Bagaimanapun perhubungan sesama rakan pendaki tetap tidak terputus di mana setahun atau dua tahun sekali kami akan berkumpul semula mengadakan perjumpaan semula dan hari keluarga. Gathering kali ni diadakan di KM Chalet, Linggi, Melaka.
26 Julai 2008 (Sabtu)
Pagi2 lagi kami berkumpul di Hentian R & R Seremban, seterusnya keluar melalui Tol Pedas-Linggi dan terus menyusuri jalan lama ke KM Chalet, yang terletak di tepi pantai. Kami sampai dah tengahari, makan tengahari pun dah tersedia. Apalagi...melantak la dulu sampai pecah perut.
Bertemu kawan2 lama, pasti banyak kisah2 lama, baik yang pahit, manis, lucu mahupun yang lucah dibual dan diungkit semula. Petangnya ada acara sukaneka dan mandi laut. Seronok betul si Aiman dan Aliff main pasir. Malam pulak acara BBQ, karaoke dan cabutan bertuah. Lepas tu diorang sambung lagi berkaraoke sampai pagi. Aku pulak pukul 11.00 lebih dah balik chalet pasal anak2 aku dah melentuk...ngantuk.
27 Julai 2008 (Ahad) Hari ni aktiviti bebas...kebanyakannya mandi laut je la. Tengahari check-out. Sebelum balik, bawa anak2 singgah Zoo Melaka sampai petang. Malam baru sampai rumah.
ragam hari keluarga
No comments :
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen...
namun jika komen menggunakan 'Tanpa Nama @ Anonymous'... silalah letak nama samaran sekurang-kurangnya di akhir komen untuk memudahkan komunikasi... tidaklah tertanya-tanya siapa gerangannya si tukang komen... terima kasih.