Mulai hujung tahun 2015, umur pun dah masuk kategori veteran... terasa nak mencuba sesuatu yang baru dengan berjinak-jinak menyertai acara larian sekali-sekala. Tujuan utama bukanlah nak menang, tapi sasarannya hanyalah nak sampai ke garisan penamat. Dengan berlari dapat juga mengekalkan gaya hidup sihat dan aktif, meningkatkan stamina dan menguatkan otot. Kalau jogging sendiri-sendiri keliling taman pun bosan juga.
2013
26 Okt ~ StatsRun, 10km - 1jam : 30minit : 00saat
2015
17 Okt ~ StatsRun, 10km - 1:18:18
20 Dis ~ MyBuddies Run, 10km - 1:23:03
2016
17 Jan ~ Shah Alam Night Run, 21km -3:47:45
6 Mac ~ Bukit Jugra Trail Run, 8km - 1:21:00
2017
17 Dis ~ Larian Menjunjung Kasih Jambatan Ke-3 Klang, 10km - 1:21:33
2018
18 Mac ~ BBR Trail Run 0.2 Challenge, Sg. Buaya, 15km - 2:48:00
Kebaikan Berlari / Jogging Pada Tubuh Badan
1. Jantung
Jogging merupakan salah satu cara yang sangat efektif untuk menggalakkan otot jantung anda bekerja. Apabila anda kerap berjogging, aliran darah di dalam badan akan menjadi lebih baik dan secara tidak langsung akan merendahkan risiko serangan jantung, darah tinggi dan angin ahmar atau strok.2. Berat Badan
Kepada yang ingin menjaga badan, jogging merupakan satu cara yang sangat bagus untuk menurunkan berat badan. Secara puratanya, jika anda jogging selama 1 jam, sebanyak 1000 kalori akan dibakar. Apabila berlakunya pembakaran kalori, ia memudahkan untuk anda menguruskan badan. Untuk membakar kalori lebih banyak perlu jogging lebih lama atau lebih pantas.3. Osteoporosis
Jika anda jogging secara tetap, sebenarnya anda sedang memberi bebanan otot dan tulang secara positif. Dalam masa yang sama, tulang akan dirangsang untuk menjadi lebih kuat dan tidak mudah dimamah usia.4. Mental
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, jogging mampu meningkatkan mood dan membina keyakinan diri yang positif. Selain itu jogging juga mampu untuk mengurangkan simptom kemurungan.5. Tidur
Jogging juga membantu anda untuk tidur awal dan lebih lena pada waktu malam. Ianya sangat bagus untuk pengidap imsonia.6. Tekanan
Jogging dapat meningkatkan keupayaan anda untuk menangani tekanan dengan lebih teratur. Ia dapat mengurangkan tekanan kerja ataupun belajar.7. Rasa Bahagia
Jogging mampu merangsang otak untuk merembeskan hormon endorfin. Hormon ni diberi nama jolokan hormon kebahagiaan.8. Kerungsingan
Secara umumnya, mereka yang kerap jogging mempunyai tahap kerungsingan yang lebih rendah berbanding mereka yang jarang atau tidak jogging. Satu kajian menunjukkan jogging yang kerap mengurangkan aktiviti reseptor serotonin yang berfungsi mengawal mood anda.9. Imunisasi
Jika anda seorang yang kerap jogging, anda akan mendapati anda jarang sakit seperti selsema, alahan, keletihan melampau, senggugut, sakit belakang dan sistem pencernaan. Ini menunjukkan sistem imunisasi anda sangat kuat.10. Otak
Semasa jogging, darah akan membawa oksigen ke otak. Ini menyebabkan otak mendapat bekalan oksigen dan nutrien lain yang mencukupi. Dengan itu segala kerja akan menjadi lebih produktif.11. Kulit
Jogging akan merangsang pengaliran darah di dalam badan. Oleh itu pembekalan nutrien dan pembuangan sisa toksik akan menjadi lebih efisyen dan secara tidak langsung menjadikan kulit menjadi lebih halus.Aktiviti berjogging perlu dilakukan secara konsisten untuk mendapat kesan yang diharapkan. Selamat berjogging.
.

No comments :
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen...
namun jika komen menggunakan 'Tanpa Nama @ Anonymous'... silalah letak nama samaran sekurang-kurangnya di akhir komen untuk memudahkan komunikasi... tidaklah tertanya-tanya siapa gerangannya si tukang komen... terima kasih.