Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Hampir 13 tahun kahwin dengan orang Ipoh, baru ku tahu kat Ipoh ada kolam air panas. Jadi semasa balik Ipoh menziarahi bapak mertua yang kemalangan motosikal dan mak mertua yang kurang sihat kerana diserang
stroke ringan, kami sekeluarga sempat singgah di
Kolam Air Panas Lubuk Timah, Simpang Pulai... tempat rekreasi 2 dalam 1... ada kolam air panas dan air terjun.
Cara untuk ke sana, ikut jalan Simpang
Pulai - Cameron Highlands... lebih kurang 6 km dari jalan besar Simpang Pulai. Akan melalui kawasan yang banyak kuari, sambil tu usha-usha lah
papan tanda Kolam Air Panas Lubuk Timah di sebelah kiri.
 |
| kolam air panas taklah besar sangat... kat sebelah sungai je |
 |
| lengkap kemudahan surau, chalet, pondok wakaf dan tandas awam |
 |
| sungai di sebelah kolam air panas |
Kalau jalan ke atas sikit lebih kurang 300 meter, akan jumpa air terjun dari atas empangan. Tapi khabarnya kat bawah air terjun tu airnya dalam dan berbahaya disebabkan pusaran air... juga pernah meragut nyawa... jadi lebih baik mandi kat kawasan bawah-bawah sikit dari air terjun ni...
Kami ke sini bawa mak mertua sekali, dapat juga rendam kaki dalam kolam air panas
untuk melegakan ketegangan urat saraf dan melancarkan peredaran darah. Semoga kedua-dua mertuaku cepat sembuh seperti sediakala... aamiin.
wow!!!cantik...
ReplyDeletexpernah singgah sini lagi ni
tempatnya memang bersih & terjaga... cuma ramai yg tau kewujudannya..
Deletesinggah jgn x singgah..
semoga mentua abang ali cepat sembuh
ReplyDeletet.kasih aryan azra... :)
DeleteTiket masuk rm 5 sahaja ye
ReplyDeletebetul tu tuan khairuddin... murah je tu :)
Delete