buat muka kesian |
Apakah jenis makanannya itu??? Nampaknya terpaksalah Angah dijadikan bahan ujikaji. Setelah melalui beberapa siri ujian pemakanan.... serta terpaksa menanggung beberapa siri kegatalan, rupanya Angah alah kepada........... daging ayam!!! Payah juga ni sebab daging ayamlah antara lauk yang budak-budak suka makan.
Heran juga sebab sebelum ni ok je dia makan ayam. Sampaikan makan kuah sup ayam pun tak boleh. Lebih heran lagi telur ayam boleh pulak dia makan. Hmm...nampaknya lepas ni terpaksalah Angah berpantang makan ayam ye. Tak bolehlah ayah belanja makan kat KFC lagi...
**UPDATE** : AGAK-AGAK SEBULAN DUA LEPAS TU...IBUNYA TERBAGI DIA MAKAN LAUK AYAM, EHH OK JE TAKDE APA2 TANDA ALAHAN PUN... NTAH YE NTAH IDAK DIA NI ADA ALAHAN...PANDAI2 JE MAK BAPAKNYA JADI DOKTOR TAK BERTAULIAH...
Salam
ReplyDeleteAlahan pada sesetengah makanan memang ada. Ada yg alah pada seafood, daging kambing, dsb.
Saya sendiri adalah salah seorang yg alah pada daging ayam dari zaman kanak kanak sehinggalah sekarang. Ianya memang sukar kerana ayam adalah menu biasa kita di Malaysia.
Berbanding makanan lain, kesan memakan daging ayam adalah paling ketara dan segera. Alahan bukanlah sejenis penyakit, oleh itu ianya tidak dapat diubati tapi ianya boleh dikawal dgn mengenalpasti punca alahan seterusnya mengelak punca tersebut.
Harap dapat membantu.
terima kasih nazri sudi kongsi info & pengalaman...
ReplyDeletesalam.
ReplyDeletePengalaman sy pula ketika bulan puasa yang lalu.menu utama seperti kambing bakar selalu dihidangkan di kebanyakan hotel-hotel ketika waktu berbuka.selepas memakan daging kambing,sy dapati pada tangan sy mempunyai bentil-bentil dan gatal-gatal yang amat serius.mungkin cuaca yang panas juga menyebabkan hal ini terjadi dan ditambah dengan pemakanan.
fuhh kambing panggang la yg paling terhangat di pasaran... ka
ReplyDeletelau makan sikit xpe kot...