 malam di Kem Rimba Ulu Tamu, Batang Kali. Sanggup dia menawarkan untuk bayar separuh kos yuran guna duit simpanannya. Semoga menjadi anak yang lebih hebat lepas balik dari kem ni. Kalau tak hebat juga siaplah Angah..haha!
~ 4-8 Disember; Aina pulak menyertai Kem Pra-Tahfiz yang diadakan di surau berdekatan dari pagi sampai ke petang. Antara programnya Teknik Hafazan, Tahsin Wuduk dan Solat, Akhlak Islami, Sirah Nabi dan Sahabat, sukan memanah serta pelbagai aktiviti dalam kumpulan. Lebih baik daripada duduk di rumah khusyuk bermain gajet je.
~ 14 Disember; kami sekeluarga menghadiri Majlis Anugerah Cemerlang maahad Along. Dapat juga dia satu anugerah markah tertinggi bagi subjek Pendidikan Islam... tahniah Along. Cuti sekolah Along ni lewat 2 minggu dari cuti sekolah biasa. Jadi hari ni baru dia boleh balik rumah.
~ 17 Disember; pagi masuk acara Larian Menjunjung Kasih, petangnya memenuhi permintaan anak-anak yang nak tengok wayang cerita Star Wars: The Last Jedi. Layankan je lah sekali-sekala.
~ 21 Disember; selamat hari lahir yang ke-11 buat Angah. Doa yang sama seperti biasa... "Ya Allah, sihatkanlah dan panjangkanlah umur anak kami ini, terangkanlah hatinya, teguhkanlah imannya, baguskanlah amal perbuatannya, cukupkanlah rezekinya, dekatkanlah menuju kebaikan, jauhkanlah dari keburukan. Ya Allah, kabulkanlah doa kami ini, agar anak-anak kami menjadi anak yang soleh dan solehah, yang sentiasa taat kepadaMu dan berbakti kepada kedua orang tuanya... serta diberkati dan dirahmati kehidupan mereka dunia akhirat... Aamin ya rabbal ‘Aalamiin"
Showing posts with label Wayang. Show all posts
Showing posts with label Wayang. Show all posts
21 December, 2017
12 March, 2016
BoboiBoy The Movie
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
~ Sebenarnya dah seminggu si Along & Angah ajak tengok BoboiBoy The Movie ni. Sepanjang minggu asyik bercerita kawan-kawan ramai yang dah tengok, dan sepanjang minggu juga asyik melukis gambar kartun BoboiBoy je... teruja betul tu. Akhirnya hari ni tunaikan juga permintaan anak-anak. Itupun jenuh nak beli tiket online sebab dah penuh orang tempah. Seat yang tinggal pun cuma dua barisan depan je... jenuh pulak mendongak nanti... Survey punya survey dapat juga seat bahagian atas sikit.
~ Jalan cerita dan kualiti animasi filem ni memang 'Terbaik'...bak kata BoboiBoy. Penuh aksi, kelakar, jalan cerita pun tersusun dan tak membosankan... sesuailah ditonton seisi keluarga. Lebih penting lagi anak-anak gembira.
~ Anggaplah juga ini hadiah untuk Along yang dapat keputusan 6A 2B dalam peperiksaan UPKK baru-baru ni... tahniah Along. Terbaik macam BoboiBoy.

Kategori :
Wayang
21 December, 2014
The Hobbit - The Battle of the Five Armies.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Sempena harijadi Angah, kami sekeluarga menonton filem The Hobbit: The Battle of Five Armies. Disebabkan dah menonton kedua-dua filem terdahulu, tak lengkap rasanya kalau tak menonton sekuel terakhir trilogi pengembaraan Bilbo dan rakan-rakannya. Malas aku nak mengulas, jadi lebih baik kopipes ulasan orang yang lebih rajin...hehe.
Ulasan oleh : IZZAT MOHD ANUAR (MYNEWSHUB.CC)
Siri adaptasi daripada karya agung J.R.R Tolkien itu bermula dengan filem pertama, The Hobbit – An Unexpected Journey (2012) diikuti sekuel The Hobbit – The Desolation of Smaug (2013).
Plot yang ditampilkan dalam sekuel terbaharu, akan merungkai nasib yang menimpa penduduk Laketown apabila Smaug, naga gergasi yang penuh amarah menyerang perkampungan tersebut. Smaug bertindak demikian setelah Bilbo Baggins, Thorin Oakenshield dan rakan-rakan menceroboh ke ‘Lonely Mountain’ dan cuba untuk membunuhnya bagi merampas kembali tempat tinggal dan emas yang diambil Smaug.
Bukan itu sahaja, pertarungan hebat bakal ditampilkan melalui babak peperangan beberapa puak, antaranya Orc, Elf, manusia dan orang kerdil (dwarves).
Untuk informasi, The Hobbit merupakan prekuel kepada trilogi popular, The Lord of The Rings yang ditayangkan pada 2001 – 2003. Sutradara hebat Peter Jackson yang menangani kedua-dua trilogi ini, secara purata berjaya memungut hampir US$3 bilion bagi kutipan trilogi The Lord of The Rings dan bagi trilogi The Hobbit, US$2 bilion sudah pun berhasil dikutip menerusi dua siri terdahulu.
Setelah memakan masa lebih 10 tahun untuk tampil dengan keenam-enam siri, nampaknya filem terbaharu kali ini bakal jadi yang terakhir. Ia berikutan perselisihan faham antara syarikat penerbitan Warner Bros dan waris Tolkien dalam isu pemilikan karya-karya terdahulu, lantas, buku terakhir yang masih berkisar tentang fantasi itu, The Silmarillion, tak dapat diadaptasi ke layar perak.
Maka, ini satu lagi alasan kukuh mengapa para peminat trilogi epik The Hobbit perlu ke panggung untuk menyaksikan kesudahannya! - MYNEWSHUB.CC
Kategori :
Wayang
16 November, 2014
Ulasan Filem Big Hero 6
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Terpengaruh dengan promo di tv sejak beberapa minggu lepas, si Along dan adik-adiknya beria-ia mengajak aku menonton wayang cerita ni. Oklah, sebab dah habis peperiksaan akhir tahun... mari kita tenangkan fikiran dengan menonton filem animasi ni.
Filem Big Hero 6 ini diadaptasi dari komik adiwira Marvel dengan tajuk yang sama, mengisahkan tentang persaudaraan, persahabatan dan dunia robotik... ada babak komedi, aksi yang tidak melampau dan ada juga babak sedih hinggakan si Along hampir menitiskan air mata...hehe. Pendek kata, memang seronok ditonton oleh bukan saja kanak-kanak...malah juga bapak kanak-kanak yang dah hampir nak masuk umur 4 siri ni...hihi.
Sekian...itu sajalah ulasan filem yang mampu dibuat oleh seorang bapak budak... kah3. Saya bagi 4 bintang!

31 December, 2013
Catatan Perjalanan Disember 2013
Cuti sekolah akhir tahun bulan Disember ni aku agak sibuk menghadiri kursus/taklimat di sana-sini, dari Rabu hingga Jumaat selama tiga minggu berturut-turut.
Selamat tahun baru 2014... tahun yang penuh ketidaktentuan... khabarnya harga macam-macam barangan dan perkhidmatan bakal naik. Perkhidmatan awam pun bakal melaksanakan dasar penjimatan... apa pun kesannya... nanti kita hadaplah satu persatu!
2-14 Dis. 2013 - Tak sempat nak bawa anak bini jalan-jalan. Maka lebih baik anak-anak dihantar menyertai kem cuti sekolah, ada juga aktiviti yang boleh mengisi masa lapang, mengasah otak serta mendapat ilmu baru selama dua minggu. Antara aktiviti dari pagi sampai ke petang seperti mengaji, hafazan, asas tajwid, aktiviti kreatif, team building dan sukaneka. Hari terakhir kena bermalam di kem, ada BBQ, qiyamullail & kuliah subuh..
14 Dis. 2013 - Ada bagusnya juga buat ibadah aqiqah dengan Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd baru-
baru ni, dapat pulak pergi kursus percuma. Memang rugi kalau tak pergi.
Dapat juga menambah ilmu tajwid dan dapat juga merasa jadi student UIA
biarpun cuma sehari.
15 Dis. 2013 - Setahun yang lalu, kami sekeluarga sungguh terpesona menonton filem The Hobbit: An Unexpected Journey, maka tahun ni layan jugalah sekuel keduanya The Hobbit: The Desolation of Smaug. Tahun depan kita layan sekuel terakhirnya pulak.
18-20 Dis. 2013
- Minggu ketiga berkursus pula di Hotel Impian Morib. Asyik kena
tinggal je kali ni bawa anak bini sekali. Biarkan diorang mandi kolam
puas-puas. Oopps, tiada gambar sebab habis di-delete oleh si Aina.
21 Dis.2013
- Selamat Hari Lahir ke-7 buat Angah. Semoga menjadi anak yang soleh
serta berjaya di dunia dan akhirat. Tak perlu sambutan besar-besaran
untuk membuktikan kami semua sayangkan Angah. Cukup hanya dengan dua
ketul permainan B-Daman kegemarannya serta sebiji Japanese Cotton
Cheesecake hasil air tangan ibunya sendiri... dihabiskan dengan sekali
hadap je kek yang sedap tu.
Selamat tahun baru 2014... tahun yang penuh ketidaktentuan... khabarnya harga macam-macam barangan dan perkhidmatan bakal naik. Perkhidmatan awam pun bakal melaksanakan dasar penjimatan... apa pun kesannya... nanti kita hadaplah satu persatu!
22 June, 2013
Lelaki Keluli @ Manusia Super
Itulah maksud Man of Steel @ Superman, kalau suruh pakcik google buat terjemahan. Seperti biasa setiap kali ada filem superhero@adiwira baru di pawagam, anak-anak pasti akan ajak menontonnya. Aku tak reti nak buat ulasan filem jadi baca sajalah ulasan yang agak bernas di SINI.
Bimbingan dari ibu bapa memang diperlukan semasa menonton filem ini sebab agak tak sesuai untuk ditonton kanak-kanak kerana babak-babak keganasannya. Anak-anakku, sesungguhnya semua superhero dalam filem itu hanya khayalan semata-mata. Di dunia realiti, ayah dan ibumu inilah superhero yang sebenar... ehh terpecah rahsia pulak di situ!
Apahal pun aku respek pada Superman kali ni sebab dah insaf tak nak pakai spender kat luar dah. Mungkin sebab dah tak tahan kena bahan le tu!

22 December, 2012
The Hobbit : An Unexpected Journey
Berbekalkan 2 tiket wayang percuma yang dihadiahkan oleh Nokia yang
seminggu lagi dah nak tamat tempoh ... (dan kemudian terpaksa
mendapatkan 3 lagi tiket yang tidak percuma), kami sekeluarga ke AEON
Rawang untuk menonton filem The Hobbit: An Unexpected Journey.
Bagi peminat trilogi filem fantasi pengembaraan Lord of the Ring... mesti suka filem Hobbit ni. Dengan durasi tayangan selama 2 jam 46 minit, anak-anak nampak agak bosan pada awal filem sebab banyak babak bercakap je. Tapi bila macam-macam makhluk pelik dah muncul... barulah diorang terpegun duk layan cerita ni. Ibu bapak diorang pulak lebih terpegun tengok pemandangan indah dalam filem ni... tetiba rasa macam nak pergi New Zealand pulak.
The Hobbit ni juga dibuat dalam bentuk trilogi, anak-anak pun dah kata nak tengok part 2 pulak tahun depan.
Untuk ulasan filem yang lebih profesional, sila ke SINI
Kategori :
Wayang
07 July, 2012
Suatu hari di AEON Rawang
Dah lebih dua tahun rasanya tak tengok wayang... si Along & Angah pulak teringin nak tengok cerita The Amazing Spiderman. Permintaan ditunaikan. Berangkat ke TGV AEON Rawang yang baru dibuka. Ini juga pertama kali bawa si Aina tengok wayang... nampak teruja...
Habis wayang, terjumpa pulak mesin ni... dengan hanya masukkan singgit boleh dapat tau sikit sebanyak status kesihatan kita... result aku punya yang sebelah atas. BMI, weight, body fat index... masih ideal tapi dah nak cecah tahap maksimum... tapi masa timbang tu aku belum makan lagi... kalau timbang lepas makan mungkin dah tak ideal lagi...
Blood pressure masih OK. Sejak berenti merokok hampir setahun yg lalu, berat badan & perut ada naik sikit... puasa tak lama lagi... harap2 boleh turun sikit... Result yg bawah tu orang rumah aku punya.
Kat tempat korang ada mesin ni? Kalau takde datanglah sini... cari mesin ni kat tepi eskalator. Selamat mencuba... kalau mesin ni tipu, jangan salahkan aku.
![]() |
| 1.spiderman lah konon... 2. main kat playground... 3. pizza hut |
![]() |
| ultrasonic height & weight machine |
Blood pressure masih OK. Sejak berenti merokok hampir setahun yg lalu, berat badan & perut ada naik sikit... puasa tak lama lagi... harap2 boleh turun sikit... Result yg bawah tu orang rumah aku punya.
Kat tempat korang ada mesin ni? Kalau takde datanglah sini... cari mesin ni kat tepi eskalator. Selamat mencuba... kalau mesin ni tipu, jangan salahkan aku.
09 July, 2009
Transformers: Revenge of The Fallen
Menunaikan janji nak bawa anak2 menonton filem Transformers: Revenge of The Fallen sambil mengembalikan nostalgia di zaman bapak mereka ni kecik2 dulu. Memandangkan kesuntukan masa di waktu siang, kami pergi menonton pd jam 8.45 malam di GSC 1 Utama.
Awal2nya anak2 aku nampak begitu teruja menonton. Malangnya masa robot2 Autobots vs Decepticons tu tengah sibuk berperang, boleh pulak anak2 aku tertidur. Cheh...tak boleh bawak majlis betul la budak2 ni... Tobat aku tak nak bawak diorang tengok wayang waktu malam lagi.

22 May, 2009
Bawa Aiman tengok wayang

Ini kali kedua si Aiman tengok wayang selepas menonton Geng Upin & Ipin, teruja betul dia. Tak berkelip mata tengok cerita superhero kegemaran dia, Spiderman 3.
Kategori :
Wayang
14 February, 2009
Mengembara bersama Upin dan Ipin & the Geng
- Aku bukanlah kaki wayang tegar. Dalam setahun ada la dalam 4-5 kali masuk panggung. Itupun semuanya filem orang putih... entah kenapa kepala aku tak boleh nak layan cerita Melayu ni. Seingat aku baru 2 kali aku menonton filem Melayu di pawagam...filem Ali Setan masa aku kecik-kecik dulu. Itupun bapak sedara aku yang paksa temankan dia (time tu dia takde awek agaknya.) Dan satu lagi filem Mistik bersama awek (sekarang bini aku) yang memang suka tengok cerita seram (walaupun realitinya dia seorang yg penakut nak mampus..hehe).
- Melayan kerenah anak-anak yang hanyut dalam fenomena si kembar comel Upin & Ipin, aku pun membawa anak-anak aku (sudah tentulah bersama ibu mereka) ke Cineleisure, Mutiara Damansara, menonton filem animasi 3D pertama Malaysia iaitu Geng: Pengembaraan Bermula, hasil kerja Les' Copaque Production.

- Bagi aku filem ni kira menghiburkan la jugak. Idea & jalan ceritanya menarik, kreatif dan betul-betul bercirikan Malaysia. Kualiti animasinya juga memang cantik dan meriah dengan warna, pergerakan pun tak kaku, walaupun khabarnya hanya dibuat menggunakan PC dari Low Yatt je. Pendek kata kalau orang2 putih kat Disney, Pixar dll tengok pun boleh 'nangis'...macam mana orang Malaysia boleh buat 3D animasi setaraf dengan mereka.
- Tapi benda yang cantik pasti ada kekurangannya. Babak2 di pertengahan hingga penghujung cerita membuatkan aku sikit tak puas hati. Terlalu banyak makhluk pelik lagi ganas seperti ular gergasi, pacat gergasi dll ditonjolkan, ditambah pula dengan jeritan2 dan unsur2 suspen, langsung tak sesuai untuk kanak-kanak. Anak aku yg kecik tu (umur 2 tahun setengah) terpaksa dipeluk dan diriba ibunya kerana ketakutan. Gerenti mengigau anak aku malam ni.
- Lagi satu masa babak lumba motor, ditonjolkan betapa hebatnya budak 2 ekor tu berlumba, tanpa diselitkan pengajaran, nasihat dan keburukannya. Macam nak galakkan budak-budak merempit je! Dah aku pulak yg kena explain kat anak aku.
- Walaupun aku seorang pengkritik filem tak bertauliah, apapun aku bagi 4 bintang untuk filem ni. Kalau kurang unsur-unsur ganas tu bolehlah aku bagi 5 bintang. Tapi kalau Les Copaque bayar aku, 10 Bintang pun aku boleh bagi!.. ngeh3

Subscribe to:
Posts
(
Atom
)
Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.
Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.
Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.