Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
~ Trip memancing kali ni di sekitar perairan Pulau Angsa dan Pulau Ketam. Kami berlima naik bot dari Jeti Sementa, Kelang. Pakej memancing pagi sampai petang bersama tekong Iwan, RM500 satu bot, siap umpan hidup dan ais.
~ Umpan yang dibekalkan adalah sotong kurita, udang lipan dan udang hidup. Kalau nak guna umpan lain seperti pumpun atau udang pasar kenalah beli sendiri.
~ Mula-mula kami dibawa memancing di perairan berdekatan Pulau Angsa. Kemudian berpindah randah hinggalah ke perairan Pulau Ketam dan lokasi berdekatan rumah rakit, sangkar ikan dan lokasi berdekatan Northport. Mujurlah dapat tekong yang rajin berpindah lokasi bila ikan dah kurang mengusik umpan.
~ Alhamdulillah tak mabuk sebab waktu kami pergi ni air mati, jadi laut tenang tak bergelora sangat. Apahal pun sebelum naik bot kena telan juga ubat mabuk sebagai ikhtiar. Ubat mabuk biasa je cap Hurix (Travel-Care). Cuaca hari tu cerah dan panas. Struktur laut pun tak begitu dalam sangat, sekitar 10-15 meter lebih kurang.
~ Hasil yang diperolehi antaranya pari, jenahak, tetanda, tuka, semilang, bolos, baguk, gerut, duri, gelama dan tak ketinggalan si buntal.... Alhamdulillah dikurniakan rezeki yang agak lumayan juga.
14 January, 2019
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.
Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.
Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.
Ada nombor telefon tak ..saya nak mancing ke pulau angsa ...nama sabaruddin ..no fon 0176939053
ReplyDeleteCari geng lagi 4 org, contact tekong iwan latip jeti sementa.. 014-733 0122
Delete