Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Baru-baru ni sekumpulan gajah liar masuk kampung aku... banyak juga tanaman keluarga aku dimusnahkan. Dah 3-4 kali juga rasanya kejadian ni berlaku. Bila ada kes gajah masuk kampung, nampak macam kampung aku ni jauh sangat di pedalaman, tapi sebenarnya kampung aku ni cuma 10 km dari bandar Mentakab dan tak jauh pun dari jalan besar (jalan lama KL-Kuantan). Cuma di belakang kampung tu bersempadan dengan hutan simpan.
Harap-harap gajah-gajah ni tak mengancam keselamatan dan nyawa penduduk kampung aku dan semoga pihak berkuasa terutama PERHILITAN dapat mengatasi segera masalah ini. Ironinya, gajah-gajah ni masuk kebun keluarga aku pada malam pasukan bolasepak Pahang tewas kepada Perak dalam perlawanan terakhir Liga Super 2014... kecewa le tu kot Pahang kalah, habis semua dihogohnya...hihi.
Ini berita yang dipetik dari Sinar Harian
UPDATE: Seekor gajah liar telah berjaya ditangkap menggunakan tembakan ubat pelali oleh Jabatan Perhilitan, manakala yang lain sempat melarikan diri. Operasi pemindahan ke habitat asal yang lebih sesuai akan dibantu melalui komunikasi antara gajah denak dengan gajah liar. Tapi mengikut kata Perhilitan, kos pemindahan seekor gajah sangat tinggi sebenarnya... mencecah puluhan ribu juga khabarnya.
Menurut beberapa sumber, ada saksi pernah ternampak puluhan ekor gajah dalam hutan simpan tersebut. Hutan habitat asalnya telah diceroboh dan diterokai untuk tanaman getah... hmmmm... patutlah masuk kampung cari makan... puncanya tangan-tangan manusia juga... :

MENTAKAB – Beberapa keluarga di Kampung Desa Bakti, di sini dikejutkan dengan kehadiran tiga gajah liar yang berkeliaran di dalam kampung tersebut pada tengah malam bermula dua hari lalu.
Seorang penduduk, Zabidah Ibrahim 66, berkata, gajah liar yang berkeliaran di halaman rumah tidak berpagar itu telah memusnahkan beberapa tanaman seperti kelapa dan pisang miliknya. Menurutnya, paling menakutkan apabila gajah itu memakan pokok pisang dan kelapa yang terletak hanya tiga meter dari pintu dapur rumahnya.
“Sepanjang 26 tahun tinggal di sini, tiga tahun kebelakangan ini semakin kerap gajah liar memasuki kawasan kampung dan kami sembilan keluarga di sini antara yang kerap berhadapan dengan haiwan itu. Ini serangan ketiga sepanjang saya tinggal di sini, walaupun gajah ini tidak membahayakan kami tetapi ia telah memusnahkan tanaman pokok buah-buahan milik kami. Sejak dua hari lalu, saya kerugian apabila enam pokok kelapa dan berpuluh pokok pisang ditumbangkan gajah liar ini,” katanya.
Zabidah berkata, pada Isnin lalu jam 4.30 pagi, dua gajah liar memakan pokok kelapa dan pisang dalam kawasan halaman rumahnya. Menurutnya, kumpulan gajah itu bertambah kepada tiga ekor, semalam dan pergerakan haiwan liar itu semakin jauh ke dalam kampung menyebabkan lebih banyak kerosakan tanaman penduduk.
Seorang lagi penduduk, Md Hairuman Ramli 38, berkata, meskipun rumah dan tanaman buah-buahan miliknya tidak diancam gajah liar tetapi dia turut mengambil berat soal keselamatan penduduk. Menurutnya, kampung tersebut bersempadan dengan kawasan Hutan Simpan Kemasul yang menjadi habitat banyak gajah liar.
“Saya tahu ada serangan gajah dalam kampung kami tetapi tidak menyangka serangan kali ini agak teruk kerana gajah berkeliaran dan memasuki jauh ke dalam penempatan penduduk. Diharap tindakan segera dapat dilakukan pihak berkuasa terutama Jabatan Perhilitan dalam mengatasi masalah ini,” katanya.
Hairuman (kiri) dan Zabidah melihat pokok pisang yang musnah kira-kira tiga meter dari pintu dapur rumahnya
|
Sementara itu, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Desa Bakti mengesahkan Jabatan Perhilitan telah meninjau kumpulan gajah liar itu dan akan mengambil tindakan segera menghalau gajah jauh ke dalam hutan.