Aku cuma nak kongsi pengalaman menghadapi situasi anak kedua aku si Aliff tu diserang sawan tarik. Pertama kali kena masa tu umur Aliff lebih kurang 11 bulan, memang kelam kabut aku & bini aku. Almaklumlah tak pernah berdepan dengan benda2 macam ni. Tengok badan dia dah kejang semacam, mata hitam dah naik ke atas, air liur pulak meleleh je. Tak tau nak buat apa, cepat2 hantar ke klinik aje lah. Bawa kereta pun tak sedar habis semua bonggol aku langgar. Sampai klinik doktor terus bagi ubat demam masuk dalam lubang bontot. 2-3 minit lepas tu Aliff dah OK semula. Cuma nampak letih sangat dan lepas tu tertidur.
tidur...baru lepas kena sawan la ni...
Lepas tu doktor suruh bawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Lepas check-up, pukul 12.00 tgh malam kena masuk wad. Terpaksalah ibunya tidur di hospital menemankan anaknya. Pukul 3.00 petang esoknya baru boleh keluar.Selepas peristiwa kali pertama tu, ada juga 3-4 kali si Aliff terkena sawan lagi. Cuma sekarang ni dah tak ke klinik lagi. Bila dia demam je, cepat2 masukkan ubat dalam bontot dia. Ubat tu memang dah standby simpan stok kat rumah, dgn izin Allah memang mujarab (apakenama ntah ubat tu).Lepas tu selimutkan dia dgn tuala lembab, letak juga tuala lembab kat dahi dia (lagi senang letak je 'kool fever'). Alhamdulillah setakat ni dah lama tak kena sawan lagi.

