Tapi bila fikir balik, mungkin logiklah harga tu untuk tampung kos penjagaan haiwan-haiwan di sini. Masuk sajalah asalkan anak-anak gembira.
Berkonsepkan petting zoo, yang menariknya di sini, boleh kata semua haiwannya jinak-jinak belaka dan boleh dipegang oleh anak-anak. Kalau berani nak cium pun boleh. Ada aktiviti menunggang kuda pony, menangguk anak ikan dan memberi makan haiwan (makanan disediakan, mungkin dah termasuk dalam harga tiket).
Memang bagus tempat ni untuk mendidik anak-anak mengenal dan mencintai alam semulajadi khususnya alam haiwan. Masa nak keluar, semua pengunjung akan diberi sijil kehadiran. Untuk maklumat lanjut sila tengok FB Page Farm in the City.
No comments :
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen...
namun jika komen menggunakan 'Tanpa Nama @ Anonymous'... silalah letak nama samaran sekurang-kurangnya di akhir komen untuk memudahkan komunikasi... tidaklah tertanya-tanya siapa gerangannya si tukang komen... terima kasih.