Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Baca:
Road Trip 7 Hari 7 malam Jelajah Johor - Intro
Road Trip 7 Hari 7 malam Jelajah Johor - Hari 1
Road Trip 7 Hari 7 malam Jelajah Johor - Hari 2
KLUANG - MUAR - LEDANG - BATU PAHAT
~ 24/12/2017; Ahad - 7.20 pagi; Check out dari YZ Homestay, sempat bergambar di homestay yang berlatarbelakangkan Gunung Lambak. Seterusnya 8.7km mencari sarapan ke kopitiam Kluang Rail Coffee yang merupakan ikon Kluang yang famous. Kopitiam yang terletak dalam Stesen Keretapi Kluang ni adalah premis asal yang beroperasi sejak tahun 1938 dan dah banyak cawangan seluruh negara.
Menu specialnya adalah kopi yang diproses sendiri dan roti bakar yang dibakar dengan arang dan disapu dengan kaya buatan sendiri juga. Kami pesan telur setengah masak juga. Masa kami sampai penuh dengan pelanggan, mujur rezeki kami ada satu meja kosong, sampai ada yang terpaksa berdiri menunggu meja kosong. Kalau nak lebih selesa boleh pergi dua lagi cawangan lain di Kluang ni yang lebih besar.
~ 8.30 pagi; mulakan perjalanan ke Tangkak untuk menghadiri kenduri kahwin sebelah atuk saudara. Masih awal pagi, cadang singgah di Muar dulu. Masuk Lebuhraya PLUS tol Ayer Hitam dan keluar tol Pagoh. 107km jalan-jalan cari makan lagi di Muar.
~ 10.30 pagi; tiba di Restoran Mee Bandung Abu Bakar Hanipah, Jalan Abdullah, Muar. Berkongsi kedai yang sama dengan Wah San Kopitiam, kedai kecik ni antara yang famous la kat Muar ni. Kat dinding kedai penuh dengan gambar tauke kedai dengan tokoh-tokoh yang pernah datang makan kat sini. Dah sampai Muar ni orang kata tak sah kalau tak pekena mi bandung. Makan roti bakar kat Kluang tadi kira ringan-ringan je tu...hehe. Ikut selera aku memang sedap la mi bandung kat restoran ni... kuahnya pekat rasa udangnya, khabarnya resepi warisan keluarga sejak 1930 lagi. Lepas makan kalau nak tapau perencah mi bandung pun ada kat restoran ni.
~ 11.00 pagi; 3km ke Sekolah Menengah Sains Muar, Tanjung Agas, Muar. Nak bergambar je kat papan tanda sekolah ni...hehe. Tempat jatuh lagi dikenang... pernahlah merasa belajar di sekolah berasrama penuh ni dua tahun masa Tingkatan Enam tahun 1993-94. Masa tu ada satu program perintis oleh Kementerian Pendidikan yang memperkenalkan Kolej Tingkatan Enam yang mengumpulkan pelajar terpilih seluruh Malaysia yang dapat keputusan SPM agak baik tapi tak berjaya masuk universiti. Hakikatnya kelas Tingkatan Enam tu cuma menumpang je kat sekolah ni sebab tiada premis sendiri. Cadang nak tunjuk kat anak-anak pagar mana yang ayah diorang panjat masa 'fly' dulu... tapi tak jadi la risau anak-anak terikut pulak kalau masuk asrama. Jangan ikut perangai ayah ye anak-anakku..hehe.
~ 11.10 pagi; 6km ke Don Hu Jurassic Park Garden, Jalan Pintasan Muar, Kg Sabak Awor. Ini antara tarikan baru di Muar. Diasaskan oleh pemiliknya tauke nurseri tapak semaian yang minat sangat kat spesis dinosaur sampai sanggup import hampir 30 patung dinosaur dari China...siap boleh bergerak-gerak lagi. Yang bagusnya masuk percuma je, cuma kena keluar duit kalau nak beli pelbagai cenderahati dinosaur atau kalau nak main beberapa permainan untuk budak-budak.
~ 11.30 pagi; 20km ke Pengkalan Besar, Tangkak yang terletak dalam daerah Ledang… menghadiri kenduri kahwin anak Pak Selamat iaitu anak atuk saudara aku yang merupakan adik arwah nenek. Masa kenduri ni lah nak jumpa dan kenal saudara-mara jauh yang jarang ditemui.
~ 3.00 petang; Ikut perancangan hari ni nak bermalam di Batu Pahat. Jadi kami berpatah balik ke Muar dulu. 22km ke Masjid Jamek Sultan Ibrahim. Masjid tertua di Muar yang dibina pada 1890an ini terletak di tebing muara Sungai Muar. Solat jamak zuhur & asar di sini. Nun jauh di seberang sungai kelihatan juga Masjid Sultan Ismail, masjid terbesar di Muar yang dibina pada 2002 tapi rekabentuknya adalah replika kepada Masjid Jamek Sultan Ibrahim ni.
Kemudian ronda-ronda sekejap ke Taman Tanjung Emas, tak jauh dari masjid. Taman rekreasi ni ada laluan siar kaki sepanjang tebing sungai, ramai orang melepak dan memancing di sini. Ada juga perkhidmatan bot dari jeti taman ni iaitu Muar River Cruise yang menyusuri Sungai Muar selama kira-kira 45 minit untuk menikmati pemandangan sepanjang sungai dan sebahagian bandar Muar. Tapi kerana kesuntukan masa kami terpaksa meneruskan perjalanan.
~ 4.00 petang; 64.5km ke Pantai Minyak Beku, Batu Pahat. Tempat tumpuan untuk bersantai petang-petang dan memancing... tapi tak sesuai untuk mandi sebab pantainya berbatu. Di pantai ni juga terdapat satu perigi kecik yang dipahat untuk mendapatkan air tawar oleh tentera siam semasa berundur selepas tewas ketika menyerang Kesultanan Melaka dulu. Itulah sejarahnya asal-usul Batu Pahat mendapat namanya yang tertulis kat batu tanda dekat perigi ni. Cuba cari port untuk pasang khemah tapi rasa macam tak berapa sesuai je.
~ 6.30 petang; 2.3km terjah ke Minyak Beku Agrotourism Resort, menginap kat chalet pulak malam ni. Chalet biasa-biasa je tapi harga lebih kurang macam hotel juga musim cuti sekolah ni... bolehlah untuk menginap semalaman.
~ 8.30 malam; lepas solat jamak maghrib & isya’, 13km jalan-jalan cari makan ke Mee Racun Tulang Sri Jaya, antara tempat makan yang famous kat Batu Pahat. Tertanya-tanya juga apa racun yang diletak dalam mi tu sampai sedap sangat khabarnya. Tapi malangnya tutup pulak. 5km pulak ke BP Walk, makan western food biasa-biasa je kat Ramly Cafe.
~ 10.00 malam; Jauh perjalanan hari ni, anak-anak dah penat dan mengantuk, 10km balik ke tempat penginapan, Minyak Beku Agrotourism Resort.
Sekian catatan hari ketiga.
30 December, 2017
Road Trip 7 Hari 7 Malam Jelajah Johor - Hari 2
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Baca:
Road Trip 7 Hari 7 malam Jelajah Johor - Intro
Road Trip 7 Hari 7 malam Jelajah Johor - Hari 1
MERSING - KLUANG
~ 23/12/2017; Sabtu - Pagi ni masak sarapan roti john, cekodok ikan bilis dengan air vico. Lepak makan tepi pantai memang berselera. Lepas sarapan, berkemas untuk meninggalkan Pantai Teluk Gorek dan daerah Mersing menuju daerah Kluang.
~ 8.30 pagi; bertolak ke bandar Kluang sejauh 111km. Memandu santai-santai je ditambah pulak ada kesesakan di beberapa tempat ketika memasuki bandar Kluang, pukul 11.00 lebih baru sampai bandar Kluang.
~ 11.30 pagi; ke Laman Kreatif Kluang, lokasi di tengah pusat bandar belakang Ambank... boleh cari guna waze juga. Merupakan kawasan lorong belakang kedai yang diceriakan dengan pelbagai lukisan mural kreatif di dinding bangunan. Boleh bergambar banyak-banyak sampai muntah.
- 1.00 tengah hari; 2.4km ke Restoran NSM Nasi Daun Pisang yang luas dan selesa, bersebelahan Pasaraya Econsave, Kluang. Restoran mamak je sebenarnya tapi saja nak bagi anak-anak pengalaman baru makan nasi atas daun pisang. Kami pilih lauk ayam goreng, ayam kurma, ayam madu dan kari kambing serta sayur dan papadom. Alhamdulillah kenyang, harga termasuk air pun taklah mahal sangat... RM40++ je.
~ 2.00 petang; 7.8km ke YZ Homestay, 570, Jln Seri Impian 3/15, Tmn Seri Impian, Kluang. Rumah teres setingkat 3 bilik berharga RM100 satu malam yang aku dah siap tempah awal. Hubungi Puan Yana; 013-757 2911 jika ada yang berminat. Solat jamak zuhur & asar.
~ 3.00 petang; 7km ke Taman Rekreasi Gunung Lambak, ada mini waterpark. Bayaran masuk dewasa RM5, kanak-kanak RM3... memang terbaik la sebab murah. Semalam dah mandi laut hari ni bagi anak-anak mandi kolam pulak sampai pukul 6.15 petang. Waterpark ni tutup pukul 6.30 petang. Lepas tu balik homestay.
~ 8.00 malam; selepas solat jamak maghrib dan isyak di homestay, 9.7km ke Murtabak Hut, Jln Ciku, Kluang. Buka dari 3.00 petang hingga 1.00 pagi. Menu special di sini murtabak cheese... rasa boleh tahan sedap juga. Along pekena nasi goreng USA manakala yang lain makan roti canai je.
~ 10.00 malam; 10km balik ke tempat penginapan, YZ Homestay.
Sekian catatan hari kedua.

Kategori :
Jelajah
Road Trip 7 Hari 7 Malam Jelajah Johor - Hari 1
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Baca:
Road Trip 7 Hari 7 malam Jelajah Johor - Intro
SUNGAI BULOH, SELANGOR - MERSING, JOHOR
~ 21/12/2017; Khamis - Dimulakan dengan solat Isyak, solat sunat musafir serta memohon doa agar dikurniakan kesihatan dan cuaca yang baik (maklumlah hujung tahun musim tengkujuh), mohon juga dicukupkan perbelanjaan serta mohon dilindungi dari segala keburukan.
~ 8.45 malam; kami memulakan perjalanan sejauh 381km ke Mersing. Dari lebuhraya PLUS keluar Tol Ayer Hitam, seterusnya ikut jalan biasa ke Mersing. Selepas bandar Kluang menuju Mersing jalan agak berliku dan sunyi tak banyak kereta, tak berani bawa laju.
~ 22/12/2017; Jumaat - 2.30 pagi; tiba di Masjid Jamek Bandar Mersing yang terletak atas bukit. Bentang toto di ruang luar masjid, tidur sekejap sementara tunggu waktu subuh. Selesai solat subuh, layan pemandangan sunrise sebahagian bandar Mersing dari atas bukit. Lupa pulak hari ni cuti hujung minggu bagi negeri Johor... patut nampak lengang je pagi ni.
~ 7.15 pagi; 1.5km ke Taman Rekreasi Mersing yang terletak tepi laut, ada mercu tanda Gerbang Mahkota sesuai untuk bergambar. Kemudian ronda-ronda sekitar Jeti Mersing. Kalau nak ke pulau-pulau sekitar Mersing termasuk ke Pulau Tioman akan naik feri dari sini.
~ 8.00 pagi; 11.4km jalan-jalan cari makan sarapan ke kedai makan Nasi Goreng Tidur, Jalan Air Papan. Kedai kayu tanpa papan tanda tapi ada dalam waze ni pernah viral juga, khabarnya menu istimewanya nasi goreng yang dihidang bersama semangkuk sup daging sedap sangat sampai boleh tertidur dibuatnya. Bila dah rasa sendiri, terbukti memang sedap, mujurlah tak sampai tertidur. Roti jala dan kuah kari ayam pilihan Angah pun sedap.
~ 9.00 pagi; 9km menyusuri jalan tepi pantai menghala ke Mersing melalui Jalan Makam. Ada beberapa gerai menjual keropok lekor, keropok kering dan satar. Kami singgah di gerai Perusahaan Keropok Hj Ramli, beli sikit produk keropok untuk makan sendiri dan juga untuk jiran depan rumah yang tolong bagi makan kucing kami si Oyen sepanjang seminggu ketiadaan kami.
~ 9.30 pagi; 11.5km berpatah balik menuju Pantai Air Papan. Ada banyak chalet di sini. Cuaca cerah tapi keadaan ombak agak kuat, mungkin tanda permulaan musim tengkujuh. Bendera merah pun dah berkibar tanda amaran dilarang untuk mandi-manda. Khabarnya banyak kes lemas juga di pantai ni. Jadi kami lepak-lepak ambik angin dan bergambar je di pantai ni.
~10.30 pagi; 13.5km ke Teluk Gorek Chalet & Campsite, Pantai Teluk Gorek, Kg Tanjung Resang, Endau. Tempat yang sangat sesuai untuk berkhemah, lengkap segala kemudahan seperti wakaf dengan tempat untuk bbq, tandas, bilik mandi, dewan, surau dan lampu yang menerangi kawasan khemah. Kalau tak minat berkhemah boleh tidur di chalet. Bayaran untuk berkhemah adalah RM5/seorang tak kira umur, manakala sewa wakaf RM20 untuk 24 jam. Selesai pasang khemah dan hammock, bagi peluang anak-anak mandi laut sekejap. Ombak di Pantai Teluk Gorek ni tak sekuat seperti di Pantai Air Papan tadi, mungkin sebab terletak di kawasan berteluk... pantainya pun landai jauh sampai ke tengah.
~ 1.00 tengahari; 1km ke Masjid Tanjung Resang. Solat jumaat, dijamak bersama asar. Aina dan ibunya tinggal di khemah. Lepas solat kami ambil diorang untuk jalan-jalan cari makan tengah hari.
~ 2.30 petang; 13km ke Pantai Penyabung, Endau. Makan nasi dengan seafood celup tepung di Gerai Ikan Celup Tepung di medan selera depan Jeti Penyabung. Pekena ikan, ketam dan udang celup tepung segar dan panas-panas memang menyelerakan. Keropok lekor dan pisang goreng cicah sambal kicap ala Johor pun ada. Harga pun agak murah, contohnya harga ketam celup tepung RM3-5 seekor ikut saiz... memang puas hati makan.
~ 3.30 petang; 18km ke Bandar Endau, sempadan Johor - Pahang. Cari ATM, bekalan air mineral serta beli ayam dan sosej untuk bbq malam nanti.
~ 5.00 petang; 26km balik ke Teluk Gorek Chalet & Campsite, bagi anak-anak sambung main pasir dan mandi laut puas-puas sampai menjelang senja.
~ 7.30 malam; Lepas solat jamak maghrib dan isyak di surau, dinner ala-bbq tapi guna stove panggang dalam kuali ajaib je... malas nak bakar arang... hehe. Nak makan nasi pun malas jadi kami meratah ayam & sosej je... kenyang juga. Lepas makan, layan video lama-lama dalam tablet... terhibur dengan telatah lucu Along, Angah & Aina masa kecik-kecik dulu.
~ 10.30 malam, mata aku dah mengantuk almaklumlah malam tadi memandu dapat tidur sejam dua je bila sampai masjid. Orang rumah dan anak-anak tidur dalam khemah, aku pulak tidur dalam hammock je... memang syok tidur bertemankan bunyi ombak dan nyamannya hembusan angin malam...
Sekian, catatan hari pertama.

29 December, 2017
Road Trip 7 Hari 7 Malam Jelajah Johor - Intro
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
~ Sempena cuti sekolah hujung tahun 2017 ni, kami sekeluarga berkesempatan untuk buat road trip menjelajah negeri Johor, antara negeri yang banyak tempat menarik tapi tak pernah kami jelajahi. Hanya sekadar singgah di satu dua tempat waktu menghadiri kenduri kahwin atau menziarahi sanak saudara.
~ Objektif utama pastilah untuk meluangkan lebih masa berkualiti dengan anak-anak sambil jalan-jalan tengok tempat orang. Makin jauh berjalan, makin luas pengetahuan dan pengalaman. Walaupun kos memang agak tinggi juga, bagi kami duit boleh dicari dan boleh juga korek tabung... tapi pengalaman yang dikutip sepanjang pengembaraan pasti tak dapat dijual beli.
~ Seminggu lamanya aku merancang perjalanan dengan bantuan profesor Google. Kalau ikut perancangan asal, nak jelajah semua 10 daerah di Johor bermula dari daerah paling utara iaitu Segamat. Diikuti daerah Ledang, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Kota Tinggi, Johor Bahru, Kulai dan akhir sekali daerah Pontian.
~ Tapi bila dapat jemputan kenduri kahwin saudara di Tangkak dalam daerah Ledang yang berdekatan dengan Segamat, pada hari ketiga seperti dalam perancangan kami di Johor (hari ketiga sepatutnya akan ke daerah Mersing), maka terpaksa merombak semula jadual perjalanan kami dengan mengecualikan daerah Segamat. Lagipun bagi kami setelah buat survey, kat Segamat macam tak berapa banyak tempat menarik untuk dijelajahi... hehe mintak maaf ye orang Segamat. Mungkin lain kali pulak kami ke sini ye.
~ Ini ringkasan perjalanan kami :
Hari 1; 22/12/2017 (Khamis malam & Jumaat)
Sungai Buloh, Selangor - Mersing, Johor.
Hari 2; 23/12/2017 (Sabtu)
Mersing - Kluang
Hari 3; 24/12/2017 (Ahad)
Kluang - Muar - Ledang - Batu Pahat
Hari 4; 25/12/2017 (Isnin)
Batu Pahat - Kota Tinggi
Hari 5; 26/12/2017 (Selasa)
Kota Tinggi - Johor Bahru
Hari 6; 27/12/2017 (Rabu)
Johor Bahru
Hari 7; 28/12/2017 (Khamis)
Johor Bahru - Kulai - Pontian - Batu Pahat - Sungai Buloh
~ Hari jumaat 29/12/2017 nak tak nak memang kena balik juga sebab ada hari orientasi sekolah untuk pengambilan buku teks, pembayaran yuran dan kenal kelas baru Angah dan Aina. Mujurlah Along balik ke asrama lewat seminggu dari sekolah biasa.
~ Nanti bila ada masa lapang atau bila rajin, beransur-ansur akan aku cerita panjang sikit catatan perjalanan kami yang akan aku letak linknya di sini... sebagai kenangan pengembaraan kami sekeluarga buat tatapan anak cucu nanti.

21 December, 2017
Cuti Sekolah Akhir Tahun 2017
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Cuti sekolah datang lagi. Inilah antara aktiviti anak-anak sepanjang cuti sekolah akhir tahun ni:
~ 1-3 Disember; Angah menyertai Kem Cuti Sekolah Aku Anak Hebat selama 3 hari 2 malam di Kem Rimba Ulu Tamu, Batang Kali. Sanggup dia menawarkan untuk bayar separuh kos yuran guna duit simpanannya. Semoga menjadi anak yang lebih hebat lepas balik dari kem ni. Kalau tak hebat juga siaplah Angah..haha!
~ 4-8 Disember; Aina pulak menyertai Kem Pra-Tahfiz yang diadakan di surau berdekatan dari pagi sampai ke petang. Antara programnya Teknik Hafazan, Tahsin Wuduk dan Solat, Akhlak Islami, Sirah Nabi dan Sahabat, sukan memanah serta pelbagai aktiviti dalam kumpulan. Lebih baik daripada duduk di rumah khusyuk bermain gajet je.
~ 14 Disember; kami sekeluarga menghadiri Majlis Anugerah Cemerlang maahad Along. Dapat juga dia satu anugerah markah tertinggi bagi subjek Pendidikan Islam... tahniah Along. Cuti sekolah Along ni lewat 2 minggu dari cuti sekolah biasa. Jadi hari ni baru dia boleh balik rumah.
~ 17 Disember; pagi masuk acara Larian Menjunjung Kasih, petangnya memenuhi permintaan anak-anak yang nak tengok wayang cerita Star Wars: The Last Jedi. Layankan je lah sekali-sekala.
~ 21 Disember; selamat hari lahir yang ke-11 buat Angah. Doa yang sama seperti biasa... "Ya Allah, sihatkanlah dan panjangkanlah umur anak kami ini, terangkanlah hatinya, teguhkanlah imannya, baguskanlah amal perbuatannya, cukupkanlah rezekinya, dekatkanlah menuju kebaikan, jauhkanlah dari keburukan. Ya Allah, kabulkanlah doa kami ini, agar anak-anak kami menjadi anak yang soleh dan solehah, yang sentiasa taat kepadaMu dan berbakti kepada kedua orang tuanya... serta diberkati dan dirahmati kehidupan mereka dunia akhirat... Aamin ya rabbal ‘Aalamiin"

17 December, 2017
Larian Menjunjung Kasih Jambatan Ketiga Klang 2017.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Tahun ni tak pernah lagi masuk acara larian, dah nak hujung tahun ni masuk la satu acara larian...
Larian Menjunjung Kasih Jambatan Ketiga Klang kategori Veteran 10km sempena perasmian jambatan baru tersebut yang dinamakan Jambatan Raja Muda Nala, Klang. Turut serta dua orang rakan sepejabat.
Dimeriahkan dengan perasmian oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj yang turut menyertai larian dalam acara Fun Run 5km . Aku punya la mencungap selamba je dia potong aku... hihi.
Catatan masa kali ni 1jam: 21minit: 33saat... jauh ketinggalan di belakang juara dari benua Afrika (tak pasti la dari Kenya/Uganda/Ethiopia dsb) yang mencatat masa kira-kira 30 minit je. Tak kisahlah yang penting sampai garisan penamat pun dah kira kejayaan besar dah tu.

Lari
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)
Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.
Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.
Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.