PTT Outdoor

25 October, 2008

Air Terjun FRIM Kepong

Sesetengah orang lebih suka duduk rumah je pada hari cuti. Biasanya akupun begitu. Tapi cuti sampai 3 hari sempena Deepavali, takkan nak duduk rumah je ye tak. Lebih baik bawa anak bini pergi jalan-jalan atau berkelah. Kali ni kami pergi berkelah di tempat yang tak berapa jauh dari rumah. Tempat yang dituju adalah di Air Terjun FRIM Kepong. Walaupun tak jauh sangat dari rumah tapi inilah pertama kali sampai sini.

 Air terjunnya taklah sebesar mana, sesuailah untuk budak-budak mandi.

ada juga kolam tadahan yang agak dalam sikit, dekat je dengan tempat parking kereta

Kami cuma pergi mandi air terjun saja, tak sempatlah nak buat aktiviti lain sebab anak-anak aku ada masalah susah nak keluar dari air. Aktiviti lain yang boleh dibuat kat FRIM ni seperti menaiki Canopy Walkway (kat sini pun ada tak payah pergi Taman Negara Kuala Tahan dah). Selain tu ada banyak juga laluan rentas hutan untuk aktiviti jungle trekking. (rentas hutan dengan jungle trekking tu sama la kan!!!)

Maklumat lanjut di SINI

05 October, 2008

Salam Aidilfitri 2008

1-4 Oktober 2008, bercuti raya. Tahun ni giliran beraya di Pahang. Seperti biasa kalau raya kat Pahang ni aku akan banyak berjalan jauh menziarahi rumah mak aku, rumah abah aku, juga rumah makcik-makcik aku di sekitar Lanchang - Mentakab - Temerloh - Bera - Jerantut.


Hari raya juga peluang nak jumpa kawan-kawan sekampung yang dah lama tak jumpa. Masing-masing dah berkeluarga dan menetap kat tempat lain.


Hari raya ke-3, balik Perak pulak rumah mertua. Beraya rumah saudara mara sebelah bini aku sekitar Tronoh - Lekir - Kayan - Sitiawan.

- Percubaan untuk berhenti merokok tak berjaya. Aku tewas akhirnya pada hari raya ketiga. Huhuh! Tak boleh tahan dikelilingi jin-jin yang sentiasa berasap. Tapi kira OK lah tu sebulan lebih tak berasap. Lain kali cuba lagi (kalau umur panjang). Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin

17 September, 2008

17 Hari Tanpa Asap Rokok

Hari ni 17 Ramadhan, hari Nuzul al-Quran. Sudah 17 hari juga aku tak berasap. Ini percubaan pertama aku nak berenti merokok, sempena bulan puasa yang orang kata waktu terbaik untuk berhenti bersahabat dengan jin.

Mula-mula memang macam ayam berak kapur...serba tak kena, terutama lepas berbuka. Biasanya lepas berbukalah masa untuk balas dendam setelah seharian berpuasa. Confirm sekurang-kurangnya hisap dua batang bersambung puntung. Dah dekat waktu maghrib je terus aku kunci pintu pagar, satu percubaan untuk menahan diri dari keluar ke kedai beli rokok.

Solat terawikh pun kantoi...huhu! Masuk 17 hari ni dah boleh tahan sikit. Perubahan ketara yang dapat aku rasa...pernafasan terasa lebih lapang dan ringan je. Tapi cabaran terbesar adalah bila dah raya nanti. Aku dapat bayangkan setan-setan yang bertopengkan kawan-kawan aku, saudara mara aku dan ipar duai aku...akan menghasut dan menggoda aku biar terjebak semula ke lembah yg hina itu (hehe hinanya). Harap-harap semangat aku kuat untuk melawan godaan itu. Kita tunggu dan lihat!

10 August, 2008

Family Day & BBQ @ Amberstone Resort, Ulu Yam

Penat balik dari Teluk Intan semalam tak hilang lagi, hari ni pergi hari keluarga ofis aku kat Amberstone Eco Resort, Ulu Yam. Aturcara: makan tanpa henti, sukaneka, lucky draw, karaoke & mandi sungai.

penuh sungai tu...

boleh berkenalan???

3 beranak

pesta buah2an...ditempah dari dusun sekitar ulu yam

penat mandi sungai...lapar la pulak

Tak banyak gambar yg diambil...malas!

09 August, 2008

Jalan-Jalan Main Bola

Join team bolasepak (dan bolajaring juga) ofis aku main perlawanan persahabatan kat Teluk Intan, Perak sambil makan angin bersama anak bini/laki/awek/balak masing2. Pagi2 lagi bertolak dari Shah Alam naik bas yang disewa khas ke Pantai Teluk Batik, Lumut. Sampai tengahari. Lepak kat pantai sejam dua sambil layan anak2 mandi. Lepas tu singgah Lumut shopping barangan hasil laut...




4.30 pm; tengok game bolajaring dulu. Lepas tu baru main bola. Statistik Selangor FC lawan Jabatan Kesihatan Negeri Perak...seri 2-2. Habis game terus balik Shah Alam. Pancit sebab dah lama tak main bola...dan penat naik bas juga.

01 August, 2008

Pindah pejabat baru...dengan semangat baru!

Tempat kerja aku buka pejabat operasi (cawangan) baru di Bandar Country Homes, Rawang. Tak perlu fikir panjang, aku memohon ditempatkan di sana.

Hari ni mula bertugas di pejabat operasi. Sedikit terpencil, jarak 25 km dari rumah aku. Tak jauh beza pun jaraknya dengan ibu pejabat di Shah Alam.

Tapi itu tak penting sangat. Yang penting aku nak lari dari beban kerja dan bermacam ragam kerenah manusia yang terlalu ramai di ibu pejabat. Kat sini staf tak sampai pun 30 orang. Tempat baru...bos baru...suasana baru...dan tentunya dengan semangat baru!
Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.

Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.

Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...