Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
~ Balik kampung menziarahi mak dan saudara mara, sempat singgah bawa anak-anak berkubang di Kubang Gajah Mini Waterpark, Temerloh. Taman air ni sebenarnya dah lebih setahun dibuka, tapi kami biasanya lalu je tak terlintas pulak nak singgah.
~ Lokasi berdekatan jambatan Temerloh dan bersebelahan Stadium Mini Temerloh. Nama je mini waterpark tapi agak besar juga kawasannya. Bayaran masuk pun boleh kata murah; RM10 untuk dewasa dan kanak-kanak bawah 12 tahun cuma RM8.
~ Mini waterpark ni hanya sesuai untuk kanak-kanak sebab kolam mandinya cetek je, golongan dewasa jadi tukang layan anak-anak boleh la.
~ Tak macam taman tema lain, di sini boleh bawa masuk makanan sendiri, berapa banyak nak bawa pun boleh tapi di dalam ni pun ada jual makanan.
~ Dari waterpark ni dibuka jam 9.00 pagi hingga masuk waktu zuhur, puaslah si Along, Angah dan Aina bersama Pokde dan acik Ijah mereka berendam dan main gelongsor sepuas-puasnya. Lain kali balik kampung nak datang sini lagi kata mereka.
24 October, 2015
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.
Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.
Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.


tq support #kubanggajahwaterpark..nnti singgah lagi yer
ReplyDeleteinsyaAllah tuan (taukeh kubanggajah waterpark ke ni?)... memang best berkubang kat sana kata anak2..
Delete