27 November 2019 (Rabu) - Ofis aku telah menganjurkan Majlis Gala Dinner & Awards Night bertempat di Templer Park Country Club, Rawang. Majlis bertujuan untuk meraikan dan menghargai warga kerja yang telah sepanjang tahun bekerja keras, bertungkus lumus, berhempas pulas dan bermandi keringat dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.
Dalam majlis makan malam bertemakan Retro ini, diadakan juga acara selingan iaitu persembahan dari setiap unit, anugerah suka-suka untuk staf serta cabutan bertuah.
Tak sangka-sangka dah masuk kategori veteran pun masih boleh dapat anugerah hero remaja... kelakor sungguh sapa yang mengundi aku ni.. kuat diorang menganjing.. kah3.


