Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
~ Semasa kami balik kampung dan mungkin sedang berseronok-seronok berkubang di Kubang Gajah Mini Waterpark, rupa-rupanya si Gebu bertarung nyawa seekor diri di rumah melahirkan anak-anaknya tanpa kami di sisi... cheh.
~ Sampai je di rumah dari kampung, tak nampak pula kelibat Gebu menyambut kepulangan kami di muka pintu seperti selalu. Rupanya sedang sibuk menyusukan anak-anaknya sebanyak 3 ekor semuanya. Mujur juga kami dah sediakan kotak tempat Gebu nak beranak sebelum balik kampung.
~ Gebu seekor kucing berwarna putih yang tak pernah keluar rumah, manakala kekasih gelapnya cuma seekor kucing jantan warna kelabu bernama Labu yang selalu masuk rumah tumpang makan... Yang peliknya, takde seekor pun anak-anaknya yang sama warna dengan
Gebu. Maknya warna putih, bapaknya kelabu tapi anak-anaknya dua ekor
warna coklat, dan seekor lagi kekuningan... heran...heran!
25 October, 2015
24 October, 2015
Berkubang di Kubang Gajah Mini Waterpark, Temerloh
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
~ Balik kampung menziarahi mak dan saudara mara, sempat singgah bawa anak-anak berkubang di Kubang Gajah Mini Waterpark, Temerloh. Taman air ni sebenarnya dah lebih setahun dibuka, tapi kami biasanya lalu je tak terlintas pulak nak singgah.
~ Lokasi berdekatan jambatan Temerloh dan bersebelahan Stadium Mini Temerloh. Nama je mini waterpark tapi agak besar juga kawasannya. Bayaran masuk pun boleh kata murah; RM10 untuk dewasa dan kanak-kanak bawah 12 tahun cuma RM8.
~ Mini waterpark ni hanya sesuai untuk kanak-kanak sebab kolam mandinya cetek je, golongan dewasa jadi tukang layan anak-anak boleh la.
~ Tak macam taman tema lain, di sini boleh bawa masuk makanan sendiri, berapa banyak nak bawa pun boleh tapi di dalam ni pun ada jual makanan.
~ Dari waterpark ni dibuka jam 9.00 pagi hingga masuk waktu zuhur, puaslah si Along, Angah dan Aina bersama Pokde dan acik Ijah mereka berendam dan main gelongsor sepuas-puasnya. Lain kali balik kampung nak datang sini lagi kata mereka.

Kategori :
Berkelah
,
Jalan-Jalan
17 October, 2015
Larian Statistik (StatsRun) 2015 - Putrajaya
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
StatsRun kembali lagi. Berlangsung di tempat yang sama di Putrajaya dan masih masuk acara yang sama, 10 km, cuma kategori upgrade sikit kepada Veteran seiring dengan peningkatan usia...
Kalau StatsRun 2013 dulu catatan masa 1 jam 30 minit, kali ni catatan masa turun sikit kepada 1 jam 18 minit 18 saat... ada peningkatan sikit sebab dah lebihkan sikit berlari dan kurangkan berjalan...haha. Juara kategori aku ni menamatkan larian dalam masa 38 minit je. Tak kisahlah tu, tujuan aku berlari cuma suka-suka je sambil mengekalkan kecergasan badan.
StatsRun kembali lagi. Berlangsung di tempat yang sama di Putrajaya dan masih masuk acara yang sama, 10 km, cuma kategori upgrade sikit kepada Veteran seiring dengan peningkatan usia...
Kategori :
Lari
10 October, 2015
Hari Sukan Negara 2015
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Sementara Along berkayuh dalam acara Funride anjuran sekolahnya mengelilingi sekitar taman perumahan.....
... kami sekeluarga sekadar berjogging demi menyahut seruan amalan gaya hidup sihat sempena Hari Sukan Negara yang julung kali diadakan.

Sukan/Rekreasi
25 September, 2015
Suatu hari di Muzium Negara
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Semalam Hari Raya Haji, tak balik kampung pun. Hari ni sambung cuti, pagi-pagi lagi kami ke Muzium Negara... memenuhi hajat si Along yang minat subjek Sejarah katanya... ikutkan saja. Selain pameran kekal di muzium ni, ada juga pameran sementara tentang Racun & Bisa.
Selesai menjelajah muzium, kami singgah solat Jumaat di Masjid Negara. Mujurlah kali ni imam tak kena tampar macam minggu lepas.

07 September, 2015
Sukan Antara Zon 2015, Kuantan
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
~ Dari 3-6 September 2015, Sukan Antara Zon ke-11, Jabatan Perangkaan Malaysia telah dianjurkan di Kuantan, Pahang. Para atlet disediakan tempat penginapan di Mahallah Maimunah, Kampus Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Cawangan Kuantan.
~ Penyertaan dibahagikan kepada 6 Zon iaitu Zon Ibu Pejabat, Tengah, Utara, Selatan, Timur dan Zon Sabah/Sarawak.
~ Venue / Acara yang dipertandingkan:
Kompleks Sukan UIAM (bola tampar, badminton, ping pong, sepaktakraw, bola jaring dan perbarisan)
Kuantan Futsal Centre (bagi acara futsal lelaki, wanita dan veteran)
Premium Lane Kuantan Plaza (acara bowling)
Stadium Darul Makmur (acara kemuncak bolasepak 9 sebelah)
~ Sebab tahun ni dah cukup umur menjelang senja, aku masuk dua acara iaitu Futsal Veteran dan memenuhi syarat wajib kejohanan iaitu perlu ada seorang pemain veteran dalam skuad bolasepak 9-sebelah Zon Tengah.
~Acara Futsal Veteran; Pemain cukup-cukup je, veteran lain dah tak berapa cergas. Sekumpulan dengan Zon Ibu Pejabat dan Zon Sabah/Sarawak. Disebabkan Zon Sabah/Sarawak tarik diri, hanya main satu game, tewas 1-3 kepada Zon Ibu Pejabat, terkandas di peringkat kumpulan je.
~ Acara Bolasepak 9-sebelah berlangsung di Stadium Darul Makmur. Tak sangka pulak dapat main kat stadium keramat pasukan Tok Gajah ni. Sekumpulan dengan Zon Ibu Pejabat dan Zon Selatan.
- Menang lawan Zon Selatan 2-0, seri tanpa jaringan lawan Zon Ibu Pejabat, berjaya layak ke final.
- Final; nasib tak menyebelahi, tewas tipis 0-1 kepada Zon Sabah/Sarawak.
~ Semoga lebih sukses dalam kejohanan akan datang yang bakal dianjurkan oleh Zon Tengah dua tahun lagi. Tak pasti lagi mampukah aku terus bermain masa tu, lutut pun ada bunyi lain macam ni. Main sehari sakitnya seminggu... huhu!

Bola
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)
Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.
Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.
Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.