Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
~ 16 Februari 2018 (Jumaat); cuti raya cina, bertolak ke rumah abang ipar di Kota Tinggi, Johor untuk menghadiri majlis kahwin adik ipar bongsu. Mujur jalan tak jem sangat. Malam pertama bermalam 3-4 keluarga di homestay berdekatan.
~ 17 Februari 2018 (Sabtu); dilangsungkan majlis akad nikah dan jamuan makan dalam satu majlis ringkas. Majlis yang ringkas macam ni lah yang terbaik lagi berkat dan patut diamalkan oleh bakal-bakal pengantin... mak bapak pengantin pun sila take note... anak-anak bukan untuk 'dijual'.
Selamat pengantin baru buat Cu dan pasangannya Shafiq, semoga berkekalan bahagia hingga ke akhir hayat dan hingga ke syurga. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, dicukupkan rezeki serta dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Perkahwinan juga boleh menjadi pencetus untuk kita membuat perubahan ke arah menjalani kehidupan yang lebih baik.
Petang selepas majlis dan selesai tolong-tolong kemas kerusi meja, kami bertolak pula ke JB. Bermalam di rumah anak buah isteri yang menetap di sana. Malamnya dibawa jalan-jalan cari makan di gerai
Bubur Nasi Istimewa No.1 di Taman Sentosa. Lepas tu ke Danga Bay, bawa anak-anak lepak di mini theme park sekejap.
~ 18 Februari 2018 (Ahad); sebelum berangkat pulang, sempat singgah di kilang
Otak-Otak JB Mr Noh, membeli otak-otak yang khabarnya sedap dan tersohor di JB dengan keaslian resepinya. Beli yang frozen, sampai rumah nanti baru panggang. Terbukti memang sedap.