PTT Outdoor
Showing posts with label Lari. Show all posts
Showing posts with label Lari. Show all posts

18 March, 2018

BBR Trail Run 0.2 Challenge

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

~ Masuk acara larian pertama tahun ni... trail run di Sungai Buaya, Rawang. Ada kategori 5km Fun Run & 15 km, aku masuk acara 15km. Laluan bercampur melalui jalan kampung, kebun getah dan trek hutan... ada landai dan banyak juga turun naik bukit. Bagi aku rasanya lebih seronok berlari dalam acara trail berbanding berlari di jalanraya. Rasa lebih nyaman, damai dan tenang dalam suasana semulajadi.


~ Berjaya menamatkan larian dalam masa 2 jam 48 minit (jauh ditinggalkan juara yang sampai garisan penamat dalam masa 1 jam 11 minit je...hehe). 2 km terakhir kaki dah nak kejang, dah tak mampu nak berlari, kita jalan heret kaki je lah. Yang penting dapat sampai ke garisan penamat, sambil dapat meningkatkan stamina sebagai latihan persiapan trip mendaki Gunung Murud, Sarawak pada bulan April nanti.

17 December, 2017

Larian Menjunjung Kasih Jambatan Ketiga Klang 2017.

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Tahun ni tak pernah lagi masuk acara larian, dah nak hujung tahun ni masuk la satu acara larian...
Larian Menjunjung Kasih Jambatan Ketiga Klang kategori Veteran 10km sempena perasmian jambatan baru tersebut yang dinamakan Jambatan Raja Muda Nala, Klang. Turut serta dua orang rakan sepejabat.

Dimeriahkan dengan perasmian oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj yang turut menyertai larian dalam acara Fun Run 5km . Aku punya la mencungap selamba je dia potong aku... hihi.





Catatan masa kali ni 1jam: 21minit: 33saat... jauh ketinggalan di belakang juara dari benua Afrika (tak pasti la dari Kenya/Uganda/Ethiopia dsb) yang mencatat masa kira-kira 30 minit je. Tak kisahlah yang penting sampai garisan penamat pun dah kira kejayaan besar dah tu.



06 March, 2016

Bukit Jugra Trail Run

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

~ Setelah 3-4 kali masuk road run, kali ni nak mencuba trail run pulak di Bukit Jugra. Ada kategori 8km & 14 km. Disebabkan ini kali pertama masuk trail run, masuk acara 8 km je dulu. Rasanya lebih seronok berlari dalam acara trail berbanding berlari di jalanraya. Rasa lebih nyaman, damai dan tenang dalam suasana semulajadi.


~ Berjaya menamatkan larian dalam masa 1 jam 21 minit. Terjumpa juga beberapa orang rakan-rakan hikers. Habis lari, tunggu sampai acara cabutan bertuah, dapatlah botol air je... miss satu cabutan untuk dapat hadiah basikal.. takde rezeki.


17 January, 2016

Shah Alam Half 21km Night Run

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

~ Acara: Shah Alam Half 21km Night Run yang diadakan buat julung kalinya di Shah Alam... peserta dilepaskan jam 1.30 pagi. Apa la ke jadahnya la kitorang berlari masa orang tengah syok tidur kan? haha.

~ Tempat permulaan : Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

~ Dah 3 kali masuk acara larian 10km, nak cuba half-marathon 21km pulak... mampu ke tak aku ni? Mungkin sebab tak cukup training, 15km je mampu berlari, 6km terakhir banyak berjalan je sebab seluruh kaki dah rasa nak kejang... adehhh.


 ~ Apapun yang penting berbekalkan kekuatan mental akhirnya berjaya juga menuju garisan penamat dalam masa 3jam, 47 minit, 45 saat. Dapat medal dan t-shirt finisher. Lepas ni dah taubat tak nak masuk 21km lagi... rasanya dah jauh berlari tapi tak juga sampai-sampai...hihi.

20 December, 2015

MyBuddies Run

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


~ Gambar-gambar di atas masa masuk acara larian MyBuddies Run di Cyberjaya. Memang meriah sebab ada acara masked fun run (Darth Vader & Stormtrooper pun ada), persembahan artis (Ayai Illusi & Awi Rafael) dan cabutan bertuah yang hadiah utamanya dua buah kereta Axia selain motosikal dan basikal.

~ Kalau nak jogging sendiri memanglah tak berapa rajin, itulah sebabnya masuk acara ni. Seronok dan meriah lari 10km beramai-ramai, sambil dapat juga keluar peluh dan meningkatkan stamina.

~ ... Agak-agak penat berlari kita berjalan, yang penting sampai garisan penamat.  Catatan masa kali ni, 1 jam, 23 min, 03 saat... jauh ditinggalkan juara yang mencatat masa sekitar 30 minit lebih je...hihi.


17 October, 2015

Larian Statistik (StatsRun) 2015 - Putrajaya

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

StatsRun kembali lagi. Berlangsung di tempat yang sama di Putrajaya dan masih masuk acara yang sama, 10 km, cuma kategori upgrade sikit kepada Veteran seiring dengan peningkatan usia...


Kalau StatsRun 2013 dulu catatan masa 1 jam 30 minit, kali ni catatan masa turun sikit kepada 1 jam 18 minit 18 saat... ada peningkatan sikit sebab dah lebihkan sikit berlari dan kurangkan berjalan...haha. Juara kategori aku ni menamatkan larian dalam masa 38 minit je. Tak kisahlah tu, tujuan aku berlari cuma suka-suka je sambil mengekalkan kecergasan badan.



26 October, 2013

Larian Statistik (StatsRun) 2013 - Putrajaya

Tak pernah-pernah masuk acara larian, tetiba masuk acara larian StatsRun sejauh 10km. Saja seronok-seronok berlari ramai-ramai sambil nak cari stamina sebab bulan 12 nanti nak naik gunung standard hardcore lagi. Sempat le jogging 2-3 kali sebagai persediaan seminggu sebelumnya.

Hari kejadian; lari lebih kurang 100 meter, berjalan pulak 50 meter sebab pancit... dan gitulah seterusnya hingga selamat sampai ke garisan penamat sejam setengah kemudian... alhamdulillah. Untuk rekod, catatan masa juara adalah kira-kira 30 minit je... jadi aku ketinggalan sejam jugak la... hahahaaaa


What? Statistics Run 2013 (StatsRun 2013)

When? 26 Oct 2013 (Saturday) 7:30am flag off

Where? (START/FINISH) Kompleks Sukan Air, Precint 6, Putrajaya

Who? Organised by Persatuan Perangkawan, Persatuan Penolong Pegawai Perangkaan, Kesatuan Pembantu Perangkaan Jabatan Perangkaan Malaysia collaboration with Perbadanan Putrajaya

Why? In celebration of the 2013 International Year of Statistics (IYOS 2013). The main objective of StatsRun 2013 is to create awareness amongst the public on the importance of statistics for the nation’s planning and development.

How far? 10KM (Men & Women Open and Men & Women Veteran) 3KM (Men & Women VVIP and Fun Run)



5W1H disalin-tampal dari SINI
Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.

Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.

Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...