Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Tahniah buat Angah kerana berjaya mendapat kedudukan yang baik dalam kelas pada peperiksaan akhir tahun sekolah agama... Kalau tahun lepas si Along yang naik pentas, tahun ni prestasinya agak merosot jadi dia 'pass'kan pada adiknya pulak naik pentas terima anugerah.
Semoga anak-anak ayah dan ibu beroleh ilmu yang bermanfaat lagi berkat... supaya dapat diamalkan dan menjadi bekalan untuk berjaya di dunia dan akhirat. Aamiin.
15 November, 2014
08 November, 2014
Melawat Muzium Sultan Alam Shah dan Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Walaupun dah bertahun bertugas dan menetap berdekatan Shah Alam, baru hari ni tergerak nak singgah di kedua-dua tempat ni... Seharian kami meluangkan masa di sini.
Maklumat lanjut sila klik link di atas, semua maklumat lengkap ada di situ... malas nak tulis sebenarnya hehe.

Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam
Biar anak-anak lebih mengenali khazanah warisan sejarah bangsa dan negaranya

Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam
Untuk memupuk minat membaca dan cintakan ilmu,
sebab diorang ni memang agak liat bila disuruh membaca...
Untuk memupuk minat membaca dan cintakan ilmu,
sebab diorang ni memang agak liat bila disuruh membaca...
Maklumat lanjut sila klik link di atas, semua maklumat lengkap ada di situ... malas nak tulis sebenarnya hehe.
Kategori :
Jalan-Jalan
02 November, 2014
Corat-Coret Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2014
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
~ Tahniah kepada pasukan bolasepak Pahang kerana berjaya mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia buat kali kedua berturut-turut dengan menewaskan pasukan Johor Darul Ta'zim FC (JDT F.C) 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti, setelah kedudukan terikat 2-2 dalam masa tambahan. Memang sengit perlawanan ni.
~ Ini kejuaraan Piala Malaysia keempat buat Pahang selepas menang pada 1983, 1992 dan 2013. Ini juga kejuaraan ketiga Pahang musim ni setelah memenangi Piala Sumbangsih dan Piala F.A. Treble tu!
~ Pahang terpaksa bermain 10 orang selama hampir sejam setelah Saiful Nizam Miswan dilayangkan kad merah kerana menumbuk manja perut Amri Yahyah sebagai membalas perbuatan Amri yang tak pasal-pasal menyepak kaki beliau... memang patutlah beliau naik hangin. Nasib baiklah Pahang menang, kalau kalah memang kaulah yang akan dipersalahkan Poyeng...
~ Walaupun bermain 10 orang, Pahang berjaya juga menjaringkan gol penyamaan dan mempertahankannya sehingga tamat masa tambahan 30 minit. Pahang kelihatan lebih power bila bermain 10 orang. Jadi lepas ni teruskan bermain 10 orang, biarkan pihak lawan bermain 11 orang. Oopps... kelihatan angkuh pula kenyataan itu.. hihi.
~ Walaupun JDT juga bermain baik, JDT patut menyalahkan diri sendiri kerana gagal memanfaatkan kelebihan hampir sejam menentang pasukan yang cuma bermain 10 orang. Sewaktu penyokong mereka mengharapkan jaringan sebaliknya pemain JDT lebih gemar main tuju tiang... hehe.
~ Tak perlu menyalahkan Matyo kerana gagal menjaringkan penalti. Sepakan penalti biasanya bergantung kepada nasib... baik kepada penendang mahupun penjaga gol. Kebetulan arah sepakan Matyo diagak dengan betul oleh Khairul Azhan... dan sepakan tu juga taklah terlalu deras maka dapatlah diselamatkan. Korang yang tak pernah ambil penalti bolehlah cakap macam-macam. Lainlah kalau sepakan penalti tu melambung ke bulan atau serong jauh ke tepi tiang gol barulah boleh dikatakan bangang.
~ Kesemua gol dalam waktu permainan sebenar dijaringkan oleh pemain import. Kedua-dua gol Pahang dijaringkan oleh Dickson Nwakaeme manakala gol-gol JDT dijaringkan oleh Jorge Pereyra Diaz dan Luciano Figueroa. Penyerang tempatan seperti Fauzi Roslan (Koji) dan Matyo jadi supersub dah laa... nanti bila skuad Harimau Malaya kekurangan penyerang berbisa barulah seperti biasa FAM akan hadkan kemasukan pemain import... lol.
~ Staf kejurulatihan Pahang dibarisi 100 % anak tempatan diketuai Zainal Abidin Hassan... manakala dalam barisan kejurulatihan pasukan JDT ada 5 orang tenaga import yang diketuai oleh Bojan Hodak, termasuklah seorang (entah sapa namanya) yang dapat kad merah kerana mempertikaikan keputusan pengadil malam tu. Import sorang cukuplah supaya taklah banyak sangat wang negara mengalir keluar... kan?
~ 5 orang anak jati Pahang bermain mewakili Pahang pada malam final tu iaitu Khairul Azhan Khalid, Shahrizan Salleh, Azamuddin Akil, R.Gopinathan dan Fauzi Roslan. Manakala hanya Jasazrin Jamaluddin anak jati Johor yang bermain dalam pasukan JDT malam tu. Mungkinkah dua orang pemain kelahiran Johor yang bermain mewakili Pahang dalam final iaitu Saiful Nizam Miswan dan Faizol Hussien akan dipanggil balik ke Johor???
~ Ramai yang keliru atau mungkin ada yang tak tahu bahawa JDT FC yang bermain di final ni bukanlah pasukan negeri sebaliknya hanya pasukan berstatus kelab yang nama asalnya Johor FC kemudian dijenamakan semula (atau dalam bahasa jawanya disebut rebranding) dan bermain di liga utama iaitu Liga Super. Pasukan negeri iaitu Johor F.A pula dijenamakan semula menjadi JDT II namun kini hanya bermain di Liga Perdana. Jadi bila keluar kenyataan dalam suratkhabar yang mengatakan JDT mahu menjuarai Piala Malaysia setelah kali terakhir melakukannya 23 tahun lalu... nampak sangat kesalahan fakta di situ. Itu JDT II @ Johor F.A la... samdol punya wartawan!
~ Seperti biasa macam tahun-tahun lepas, penjualan tiket final masih jadi isu hangat. Nak beli tiket final punya pasal, para penyokong sanggup beratur sejak awal pagi, berasak-asak sampai ada yang pengsan dan pitam, malah ada yang sanggup menyamar jadi beruk lalu memanjat pagar kaunter tiket...ish ish... Walaupun FAM telah memperkenalkan penjualan tiket secara online, jumlahnya cuma 10,000 manakala selebihnya 80,000 tiket masih diuruskan persatuan negeri dan dijual di kaunter macam biasa. Jadi masalah yang biasa kita dengar seperti ketirisan tiket angkara orang dalam, harga tiket melambung angkara ulat tiket dan orang-orang yang ada kepentingan politik yang mahukan kuota tiket untuk diagihkan kepada anak buah masing-masing (yang bukan minat bola sangat pun) akan berterusan. Akibatnya penyokong yang betul-betul fanatik tak dapat tiket. Jadi FAM... selepas ni harap dapat tingkatkan jualan tiket secara online sekurang-kurangnya kepada 50 %.
~ Kali ni tiada pula terdengar kes pergaduhan besar antara penyokong kedua-dua pasukan, kecuali sedikit kekecohan yang dicetuskan oleh segelintir penyangak bertopeng. Sebaliknya media memaparkan persahabatan antara mereka dengan bergambar bersama sebelum perlawanan. Sejuk hati menengoknya. Baguslah begitu, jangan kerana sebiji bola kita berpecah belah sesama bangsa dan seagama.
~ Budaya ultras semakin berkembang sejak 5-6 tahun kebelakangan ni. Diakui ultras Pahang iaitu Elephant Army (EA) dan ultras Johor iaitu Boys of Straits (BOS) adalah antara ultras terbaik di negara ini. Dengan 'chant' masing-masing, para penyokong tegar ni tanpa henti membangkitkan semangat pemain sejak sebelum perlawanan bermula hingga tamat. Penyokong-penyokong biasa yang selama ni tengok bola sambil makan kuaci serta memaki hamun bila pemain buat silap, pun dah terikut-ikut bersemangat menyanyi bersama ultras negeri masing-masing. Baguslah ada ultras ni... cuma harap tolong ubah lirik-lirik chant yang ada unsur mencarut dan maki hamun tu. Dosa tu dik...
~ Aku menonton final di negeri Perak... kerana menghadiri kenduri kahwin saudara sebelah isteri di Bidor, seterusnya balik rumah mertua di Ipoh. Terima kasih kepada anak kelahiran Pantai Remis, Perak... Mohd Hafiz Kamal yang menjaringkan penalti kemenangan Pahang. Khabarnya musim depan Hafiz Kamal akan berubah angin ke PDRM yang baru naik ke Liga Super. Terima kasih atas segala jasa bakti. Yang lain mungkin kekal kot.
~ Setiap kali aku tengok bola di stadium, banyak kali keputusan berakhir dengan pasukan yang aku sokong akan kalah. Lepas ni rasa macam tak nak pergi stadium dah semata-mata untuk menyaksikan Pahang dan Malaysia kalah... entah apa badi agaknya. Mungkin lepas ni ada pulak yang nak belanja aku tengok bola di stadium kalau pasukan diorang lawan Pahang agaknya...oh tidaakkk!!!
~ Hogoh Pahang Hogoh, itulah slogan keramat skuad Tok Gajah. Ramai yang bertanya apa maksud hogoh tu? Hogoh dalam dialek Pahang bermaksud menggegar, menggoncang atau menggoyang sesuatu dengan kuat. Contoh ayat: "Ngapenye aok hogoh rumoh koi ni...runtuh rumoh koi ni karang...!!!
~ Dah panjang aku merapu ni... sebagai penutup, layan beberapa gambar yang dikirim oleh kawan-kawan melalui aplikasi Whatsapp... di mana aktiviti menganjing, membahan dan bakar-membakar begitu rancak sebelum dan selepas perlawanan. Bolasepak tanpa aktiviti menganjing antara satu sama lain umpama jeruk mangga tanpa asam boi seperti resepi Jeruk Mangga Asam Boi yang viral sekarang ni...kih3.
Akhir kata dan kesimpulannya... Johor Darul Ta'zim (JDT) bermaksud Johor Dah Tewas manakala Pahang Darul Makmur (PDM) bermaksud Pahang Dah Menang... sekian terima kasih.

![]() |
| foto ihsan Bernama |

Bola
19 October, 2014
Mendaki Bukit Tabur East, Taman Melawati
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
19 Oktober 2014 ~ Setelah mendaki Bukit Tabur West beberapa tahun lalu, kali ni nak mendaki Bukit Tabur East pulak bersama grup Putrajaya Adventure Team (PAT). Disertai agak ramai juga pendaki, kira-kira 30 orang, termasuk seorang anak kecil berumur 3 tahun++ . Ini catatan ringkas log pendakian pada hari tu:
INFO:
~ Bukit Tabur dengan ketinggian 396 meter terletak di Taman Melawati, Gombak. Bukit yang membentuk rabung kuarza yang dikatakan terpanjang di dunia sepanjang lebih kurang 14 km ini berada dalam Hutan Simpan Hulu Gombak Tambahan 1 dan ianya boleh dilihat dari lebuhraya MRR2. Dari atas bukit boleh nampak pemandangan indah sekitar Ulu Kelang, bandaraya Kuala Lumpur, UIAM Gombak, lebuhraya Karak serta tasik Empangan Klang Gates.
~ Terdapat empat trek di Bukit Tabur: West (446 meter d.p.l), East (275 meter), Far-East (tiada info ketinggian buat masa ni) dan Extreme (396 meter). Di sesetengah tempat, treknya sangat berbahaya dengan laluan rabung sempit serta terpaksa memanjat tebing berbatu yang curam. Banyak kes kemalangan terjatuh gaung dan kematian terjadi di sini terutamanya di Tabur West. Tidak digalakkan mendaki ketika hujan kerana laluan akan menjadi licin dan berbahaya.
~ Walaupun ramai yang main redah je, Permit Memasuki Hutan Simpan sepatutnya perlulah diperolehi terlebih dahulu daripada Pejabat Hutan Daerah Selangor Tengah dengan bayaran sebanyak RM5/seorang.
~ Dah malas pulak nak tulis, aku dah jumpa info yang lebih lengkap, sila ke SINI.
gambar dari kamera hp aku
LOG:
6.30 AM ~ Berkumpul di gerai nasi ayam dekat Balai Polis Tmn Melawati utk sarapan.
7.30 AM ~ Bergerak ke starting Point berdekatan pintu masuk Empangan Klang Gates.
8.30 AM ~ Memulakan pendakian secara santai. Berhati-hati dengan struktur batu yang agak longgar, ada batu-batu yang bergolek ke bawah, termasuk sebiji batu sebesar penumbuk yang kena tepat kat kepala aku...adehh... pening sekejap nasib baik tak pecah kepala. Di awal pendakian, trek Tabur East ni agak mencanak tapi taklah terlalu sukar berbanding Tabur West, cuma puncak terakhir yang menegak agak mencabar terutama bagi yang gayat. Kena panjat bergilir-gilir dengan sokongan tali .
11.30 AM ~ Sampai di puncak. Minum pagi berserta hotdog disediakan oleh Cif & krew.
1.00 PM ~ Mula turun. Agak lama menunggu giliran untuk menuruni puncak terakhir tadi seorang demi seorang. Balik ikut trek kebun dan keluar melalui Kg. Klang Gates.
2.30 PM ~ Sampai di parking. Makan nasi ayam di Taman Melawati sebelum bersurai.
gambar yang dibelanja oleh kawan-kawan dan penganjur
~ Terima kasih kepada penganjur Putrajaya Adventure Team (PAT) kerana menganjurkan pendakian ini serta semua peserta yang bekerjasama menjayakan trip ni. Ramai sangat sampai tak sempat nak kenal semua. Jumpa lagi.

Hiking
10 October, 2014
Gajah liar masuk kampung
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Baru-baru ni sekumpulan gajah liar masuk kampung aku... banyak juga tanaman keluarga aku dimusnahkan. Dah 3-4 kali juga rasanya kejadian ni berlaku. Bila ada kes gajah masuk kampung, nampak macam kampung aku ni jauh sangat di pedalaman, tapi sebenarnya kampung aku ni cuma 10 km dari bandar Mentakab dan tak jauh pun dari jalan besar (jalan lama KL-Kuantan). Cuma di belakang kampung tu bersempadan dengan hutan simpan.
Harap-harap gajah-gajah ni tak mengancam keselamatan dan nyawa penduduk kampung aku dan semoga pihak berkuasa terutama PERHILITAN dapat mengatasi segera masalah ini. Ironinya, gajah-gajah ni masuk kebun keluarga aku pada malam pasukan bolasepak Pahang tewas kepada Perak dalam perlawanan terakhir Liga Super 2014... kecewa le tu kot Pahang kalah, habis semua dihogohnya...hihi.
Ini berita yang dipetik dari Sinar Harian
UPDATE: Seekor gajah liar telah berjaya ditangkap menggunakan tembakan ubat pelali oleh Jabatan Perhilitan, manakala yang lain sempat melarikan diri. Operasi pemindahan ke habitat asal yang lebih sesuai akan dibantu melalui komunikasi antara gajah denak dengan gajah liar. Tapi mengikut kata Perhilitan, kos pemindahan seekor gajah sangat tinggi sebenarnya... mencecah puluhan ribu juga khabarnya.
Menurut beberapa sumber, ada saksi pernah ternampak puluhan ekor gajah dalam hutan simpan tersebut. Hutan habitat asalnya telah diceroboh dan diterokai untuk tanaman getah... hmmmm... patutlah masuk kampung cari makan... puncanya tangan-tangan manusia juga... :

MENTAKAB – Beberapa keluarga di Kampung Desa Bakti, di sini dikejutkan dengan kehadiran tiga gajah liar yang berkeliaran di dalam kampung tersebut pada tengah malam bermula dua hari lalu.
Seorang penduduk, Zabidah Ibrahim 66, berkata, gajah liar yang berkeliaran di halaman rumah tidak berpagar itu telah memusnahkan beberapa tanaman seperti kelapa dan pisang miliknya. Menurutnya, paling menakutkan apabila gajah itu memakan pokok pisang dan kelapa yang terletak hanya tiga meter dari pintu dapur rumahnya.
“Sepanjang 26 tahun tinggal di sini, tiga tahun kebelakangan ini semakin kerap gajah liar memasuki kawasan kampung dan kami sembilan keluarga di sini antara yang kerap berhadapan dengan haiwan itu. Ini serangan ketiga sepanjang saya tinggal di sini, walaupun gajah ini tidak membahayakan kami tetapi ia telah memusnahkan tanaman pokok buah-buahan milik kami. Sejak dua hari lalu, saya kerugian apabila enam pokok kelapa dan berpuluh pokok pisang ditumbangkan gajah liar ini,” katanya.
Zabidah berkata, pada Isnin lalu jam 4.30 pagi, dua gajah liar memakan pokok kelapa dan pisang dalam kawasan halaman rumahnya. Menurutnya, kumpulan gajah itu bertambah kepada tiga ekor, semalam dan pergerakan haiwan liar itu semakin jauh ke dalam kampung menyebabkan lebih banyak kerosakan tanaman penduduk.
Seorang lagi penduduk, Md Hairuman Ramli 38, berkata, meskipun rumah dan tanaman buah-buahan miliknya tidak diancam gajah liar tetapi dia turut mengambil berat soal keselamatan penduduk. Menurutnya, kampung tersebut bersempadan dengan kawasan Hutan Simpan Kemasul yang menjadi habitat banyak gajah liar.
“Saya tahu ada serangan gajah dalam kampung kami tetapi tidak menyangka serangan kali ini agak teruk kerana gajah berkeliaran dan memasuki jauh ke dalam penempatan penduduk. Diharap tindakan segera dapat dilakukan pihak berkuasa terutama Jabatan Perhilitan dalam mengatasi masalah ini,” katanya.
Hairuman (kiri) dan Zabidah melihat pokok pisang yang musnah kira-kira tiga meter dari pintu dapur rumahnya
|
Sementara itu, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Desa Bakti mengesahkan Jabatan Perhilitan telah meninjau kumpulan gajah liar itu dan akan mengambil tindakan segera menghalau gajah jauh ke dalam hutan.
UPDATE: Seekor gajah liar telah berjaya ditangkap menggunakan tembakan ubat pelali oleh Jabatan Perhilitan, manakala yang lain sempat melarikan diri. Operasi pemindahan ke habitat asal yang lebih sesuai akan dibantu melalui komunikasi antara gajah denak dengan gajah liar. Tapi mengikut kata Perhilitan, kos pemindahan seekor gajah sangat tinggi sebenarnya... mencecah puluhan ribu juga khabarnya.
Menurut beberapa sumber, ada saksi pernah ternampak puluhan ekor gajah dalam hutan simpan tersebut. Hutan habitat asalnya telah diceroboh dan diterokai untuk tanaman getah... hmmmm... patutlah masuk kampung cari makan... puncanya tangan-tangan manusia juga... :
Kategori :
Flora dan Fauna
06 October, 2014
Salam Aidil Adha...Berkelah di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
5 Oktober 2014 (Ahad) ~ Salam Aidil Adha. Kami cuma mengorbankan diri dengan tak pulang ke kampung, sebaliknya cuma beraya di rumah sendiri. Selesai solat raya dan tolong melapah seekor lembu yang dikorbankan di kejiranan aku, melepak saja di rumah bersama keluarga.
6 Oktober 2014 (Isnin) ~ Cuti gantian sebab raya semalam jatuh hari ahad. Pagi tu kami merancang nak berkelah di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu. Masa pergi Bukit Kutu minggu lepas, ternampak satu port baik untuk berkelah sebab bebas dari pencemaran, insya Allah mintak dijauhkan dari virus kencing tikus. Airnya juga taklah terlalu dalam dan deras jadi sesuailah untuk budak-budak main air.
~ Untuk ke port ni perlu trekking kira-kira 1 km melalui trek yang agak landai, dua kali menyeberangi sungai menggunakan dua jambatan besi dan sekali lagi lintas sungai dengan meranduk air. Sebenarnya di sebelah bawah pun boleh berkelah, tapi biasanya ramai pengunjung dan banyak pulak sampah. 3.00 PM - cuaca mula mendung... masa untuk balik. Kira puaslah anak-anak mandi-manda dari pagi sampai petang.

Berkelah
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)
Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.
Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.
Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.