1 Mei 2019 (Rabu) - Kejohanan Futsal Tertutup DOSM Selangor telah dianjurkan bertempat di Frenzy Sports Arena, Seksyen 16, Shah Alam.
Setiap seksyen dan pejabat operasi jabatan aku telah menghantar satu pasukan untuk menyertai kejohanan futsal ni. Kejohanan dijalankan secara liga sepusingan, di mana setiap pasukan bermain sebanyak 5 perlawanan, diikuti dengan 1 perlawanan penentuan kedudukan.
Bermain untuk team juara bertahan 3x berturut-turut, tahun ni sekali lagi berjaya ke final. Dalam final yang mendebarkan, hampir saja mempertahankan kejuaraan kerana dah mendahului 2-1 ketika game tinggal beberapa saat nak habis, namun kelekaan saat akhir menyaksikan team lawan berjaya menjaringkan gol penyamaan dan juara terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti. Aku pulak jadi punca kekalahan penalti tak masuk..huhu. Takpelah tahun ni rezeki kami cuma naib juara je.
No comments :
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen...
namun jika komen menggunakan 'Tanpa Nama @ Anonymous'... silalah letak nama samaran sekurang-kurangnya di akhir komen untuk memudahkan komunikasi... tidaklah tertanya-tanya siapa gerangannya si tukang komen... terima kasih.