Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
SUNGAI BULOH, 29 Mac. - Bagi mengelak penularan
demam denggi, lebih 100 penduduk Pangsapuri Rose di sini
menganjurkan gotong-royong membersihkan kawasan sekitar perumahan
tersebut.
Mereka membersihkan longkang dan membuang sampah sarap yang boleh menakung air sekali gus
menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.
Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor, Tn Hj Mohd Maskor b. Tumiran yang merasmikan program gotong-royong tersebut berkata, peningkatan kes denggi sejak kebelakangan
ini adalah membimbangkan dan ia perlu diberi perhatian serius oleh
orang ramai.
"Kawasan persekitaran yang kotor menjadi faktor utama kepada
pembiakan nyamuk aedes dan masyarakat sewajarnya mengambil inisiatif
membersihkan kawasan kediaman masing-masing selain bekerjasama dalam
usaha mencegah denggi."
"Langkah paling berkesan ialah memusnahkan tempat-tempat pembiakan
nyamuk aedes bagi mencegah denggi dan pada masa sama masyarakat juga
perlu peka dengan kawasan kejiranan mereka agar sentiasa bersih dan
ceria," katanya.
Beliau berkata, program yang diadakan tersebut secara tidak langsung
dapat menangani penularan demam denggi selain mewujudkan komuniti yang
mengutamakan kebersihan dan kesejahteraan setempat. "Penduduk diingatkan supaya memastikan pasu bunga dan tempat yang
menakung air sentiasa bersih dan bebas daripada jentik-jentik kerana ia
merupakan faktor penyumbang kepada masalah denggi," ujarnya.
29 March, 2015
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.
Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.
Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.
No comments :
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen...
namun jika komen menggunakan 'Tanpa Nama @ Anonymous'... silalah letak nama samaran sekurang-kurangnya di akhir komen untuk memudahkan komunikasi... tidaklah tertanya-tanya siapa gerangannya si tukang komen... terima kasih.