1/9/19 bersamaan 1 Muharam 1441 Hijrah (Ahad)... tarikh yang cantik untuk berhijrah di tahun baru Hijrah. Hari ni kami sekeluarga berpindah ke rumah baru. Setelah 13 tahun tinggal di apartment, ada rezeki lebih sikit dapatlah beli rumah teres 2 tingkat dalam taman yang sama, tak jauh dari apartment lama.
Ada lah sikit tanah sekangkang kera... bolehlah nak bercucuk tanam pokok serai, pandan, kunyit, cili dan herba-herba lain sikit-sikit. Malas nak tanam pokok bunga, bukan boleh makan hasilnya, kecuali pokok herba berbunga yang berguna macam misai kucing, bunga telang biru dll. Cuba juga tanam beberapa pokok buah dalam pasu seperti mangga, longan, kundang madu, bidara epal & 4 jenis limau (kasturi, nipis, purut & lemon)... harapnya berbuahlah nanti. Kalau ada tanah luas sikit memang macam-macam aku nak tanam, silap-silap ketum pun aku tanam... memang jiwa peladang jaya nak buat macam mana.
(gambar update selepas 4-5 bulan berpindah)
Rumah apartment lama tu aku sewakan aje... belum sempat diiklankan dah ada yang bertanya nak sewa.. Alhamdulillah.
Baca : Amalan masuk rumah baru
Push me up against the wall and do dirty things to me. Click here and Check me out i am getting naked here ;)
ReplyDelete