Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Selamat Pengantin Baru buat adik sepupuku... selamat melayari bahtera rumah tangga, semoga kekal berbahagia hingga ke akhir hayat, dan dikurniakan zuriat yang soleh & solehah... aamiin.
22 November, 2019
19 October, 2019
Bersukan di Muar
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
18-20 Oktober 2019 (Jumaat-Ahad): Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor telah menganjurkan sambutan Hari Statistik Negara 2019 dan Sambutan 70 Tahun DOSM di Muar, Johor. Pelbagai acara diadakan bersama komuniti kampung dan agensi di sekitar daerah Muar bertujuan mendekati dan meningkatkan literasi statistik di kalangan masyarakat, antaranya :
~ Pertandingan sukan bersama komuniti dan agensi (bolasepak, bola jaring, sepakraga bulatan, futsal)
~ Program Jom Sihat 10000 Langkah
~ Program Jelajah Berbasikal Stats De Tour
~ CSR (membersihkan parit, hiasan laman, rewang dan bantuan kepada asnaf)
~ Pertandingan mewarna, Kuiz Stats, Pameran & Stats Beyblade
~ Program 'School Outreach'
~ Program 'Harvest, Pick & Eat' Nanas
~ Persembahan kebudayaan (ghazal, zapin, boria, dikir barat, pentomin)
~ solat berjemaah, majlis doa selamat dan bacaan Yasin
Sebagai pemain takraw yang agak berkaliber suatu ketika dahulu... aku dipilih untuk menyertai pasukan sepakraga bulatan lawan pasukan komuniti kampung sekitar Muar. Tapi kami taklah main sungguh-sungguh sangat untuk menjaga hati dan maruah pasukan tuan rumah.. jadi kami ambik hadiah saguhati je lah hihi.
Habis acara, aku balik awal sehari dari jadual, sepatutnya esoknya ada majlis penutup oleh menteri. Tapi aku balik awal sorang-sorang sebab nak melawat Along kat asrama... family first.
Perjalanan terasa sangat jauh...
Dari Muar ke TBS... naik bas ekspres 2.00 pm.
Dari TBS ke KL Sentral... naik LRT.
Dari KL Sentral ke Rawang naik komuter.
Dari Rawang ke pejabat (tinggal motor kat pejabat)... naik Grab.
Dari Pejabat balik ke rumah... naik motor.
5 jenis pengangkutan aku naik hari ni... isyak baru sampai rumah.. hihi.

Kategori :
Sukan/Rekreasi
08 September, 2019
Masuk rumah baru di tahun baru
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
1/9/19 bersamaan 1 Muharam 1441 Hijrah (Ahad)... tarikh yang cantik untuk berhijrah di tahun baru Hijrah. Hari ni kami sekeluarga berpindah ke rumah baru. Setelah 13 tahun tinggal di apartment, ada rezeki lebih sikit dapatlah beli rumah teres 2 tingkat dalam taman yang sama, tak jauh dari apartment lama.
Ada lah sikit tanah sekangkang kera... bolehlah nak bercucuk tanam pokok serai, pandan, kunyit, cili dan herba-herba lain sikit-sikit. Malas nak tanam pokok bunga, bukan boleh makan hasilnya, kecuali pokok herba berbunga yang berguna macam misai kucing, bunga telang biru dll. Cuba juga tanam beberapa pokok buah dalam pasu seperti mangga, longan, kundang madu, bidara epal & 4 jenis limau (kasturi, nipis, purut & lemon)... harapnya berbuahlah nanti. Kalau ada tanah luas sikit memang macam-macam aku nak tanam, silap-silap ketum pun aku tanam... memang jiwa peladang jaya nak buat macam mana.
Rumah apartment lama tu aku sewakan aje... belum sempat diiklankan dah ada yang bertanya nak sewa.. Alhamdulillah.
Baca : Amalan masuk rumah baru

(gambar update selepas 4-5 bulan berpindah)
Rumah apartment lama tu aku sewakan aje... belum sempat diiklankan dah ada yang bertanya nak sewa.. Alhamdulillah.
Baca : Amalan masuk rumah baru
Kategori :
Peristiwa
30 August, 2019
Bola : Kembali dari Persaraan
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Akhirnya kembali beraksi main bola padang setelah lama tak beraksi. Itupun cuma untuk mencukupkan kuota pemain veteran je..
Liga KPPA@Cyberjaya :
28 Jun - DOSM FC 0-1 MAKSAK
5 Julai - DOSM FC 0-2 Kementerian Pengangkutan (MOT) FC
Liga MAKSWIP 11 Sebelah@Presint 8 Putrajaya :
13 Julai - DOSM FC 1-1 Kementerian Kesihatan (KKM)
DOSM FC 0-1 IMIGRESEN FC
DOSM FC 1-0 Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB)
Perlawanan Persahabatan :
30 Ogos - DOSM POG FC 0-4 Red Giants FC
Lutut pun dah berapa kuat tak bolehlah nak beraksi seperti dulu-dulu... main pun sekejap je agak-agak pancit aku keluar le.. hihi.

Bola
18 August, 2019
Memancing di Kelong Berkat Samudera 2.0
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Baca : Memancing di Kelong Berkat Samudera 1.0
Kali ni bawa Along mancing bersama.. kebetulan pulak trip kali ni cuti sekolah.

~ Perjalanan : dari jeti nelayan Kg. Banting, BNO ke kelong mengambil masa sekitar 20 minit. Dekat jeti air agak cetek dan berlumpur, kena tunggu air pasang barulah bot boleh bergerak. Ombak kuat masa ni. Naik kira-kira jam 5.30 pm dan balik keesokan harinya sekitar waktu yang sama.
~ Harga : kalau ambik pakej satu kelong 24 jam RM500 untuk 12 orang.... atau RM350 untuk 6 orang. Termasuk keperluan dapur seperti gas, beras, minyak masak, dan gula. Umpan, ais dan makanan lain bawa sendiri. Pertanyaan & tempahan boleh hubungi Nazrul@Ayun; 013-698 7132
~ Kemudahan : 1 bilik kecik untuk tidur dan solat, tandas, dapur dengan peralatan masak dan bekalan elektrik dari bateri (malam sahaja). Kelebihan guna bateri suasana tak bising berbanding pakai genset. Diingatkan tiada plug untuk mengecas hp ye... jadi bawalah powerbank sendiri siap-siap. Keluasan kelong agak besar, memang selesa memancing.
~ Makan : makan malam tapau je siap-siap sebelum naik bot. Supper dengan maggi. Sarapan esoknya ringan-ringan je dengan cekodok & roti cicah sardin. Untuk makan tengah hari masak special sikit; asam pedas ikan duri, gelama goreng dengan telur dadar... berselera betul makan berjemaah atas kelong.
~ Cuaca : Alhamdulillah cuaca baik , cuma angin agak kuat. Esoknya pulak cuaca panas, kalau pakai baju lengan pendek rentunglah jawabnya. Air agak laju juga masa ni.. tapi guna batu ladung no. 6/7/8 pun dah ok.
~ Umpan : sotong kurita hidup, udang hidup, udang pasar dan juga perumpun. Kalau umpan habis boleh cari umpan anak ikan bilis guna apollo kat bawah kelong. Umpan udang hidup kurang laku di sini. Nak umpan kurita boleh cuba hubungi Umpan Kurita Pasir Panjang, Sekinchan; 012-976 5336
~ Hasil : Alhamdulillah... hasil terbesar kali ni pari 8 kg... tahniah Ijat dapat lesen pari. Aku pulak dapat pari 5 kg. Along pulak baru belajar mancing.. bagi main rod kecik je untuk layan ikan duri & gelama. Ikan lain tuka dan tetanda je tapi tak banyak. Lepaslah nak buat lauk 2-3 hari, memang sedap dan manis rasa ikan segar yang belum kena bahan pengawet. Tak ketinggalan masuk senarai adalah si buntal tapi terpaksa la dicampak balik ke laut. Lain kali insya Allah kita repeat kelong ni.

Pancing
27 July, 2019
Kembara WSC @ Sg Chiling
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
27 Julai 2019 (Sabtu)- Bawa Aina pergi hiking bersama rakan-rakan sepejabat ke Santuari Ikan Sungai Chiling, Kuala Kubu Baru, Selangor. Ada acara simbolik penyerahan bendera kembara kepada HQ Shah Alam.

Hiking
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)
Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.
Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.
Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.