Balik dari kampung, sempat singgah sekejap bawa anak-anak dan anak-anak buah berkelah mandi manda di Taman Rekreasi Air Wadi Al-Amin, Kampung Berhala Gantang, Seberang Temerloh... kira-kira 10km dari bandar Temerloh. Nak elak sesat ke sini boleh guna waze je.
Wadi al-Amin ni pada asasnya dibina bagi menampung perbelanjaan pengurusan Maahad Tahfiz al-Quran al-Amin yang terletak bersetentangan dengan Wadi al-Amin. Bayaran masuk dikenakan RM5 untuk dewasa; kanak-kanak RM3 dan percuma untuk orang kurang upaya (OKU) dan warga emas 70 tahun ++. Bolehlah berkelah sambil menyumbang dana pengurusan maahad tahfiz.
Waktu buka:
Isnin : Tutup
Selasa-Jumaat : 3.00 pm - 6.30 pm
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : 9.00 am - 6.30 pm
Walaupun kemudahannya taklah sehebat Bukit Gambang Waterpark atau sekurang-kurangnya Kubang Gajah Mini Waterpark, yang penting ianya berkonsepkan islamik di mana syarat utamanya; pengunjung mesti menutup aurat dan tidak berpakaian menjolok mata. Selain ada kolam untuk kanak-kanak serta kolam muslimin yang agak dalam untuk remaja dan dewasa, ada juga disediakan sebuah kolam berasingan tertutup bagi muslimah sahaja. Alhamdulillah terbaik!
Moh ramei2 kite ke sane!!!
No comments :
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen...
namun jika komen menggunakan 'Tanpa Nama @ Anonymous'... silalah letak nama samaran sekurang-kurangnya di akhir komen untuk memudahkan komunikasi... tidaklah tertanya-tanya siapa gerangannya si tukang komen... terima kasih.