Hari ni hiking di Bukit Cherakah & Bukit Botak, Puncak Alam bersama anak bujang. Walaupun tak berapa jauh dari rumah tapi baru hari ni berkesempatan ke sini. Dua bukit ni boleh didaki dalam satu masa, boleh dikatakan dalam kategori mudah, tak perlu risau tersesat kerana terdapat penanda arah dan sesuai untuk beginner dan seisi keluarga.
~ Starting Point : Boleh Waze Hiking Trail Bukit Botak, Puncak Alam (berdekatan tangki air). Trek permulaan melalui ladang kelapa sawit.
~ Sepanjang perjalanan akan jumpa menara talian penghantaran elektrik, Kem Paet, puncak Bukit Cherakah setinggi 214 meter, Kem Tagar dan seterusnya Bukit Botak (tak pasti ketinggiannya). Perjalanan memakan masa kira-kira 45 minit - 1 jam, kalau jalan santai-santai.
~ Sebaiknya datang awal pagi, kalau lewat sikit bersedialah untuk berpanas di Bukit Botak yang tandus tu.


No comments :
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen...
namun jika komen menggunakan 'Tanpa Nama @ Anonymous'... silalah letak nama samaran sekurang-kurangnya di akhir komen untuk memudahkan komunikasi... tidaklah tertanya-tanya siapa gerangannya si tukang komen... terima kasih.