5 Oktober 2014 (Ahad) ~ Salam Aidil Adha. Kami cuma mengorbankan diri dengan tak pulang ke kampung, sebaliknya cuma beraya di rumah sendiri. Selesai solat raya dan tolong melapah seekor lembu yang dikorbankan di kejiranan aku, melepak saja di rumah bersama keluarga.
6 Oktober 2014 (Isnin) ~ Cuti gantian sebab raya semalam jatuh hari ahad. Pagi tu kami merancang nak berkelah di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu. Masa pergi Bukit Kutu minggu lepas, ternampak satu port baik untuk berkelah sebab bebas dari pencemaran, insya Allah mintak dijauhkan dari virus kencing tikus. Airnya juga taklah terlalu dalam dan deras jadi sesuailah untuk budak-budak main air.
~ Untuk ke port ni perlu trekking kira-kira 1 km melalui trek yang agak landai, dua kali menyeberangi sungai menggunakan dua jambatan besi dan sekali lagi lintas sungai dengan meranduk air. Sebenarnya di sebelah bawah pun boleh berkelah, tapi biasanya ramai pengunjung dan banyak pulak sampah. 3.00 PM - cuaca mula mendung... masa untuk balik. Kira puaslah anak-anak mandi-manda dari pagi sampai petang.


Sungai Pertak... memancing dapat ikan tak? Nampak macam best je ni...
ReplyDeletemancing main2 je umpan roti... dpt anak tengas sekor pastu ikan taknak makan terus bebudak tu boring nk mancing dah hihi
ReplyDeleteinfo yang menarik. Terima kasih kerana sudi berkongsi
ReplyDelete