- Tanya kat sorang apek, katanya nak mendaki bukit ni ada 3-4 laluan. Tapi yang biasa orang buat adalah ikut jalan tar tapi agak jauh, atau ikut laluan bertangga yang lebih dekat. Nak yang lebih mencabar boleh ikut trek hutan. Jadi untuk pendakian solo pertama ni aku bercadang waktu naik nak ikut jalan tar dan balik nanti ikut tangga je.
- Sepanjang laluan jalan tar, terdapat banyak kemudahan seperti wakaf tempat rehat, tandas, kemudahan senaman, taman bunga dan ada juga air terjun kecik semulajadi. Ramai juga yang mendaki dengan basikal.
- Yang ramai-ramai tadi kebanyakannya mendaki sampai stesen seismologi je (rasanya tak sampai setengah perjalanan sampai ke puncak.) Sampai situ ramai yang lepak sambil buat senaman ringan, lepas tu turun balik.
- Puncak tertinggi di sini adalah puncak yang ada menara pemancar RTM. Selepas dua jam mendaki aku cuma mampu sampai menara pemancar TV3 je... jarak antara keduanya lebih kurang setengah jam mendaki je (kalau orang yang aku tanya tu tipu maka fakta yang aku bagi ni pun tipu jugak la).
![]() |
| nampak rendah je... tapi dari tempat gambar ni diambil nak ke menara TV3 tu kena mendaki selama lebih kurang 45 minit lagi |
- Balik ikut trek bertangga... aku macam biasalah bila turun bukit... tangkap lutut woo!










