Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
~ Sebenarnya dah seminggu si Along & Angah ajak tengok BoboiBoy The Movie ni. Sepanjang minggu asyik bercerita kawan-kawan ramai yang dah tengok, dan sepanjang minggu juga asyik melukis gambar kartun BoboiBoy je... teruja betul tu. Akhirnya hari ni tunaikan juga permintaan anak-anak. Itupun jenuh nak beli tiket online sebab dah penuh orang tempah. Seat yang tinggal pun cuma dua barisan depan je... jenuh pulak mendongak nanti... Survey punya survey dapat juga seat bahagian atas sikit.
~ Jalan cerita dan kualiti animasi filem ni memang 'Terbaik'...bak kata BoboiBoy. Penuh aksi, kelakar, jalan cerita pun tersusun dan tak membosankan... sesuailah ditonton seisi keluarga. Lebih penting lagi anak-anak gembira.
~ Anggaplah juga ini hadiah untuk Along yang dapat keputusan 6A 2B dalam peperiksaan UPKK baru-baru ni... tahniah Along. Terbaik macam BoboiBoy.
12 March, 2016
06 March, 2016
Bukit Jugra Trail Run
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
~ Setelah 3-4 kali masuk road run, kali ni nak mencuba trail run pulak di Bukit Jugra. Ada kategori 8km & 14 km. Disebabkan ini kali pertama masuk trail run, masuk acara 8 km je dulu. Rasanya lebih seronok berlari dalam acara trail berbanding berlari di jalanraya. Rasa lebih nyaman, damai dan tenang dalam suasana semulajadi.
~ Berjaya menamatkan larian dalam masa 1 jam 21 minit. Terjumpa juga beberapa orang rakan-rakan hikers. Habis lari, tunggu sampai acara cabutan bertuah, dapatlah botol air je... miss satu cabutan untuk dapat hadiah basikal.. takde rezeki.

Kategori :
Lari
02 March, 2016
Gebu selamat beranak... lagi!
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
~ Empat bulan berlalu sejak si Gebu beranak kali pertama. Kali ni Gebu beranak lagi empat ekor semuanya. 3 ekor warna putih dan seekor lagi 3 warna. Beranak waktu kami semua bekerja/bersekolah. Mujur 3-4 hari sebelum ni dah sediakan kotak tempat dia nak beranak.
~ Disyaki skandal Gebu kali ni adalah seekor kucing jantan liar warna putih yang selalu merayau sekitar kawasan rumah kami. Anak-anak Gebu generasi pertama dulu (Milo, Miko & Oneng) pun dah besar, jadi kami lepaskan bebas di dunia luar je... rumah kecik tak boleh duduk ramai-ramai...

Kucing
31 January, 2016
Kolam Air Panas Lubuk Timah, Ipoh
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Hampir 13 tahun kahwin dengan orang Ipoh, baru ku tahu kat Ipoh ada kolam air panas. Jadi semasa balik Ipoh menziarahi bapak mertua yang kemalangan motosikal dan mak mertua yang kurang sihat kerana diserang stroke ringan, kami sekeluarga sempat singgah di Kolam Air Panas Lubuk Timah, Simpang Pulai... tempat rekreasi 2 dalam 1... ada kolam air panas dan air terjun.
Cara untuk ke sana, ikut jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands... lebih kurang 6 km dari jalan besar Simpang Pulai. Akan melalui kawasan yang banyak kuari, sambil tu usha-usha lah papan tanda Kolam Air Panas Lubuk Timah di sebelah kiri.
Kalau jalan ke atas sikit lebih kurang 300 meter, akan jumpa air terjun dari atas empangan. Tapi khabarnya kat bawah air terjun tu airnya dalam dan berbahaya disebabkan pusaran air... juga pernah meragut nyawa... jadi lebih baik mandi kat kawasan bawah-bawah sikit dari air terjun ni...
Kami ke sini bawa mak mertua sekali, dapat juga rendam kaki dalam kolam air panas untuk melegakan ketegangan urat saraf dan melancarkan peredaran darah. Semoga kedua-dua mertuaku cepat sembuh seperti sediakala... aamiin.
Hampir 13 tahun kahwin dengan orang Ipoh, baru ku tahu kat Ipoh ada kolam air panas. Jadi semasa balik Ipoh menziarahi bapak mertua yang kemalangan motosikal dan mak mertua yang kurang sihat kerana diserang stroke ringan, kami sekeluarga sempat singgah di Kolam Air Panas Lubuk Timah, Simpang Pulai... tempat rekreasi 2 dalam 1... ada kolam air panas dan air terjun.
Cara untuk ke sana, ikut jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands... lebih kurang 6 km dari jalan besar Simpang Pulai. Akan melalui kawasan yang banyak kuari, sambil tu usha-usha lah papan tanda Kolam Air Panas Lubuk Timah di sebelah kiri.
![]() |
| kolam air panas taklah besar sangat... kat sebelah sungai je |
![]() |
| lengkap kemudahan surau, chalet, pondok wakaf dan tandas awam |
![]() |
| kredit foto Facebook Page Pusat Rekreasi Lubuk Timah |
![]() |
| sungai di sebelah kolam air panas |
![]() |
| foto kredit Facebook Page Pusat Rekreasi Lubuk Timah |
Kami ke sini bawa mak mertua sekali, dapat juga rendam kaki dalam kolam air panas untuk melegakan ketegangan urat saraf dan melancarkan peredaran darah. Semoga kedua-dua mertuaku cepat sembuh seperti sediakala... aamiin.
Kategori :
Berkelah
17 January, 2016
Shah Alam Half 21km Night Run
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
~ Acara: Shah Alam Half 21km Night Run yang diadakan buat julung kalinya di Shah Alam... peserta dilepaskan jam 1.30 pagi. Apa la ke jadahnya la kitorang berlari masa orang tengah syok tidur kan? haha.
~ Tempat permulaan : Dataran Kemerdekaan Shah Alam.
~ Dah 3 kali masuk acara larian 10km, nak cuba half-marathon 21km pulak... mampu ke tak aku ni? Mungkin sebab tak cukup training, 15km je mampu berlari, 6km terakhir banyak berjalan je sebab seluruh kaki dah rasa nak kejang... adehhh.
~ Apapun yang penting berbekalkan kekuatan mental akhirnya berjaya juga menuju garisan penamat dalam masa 3jam, 47 minit, 45 saat. Dapat medal dan t-shirt finisher. Lepas ni dah taubat tak nak masuk 21km lagi... rasanya dah jauh berlari tapi tak juga sampai-sampai...hihi.

09 January, 2016
Selamat menempuh alam persekolahan... Aina
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Ini sekadar catatan persekolahan anak-anak, sebab bapaknya ini mudah lupa.
~ Aina : Bermula dengan hari orientasi pada hari tahun baru 2016, bermulalah juga alam persekolahan anak bongsu kami, Aina yang dah masuk tahun 1. Terasa begitu cepat masa berlalu. Alhamdulillah, dah boleh membaca, menulis dan mengira sikit-sikit walaupun hanya dihantar ke tadika ketika umur 6 tahun je... kira oklah tu. Kami laki bini cuma ambil cuti 2 hari je untuk menguruskan persekolahan anak-anak. Selesai bayar yuran dan ambil buku teks sementara dia menduduki ujian diagnostik, temankan pula dia makan bekalan di kantin. Nak ajar membeli di kantin, penuh sesak pulak kantin tu dengan ibu bapa yang sibuk nak duduk dan beratur sekali. Tak apalah Aina, tahun ni biar ibu sediakan bekal je. Terima kasih kepada ibu yang gigih bangun awal untuk menyediakan sarapan dan bekalan, walaupun bekal tu kadang-kadang simple je macam kuih, roti, telur atau sosej, jadilah buat alas perut. Lepas makan, Aina dah boleh terus ditinggalkan di kelas tanpa buat muka sedih atau menangis, sama macam abang-abangnya juga dulu. Begitu juga masa hantar ke sekolah agama pada petangnya pun nampak seronok je dia walaupun nampak penat sikit. Tahun ni Aina bersekolah kebangsaan sesi pagi, sama dengan Alongnya. Pagi ke sekolah kebangsaan ayah hantar, petangnya balik dari sekolah agama ayah jemput, tengah hari ibunya uruskan. Selamat menempuh alam persekolahan... Aina.
~ Angah : Tahun ni Angah dah tahun 4. Sekolah kebangsaan sesi petang maka paginya ke sekolah agama. Pagi dia ke sekolah naik basikal je sebab jarak ke sekolah agama tak berapa jauh dan melalui jalan dalam taman perumahan yang tak sesak sangat. Tengah hari dihantar oleh ibunya pulak ke sekolah kebangsaan sambil jemput Aina balik sekolah. Petangnya pulak ayah jemput. Nak lepaskan dia naik basikal ke sekolah kebangsaan belum konfiden lagi sebab jalan ke sana agak sibuk. Semoga tahun ni lebih rajin belajar sebab pencapaian tahun lepas agak merosot... banyak main-main le tu. Memang kami ni bukan ibu bapa yang terlalu tegas dengan pencapaian pelajaran anak-anak. Kedudukan anak dalam kelas dapat no. 2nd last pun masih boleh senyum lagi... bukanlah tak pentingkan pelajaran tapi budak tu baru tahun 4, tak nak lah beri tekanan sangat nanti tertekan pulak budak tu...
~ Along : Tahun ni Along dah tahun 6, tahun yang sibuk sebab nak menghadapi UPSR & PSRA. Sejak dari tahun 5 Along dah ke sekolah kebangsaan dan sekolah agama naik basikal je. Tahun ni dah kena pergi kelas tambahan kat sekolah yang wajib kena pergi setiap Sabtu. Nampaknya kalau kami nak balik kampung atau nak ke mana-mana kena merancang dulu melainkan ada kecemasan. Tahun ni juga dah perlu pergi kelas tuisyen sebab Along memang agak lemah dalam subjek Math & B.I... macam mak bapaknya juga...huhu. Bagi ayah tak dapat A pun tak apa, asalkan anak-anak dah usaha dan belajar, selebihnya serahkanlah pada takdir. Kalau dapat A itu bonus. Kalau result cemerlang tapi akhlak buruk pun tak guna juga. Yang paling penting taat pada perintah Allah dan ajaran Rasul-Nya, tinggi akhlaknya, taat dan hormat pada ibu bapa dan guru, insya Allah berjaya dunia akhirat. Sekarang pun Along (dan Angah juga) dah mula berdikari... sejak darjah 3 kasut basuh sendiri, lepas makan basuh pinggan dan cawan sendiri dan kadang-kadang pinggan ayah dan ibu pun dibasuhnya, Along pun dah mula belajar goreng telur... makanan kegemarannya... sekurang-kurangnya meringankan sikit tugas ayah dan ibu. Tapi walau macam manapun jaga-jaga Along, sebab tahun ni ada dua peperiksaan besar, ayah dan ibu terpaksa kena tegas juga... haha.
Sekian kisah 3 beradik kembali ke sekolah.

Sekolah
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)
Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.
Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.
Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.