Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
27 Julai 2019 (Sabtu)- Bawa Aina pergi hiking bersama rakan-rakan sepejabat ke Santuari Ikan Sungai Chiling, Kuala Kubu Baru, Selangor. Ada acara simbolik penyerahan bendera kembara kepada HQ Shah Alam.
27 July, 2019
01 May, 2019
Futsal Tertutup DOSM Selangor 2019
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
1 Mei 2019 (Rabu) - Kejohanan Futsal Tertutup DOSM Selangor telah dianjurkan bertempat di Frenzy Sports Arena, Seksyen 16, Shah Alam.
Setiap seksyen dan pejabat operasi jabatan aku telah menghantar satu pasukan untuk menyertai kejohanan futsal ni. Kejohanan dijalankan secara liga sepusingan, di mana setiap pasukan bermain sebanyak 5 perlawanan, diikuti dengan 1 perlawanan penentuan kedudukan.

Bermain untuk team juara bertahan 3x berturut-turut, tahun ni sekali lagi berjaya ke final. Dalam final yang mendebarkan, hampir saja mempertahankan kejuaraan kerana dah mendahului 2-1 ketika game tinggal beberapa saat nak habis, namun kelekaan saat akhir menyaksikan team lawan berjaya menjaringkan gol penyamaan dan juara terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti. Aku pulak jadi punca kekalahan penalti tak masuk..huhu. Takpelah tahun ni rezeki kami cuma naib juara je.
Kategori :
Bola
01 April, 2019
Angah@ Kem Aku Anak Hebat 8.0
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Dua tahun lepas, Angah pernah menghadiri kem motivasi ni. Barangkali merasakan diri belum cukup hebat, tahun ni dia nak pergi lagi kem ni. Kali ni kem 3 hari 2 malam ni diadakan dari 29-31 Mac 2019 di Kem 25 RAMD Bentong... wah, ada latihan ala tentera ni kot.
Objektif Utama Kem Motivasi ini adalah :
1. Membentuk semangat setiakawan dan kerjasama berkumpulan
2. Membina sahsiah dan keyakinan diri.
3. Membentuk jati diri jitu.
Antara aktivitinya : Ikhtiar hidup, latihan jasmani, night walk, pengucapan awam, jungle trekking, teori pertolongan cemas, kawad kaki, dapur kita - belajar memasak, sukaneka, qiyamullail, tazkirah & solat berjemaah.
Begitulah padatnya aktiviti sepanjang 3 hari 2 malam. Penat tapi seronok kata Angah. Semoga Angah menjadi anak yang hebat. Dah dua kali pergi ni kalau tak hebat lagi tak tau laa.

Anak
03 March, 2019
Memancing di perairan Pulau Angsa & Pulau Ketam 2.0
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
~ Trip memancing kali ni repeat di tempat yang sama hari tu... jalan cerita pun lebih kurang sama, ahli pun yang sama, cuma kali ni tambah seorang lagi sahabat yang hari tu tak dapat turut serta.
~ Hasil yang diperolehi kali ni antaranya tetanda, bolos, duri, gelama dan tak ketinggalan si buntal.... Alhamdulillah dikurniakan rezeki yang boleh tahan juga walaupun kali ni tak banyak ikan besar... dan ada ketikanya sampai terlelap kami menunggu ikan meragut umpan...
~ Lepas ni cadang nak berehat seketika dari aktiviti hanyir ni, nak menguruskan dan menyesuaikan diri dengan kehidupan baru di tempat baru, insya Allah.

Pancing
02 March, 2019
Futsal Tertutup POG 2019
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
~ Gambar-gambar di atas tu masa kejohanan futsal dengan rakan-rakan sepejabat. Sementara tengah ramai anggota sambilan ni bolehlah dapat 5 team. Bukan mudah mengerah kudrat bermain menentang anak-anak buah yang lebih muda yang laju lagi padu... mencungap pakcik wehh. Apapun secara tak sengaja dapat juga merasa bergelar naib juara... hehe.

10 February, 2019
Taman Alam Kuala Selangor & Faridah Mentarang Bakar
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
~ Hujung minggu... selepas bersarapan di luar, pandu punya pandu punya pandu tanpa dirancang tetiba kami sampai di pintu masuk Taman Alam Kuala Selangor. Alang-alang sampai kami masuklah. Dari pintu masuk kami trekking menyusuri denai hutan dan pelantar kayu dalam hutan paya bakau sejauh 3.5 km pergi balik. Apa ada di sini? Malas nak cerita, klik je link kat atas tu.
~ Selesai menjelajah hutan menjelang tengah hari, tetiba perut pulak buat hal. Bukan sakit perut tapi lapar. Pandu punya pandu punya pandu menghala ke Sekinchan tanpa dirancang tetiba kami sampai pulak di depan kedai Faridah Mentarang Bakar. Alang-alang sampai kami makanlah nasi lauk mentarang bakar, semilang asam pedas dan belut goreng kunyit.
~ Perut dah kenyang, masa untuk balik. Nak balik kenalah rancang, tak bolehlah pandu punya pandu macam tadi, melencong ke mana-mana tak sampai rumah pulak nanti, hehe.

Jalan-Jalan
,
Makan-Makan
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)
Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.
Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.
Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.