Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Anak-anak nampak kebosanan terperap di rumah, bawa berkelah di Kolam Air Panas Cholo-Cholo, Hulu Tamu, Batang Kali. Datang pagi-pagi... mandi sampai tengah hari.. rentung kulit masing-masing.
Lokasi : Waze Cholo-Cholo Hotspring (terletak bersebelahan dengan Kolam Air Panas Hulu Tamu yang diuruskan oleh Majlis Daerah Hulu Selangor).
Bayaran masuk : RM3.00 je seorang.
Kemudahan : Ada kolam air panas (terbuka & tertutup), kolam air biasa untuk dewasa & kanak-kanak, pondok rehat, kolam memancing dan restoran.
26 January, 2020
25 January, 2020
Memancing di Pontoon Muhibbah, Pulau Indah
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Dah 4-5 bulan tak memancing (memang bukan pemancing tegar pun)... kali ni ikut jiran baru dan kawan-kawannya memancing santai atas pontoon (sejenis kapal platform/tongkang untuk mengangkut barang, jangan risau pontoon tu parking je tak bergerak ke mana-mana).
Sini lubuk ikan paling glamer iaitu ikan gelama dan ikan duri. Buntal dan sesirat juga tak ketinggalan menyibuk. Ada juga orang pernah naikkan senangin, tebal pipi, malong, kerapu, gemang dan cencaru.
Dah 4-5 bulan tak memancing (memang bukan pemancing tegar pun)... kali ni ikut jiran baru dan kawan-kawannya memancing santai atas pontoon (sejenis kapal platform/tongkang untuk mengangkut barang, jangan risau pontoon tu parking je tak bergerak ke mana-mana).
Lokasi : Pontoon 1, Jambatan Muhibbah Pulau Indah, Kelang (parking kereta bawah jambatan). Ada 9 pontoon di sini... pilih mana suka atau cuba risik-risik kat tekong port mana yang best.
No Telefon : Tekong Bot Isa (019 235 1044). Tambang RM10 seorang pergi balik.
Masa : Unlimited. Rasa nak balik call je tekong bot suruh jemput. Seeloknya mancing malam hingga pagi esoknya. Bila dah tengah hari panas terik, boleh rentung sebab pontoon takde bumbung.
Umpan : Udang kopek, perumpun, sotong. Kalau ada udang hidup saiz kecik lagi bagus (kami plan mancing last minit, tak sempat cari umpan hidup)
Kemudahan : Tiada kemudahan.. haha. Tandas pun tiada maka tak sesuai untuk golongan wanita mahupun kanak-kanak kalau nak memancing lama-lama.
Lain kali plan nak naik pontoon lainlah pulak.
Kategori :
Pancing
11 January, 2020
Hiking : Bukit Cherakah & Bukit Botak, Puncak Alam
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Hari ni hiking di Bukit Cherakah & Bukit Botak, Puncak Alam bersama anak bujang. Walaupun tak berapa jauh dari rumah tapi baru hari ni berkesempatan ke sini. Dua bukit ni boleh didaki dalam satu masa, boleh dikatakan dalam kategori mudah, tak perlu risau tersesat kerana terdapat penanda arah dan sesuai untuk beginner dan seisi keluarga.
~ Starting Point : Boleh Waze Hiking Trail Bukit Botak, Puncak Alam (berdekatan tangki air). Trek permulaan melalui ladang kelapa sawit.
~ Sepanjang perjalanan akan jumpa menara talian penghantaran elektrik, Kem Paet, puncak Bukit Cherakah setinggi 214 meter, Kem Tagar dan seterusnya Bukit Botak (tak pasti ketinggiannya). Perjalanan memakan masa kira-kira 45 minit - 1 jam, kalau jalan santai-santai.
~ Sebaiknya datang awal pagi, kalau lewat sikit bersedialah untuk berpanas di Bukit Botak yang tandus tu.

Hiking
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)
Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.
Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.
Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.