PTT Outdoor
Showing posts with label Reunion. Show all posts
Showing posts with label Reunion. Show all posts

16 February, 2014

Mari menubuhkan koperasi sambil reunion @ Port Dickson

Bila sahabat-sahabat lama masa sekolah ramai yang berjaya dalam bidang masing-masing terutamanya yang bergiat dalam bisnes, ada cadangan untuk menubuhkan koperasi alumni sekolah. Tujuannya supaya bila bergerak atas nama koperasi, mudah sikit nak mendapatkan projek yang lebih besar serta mudah sikit nak uruskan sebab boleh buat secara bersama. Maka dapatlah menjana lebih pendapatan untuk koperasi sambil memberi faedah lebih besar untuk ahli.

Sebagai pekerja gomen yang biasa-biasa je, apa sangat yang mampu aku buat selain hanya menyokong usaha kawan-kawan dari belakang, jadi ahli biasa sudahlah. Untuk menjalankan aktiviti koperasi kita serahkan pada yang pakar.


Mesyuarat Agung Permulaan penubuhan koperasi ni dijalankan di Restoran D'Oasis, Port Dickson pada 15 Feb.2014. Ada seorang wakil dari Suruhanjaya Koperasi untuk memantau dan membantu perjalanan mesyuarat. Untuk pengetahuan, dalam mesyuarat pertama bila nak menubuhkan koperasi, agendanya adalah:

1.   Perlantikan Pengerusi Mesyuarat.
2.   Persetujuan menubuhkan koperasi.
3.   Permohonan bagi didaftarkan sebagai Koperasi.
4.   Pemilihan Undang-Undang Kecil Koperasi.
5.   Pemilihan Anggota Lembaga.
6.   Pemilihan anggota yang akan turut sama menandatangani permohonan pendaftaran (sekiranya bilangan anggota Lembaga kurang dari 10 orang).
7.   Menimbang dan meluluskan belanjawan tahunan koperasi.
8.   Meluluskan elaun yang diberikan kepada anggota Lembaga dan saraan yang dibayar kepada mana-mana anggota Lembaga yang dilantik sebagai pengarah subsidiarinya, jika ada.
9.   Meluluskan perlantikan suatu panel yang tidak kurang daripada dua orang juruaudit, yang merupakan juruaudit yang diluluskan oleh Suruhanjaya atau pegawai Suruhanjaya, untuk mengaudit akaun koperasi.
10. Menimbang dan meluluskan ruang lingkup dan had pelaburan yang dibiayai oleh kumpulan wang lebihan koperasi.
11. Menentukan had maksimum keterhutangan koperasi.


Bagus juga hadir mesyuarat koperasi ni. Sambil bermesyuarat, sambil bertemu sahabat-sahabat lama yang hampir 20 tahun tak jumpa, sambil dapat juga bawa mertua dan kakak ipar sekeluarga bercuti (sewa satu apartment 3 bilik di Glory Beach Resort).


30 November, 2013

Catatan Perjalanan November 2013

Kalau entri blog dah macam gini gayanya... longgok sebulan punya cerita dalam satu entri,  itu tandanya tuan blog dah dilanda penyakit malas... hahaa... Tapi sebab dah terjebak dalam dunia blogging, teruskan aje lah. Bila ada kelapangan masa barulah update. Walaupun blog ni takde pengunjung sangat pun, selagi terdaya aku akan terus berblog mencatat perjalanan hidup aku sebagai kenangan untuk anak cucu aku. Layan entri bergambar je lah!


2/11/13 (Sabtu) - Mendaki Bukit Broga bersama rakan-rakan JP Selangor. Kalau tahun lepas Along sorang je ikut, kali ni bawa si Angah sekali... tahniah Angah berjaya sampai ke puncak. Kalau tahun lepas Along laju je mendaki tinggal ayah jauh, tapi tahun ni mencungap dia nak sampai puncak... maklum le fizikal dah makin debab... hehe



3/11/13 (Ahad) - Pahang juara Piala Malaysia kali ke-3 (selepas 1983 & 1992) bila menewaskan pasukan pilihan Kelantan 1-0. Terima kasih kepada Matias Conti yang menjaringkan gol cantik hasil hantaran budak Lepih, Alex. Harap-harap janganlah sampai kena tunggu 21 tahun lagi nak julang piala seterusnya. Hogoh Pahang Hogoh!!



9/11/2013 (Sabtu) - Sementara si ibu & anak daranya menyertai aktiviti 'ladies outing' di Melaka, si ayah & anak-anak bujangnya menghadiri Majlis Kecemerlangan di sekolah. Along dapat no.2 dalam kelas sekolah agama, sekolah kebangsaan pulak no.20++. Si Angah pulak dua-dua sekolah dia pulun no.20++... takpe, tingkatkan usaha anak-anakku... kalau ayah ibu paksa belajar sangat nanti tertekan pulak korang...


 9/11/2013 (Sabtu) - Habis je majlis anugerah cemerlang si Along, si ayah & anak2 bujangnya pulak sempat ke Glory Beach Resort, Port Dickson, menghadiri reunion rakan sekolah masa form 6. Sebelum tu sempat singgah di Muzium ATM, PD, kemudian terjun kolam kat resort. Malam, bertemu sahabat2 lama sambil sibuk ber-BBQ. Ramai sahabat yang berjaya dalam bidang masing2, mungkin aku je la yang tak berapa nak menjadik... haha. Sambil reunion ni jugak diorang bercadang nak tubuhkan koperasi alumni. Serah pada yang pakar , bab ni i follow je lah. Tak dapat nak bersembang lama, 10.30 malam terpaksa balik sebab esoknya aku ada program lain.


 10/11/2013 (Ahad) -  Program Sahabat Statistik bersama Komuniti Taman Widuri 2, Bukit Beruntung. Satu usaha untuk memperkenalkan lagi fungsi Jabatan Perangkaan kepada masyarakat.


17/11/2013 (Ahad) - Cuti sekolah hujung tahun sudah bermula. Terlanjur menghadiri kenduri sambut menantu En.Manan (rakan sekerja) di Semenyih, masa nak balik singgah Broga Rabbit Farm.... ladang arnab terbesar di Malaysia. Tapi bukan hanya ada arnab semata-mata, banyak lagilah haiwan ternakan lain. Tiket masuk RM5 sekepala... bawah 2 tahun masuk percuma.


19/11/2013 (Selasa) - Selamat hari lahir ke-4 buat anak daraku ini... semoga hidupmu diberkati dan dirahmati Allah hendaknya dan menjadi anak yang solehah.  Hanya sambutan kecil-kecilan dengan 3 biji kek kecik (yang nampak macam besor) serta big-box pizza hut. 
 


Jumpa lagi bulan Disember... haha.

25 September, 2011

Suatu hari di Penghujung Raya

Hari ni rumah aku dikunjungi sahabat2 laa zaman sekolah dulu. Walaupun Syawal dah hampir di penghujung, diorang ni masih bersemangat nak beraya rumah sahabat2 lama. Seronok juga sesekali berjumpa mengimbau kenangan pahit manis masa zaman persekolahan, selain berkongsi perkembangan terbaru masing2.



Terima kasihlah kepada Azam, Rizal, Sidah, Senah & Mazni bersama keluarga masing2 sebab sudi singgah menceriakan suasana hujung2 raya kat rumah aku. Rumah banglo aku yang besar tu tiba2 jadi sempit pulak dengan kehadiran korang beramai2. Hehe!

Harap dimaafkan kalau ada sebarang kekurangan… sama ada kurang selesa, kurang sedap, kurang sopan mahupun kurang ajar… maaf zahir batin. Tahun depan datanglah lagi.

.

25 July, 2010

Reunion SMDB @ Cherating

Bermula dgn berjumpa semula dlm FB... beberapa org bekas2 pelajar tua SMDB merancang reunion kat Holiday Villa Beach Resort, Cherating ... setelah lebih 18 tahun meninggalkan SMDB.


Sabtu, 24 Julai 2010


9.00am, bertolak dari rumah aku kat Sg Buloh. Singgah kampung jap nak ambik anak2 arwah Achik. Kesian budak2 tu takde sapa nak bawak jalan. Sumbat je lah dlm kereta buruk aku tu. Time2 macam ni lah rasa macam nak pakai MPV je, boleh sumbat ramai sikit. Tapi buat masa ni kereta buruk tu je la yg aku mampu... huhu.


Kebetulan sekarang musim buah... durian gugur ada le 4-5 biji... rambutan baru nak mencelah... yg banyak manggis & dokong. Ambik banyak sikit boleh makan reramai kat resort nanti. Lepas zohor, bertolak ke Cherating.

3.30 pm, sampai kat resort, check in bilik. Kedudukan bilik betul2 kat tepi kolam... perghh...memang strategik betul, tempat pun cantik. Letak je beg... anak2 terus nak terjun kolam... Nak tak nak aku pun terpaksalah (tapi rela) terjun kolam gak melayan diorang. Nasib baik ada geng di kalangan kaum bapak yg mandi sama sambil melayan kerenah anak masing2. Kaum ibu pulak lepak tepi kolam je (takde lain mesti bergossip la tu) sambil melantak buah2 yg aku bawak tadi. Dah nak maghrib, barulah budak2 ni nak naik dari kolam ( tu pun ntah berapa kali suruh). Memang hantu air betul budak2 ni....


8.45 pm, dinner. Sebelum tu di'surprisekan dgn acara potong kek sempena b'day aku & sorang lagi kawan. Rasa agak terharu bercampur geli sebab dah tua2 bangka ni pun kena tiup lilin kek bsday...haha! Apapun terima kasih bebanyak la pd yg sudi meraikan & sponsor kek. Lepas tu acara yg ditunggu2... makan time! Melayan nafsu setan melantak semua menu yg ada. Pedulik hapa gua bayar beb!


Lepas makan, buat meeting sekejap membincangkan lokasi next reunion (nak buat tiap2 tahun pulak dahh). Lepas tu bersembang & bergelak sakan sampai pagi... almaklumlah ada yg dah berbelas tahun tak pernah jumpa. Kebanyakan yg datang kali ni pernah duduk asrama, so hubungan diorang lebih rapat & lebih banyak berkongsi kenangan pahit manis masin payau, tu yg buat gamat tu. Aku yg duk luar ni nyampuk sikit2 je la. First reunion ni hanya 12 keluarga je yg dapat datang... yg lain ada la alasan & hal masing2.


Ahad, 25 Julai 2010

Lepas b/fast, bawak budak2 mandi laut sekejap. Lepas tu diorang macam tak berminat dah... mandi kolam balik sampai 11.30. Berkemas utk check out. Balik singgah Kuantan, lunch kat KFC je & lepak Teluk Cempedak jap. Lepas tu terus balik, singgah kampung hantar anak2 arwah Achik. Sempat lagi memenuhkan bonet kereta dgn buah2 cempedak, rambutan, manggis & dokong. Sampai rumah 9.30 pm.

Ini pulak cupcake yg bini aku tempah dari member ofis dia... tengkiu3

Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.

Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.

Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...