Lebih setengah hari jugalah ayah dan ibunya ni bertungkus lumus mengemas dan menyiapkan bilik untuk Aina. Sebuah katil 'double decker' yang asalnya disediakan untuk Along & Angah (dua-dua tak nak tidur sebelah atas) diubahsuai tingkat bawahnya jadi tempat bermain. Bila Aina dah sekolah nanti boleh letak meja tulis jadi tempat belajar pulak.
27 April, 2013
Aina dah ada bilik sendiri
"Along & Angah selalu tak bagi Aina masuk main dalam bilik diorang, lepas ni diorang tak boleh nak eksyen lagi. Terima kasih ayah dan ibu...". Mungkin itulah agaknya kata Aina, 3 tahun 5 bulan, setelah mendapat bilik sendiri. Walaupun masih tidur di bawah ketiak ibunya, bilik sendiri tu sebagai persediaan untuk tidur sendiri bila dah besar sikit nanti.
Lebih setengah hari jugalah ayah dan ibunya ni bertungkus lumus mengemas dan menyiapkan bilik untuk Aina. Sebuah katil 'double decker' yang asalnya disediakan untuk Along & Angah (dua-dua tak nak tidur sebelah atas) diubahsuai tingkat bawahnya jadi tempat bermain. Bila Aina dah sekolah nanti boleh letak meja tulis jadi tempat belajar pulak.
Lebih setengah hari jugalah ayah dan ibunya ni bertungkus lumus mengemas dan menyiapkan bilik untuk Aina. Sebuah katil 'double decker' yang asalnya disediakan untuk Along & Angah (dua-dua tak nak tidur sebelah atas) diubahsuai tingkat bawahnya jadi tempat bermain. Bila Aina dah sekolah nanti boleh letak meja tulis jadi tempat belajar pulak.
Kategori :
Anak
14 April, 2013
Silat Pengantin @ Melaka
"tahun depan Along nak belajar silat..." kata Along, 9 tahun, setelah menyaksikan persembahan
silat pengantin di sebuah majlis perkahwinan saudara sebelah ayahnya di Sg. Rambai, Melaka.

Sekian, sebuah entri malas!
Kategori :
Nikah Kahwin
09 April, 2013
Gulai Tempoyak Ikan Baung
~ Suatu hari, seorang bapa yang agak mithali mengambil cuti kecemasan untuk menjaga anak sulungnya yang tetiba demam setelah balik dari berkhemah. Tinggallah mereka berdua-duaan di rumah sementara si ibu pergi bekerja, anak yang tengah ke sekolah dan anak yang bongsu ke taska.
~ Untuk makan tengah hari, si bapa mengamalkan konsep memasak saja apa yang dijumpai di dalam dapur. Setelah memasak nasi, beliau menggoreng telur dadar kemudian hentam sahaja resipi spontan iaitu memasak setin sup ayam Campbell dicampur bersama isi ayam dan daun bayam. Maka dinamakanlah resipi baru ini Sup Ayam Bayam Campbell.
~ Kemudian dalam peti sejuk, si bapa ternampak seekor ikan baung saiz sederhana yang diberi oleh seorang sahabat (yang tak makan ikan sungai) dan juga semangkuk tempoyak. Terlintas idea bernas untuk masak gulai tempoyak, lalu beliau menggugel resipi yang berkaitan. Maka lahirlah masakan ini yang diubahsuai dari resipi gulai tempoyak ikan patin (praktikalnya diubahsuai mengikut apa yang ada di dapur ketika itu).
Bahan-bahan kalau ikut sebijik dalam resipi
dan praktikalnya hentam sajalah (seperti dalam kurungan)
- 2 ketul isi ikan patin (ikan baung je yang ada, kiranya suku-sakat patin juga ni, potong jadi 4 ketul)
- 3 biji cili merah (ehh tak jumpa pulak cili merahnya)
- 1 batang serai (nasib baik ada tanam dalam pasu)
- 3 biji cili padi (sebab suka pedas, taruk sampai 5 biji)
- 5 sudu makan tempoyak (laa... dalam mangkuk tu tinggal 3 sudu je)
- 1 inci kunyit (bantai je la kunyit serbuk 1/2 sudu)
- 2 keping asam keping (mana pulak asam keping ni, yang ada jeruk belimbing buluh je pemberian sorang sahabat, kira bolehlah tu janji ada masam-masam sikit)
- 1 biji timun bulat, dipotong setebal 1/2 inci (nasib baik ada timun)
- sedikit garam, gula dan serbuk perasa
Penyediaannya kalau ikut sebijik dalam resipi

1. Kisar cili merah, cili padi dan kunyit bersama-sama tempoyak.
(bahan yang ada cuma cili padi, tumbuk je lah)
2. Rebus bahan yang dikisar hingga mendidih.
(Masukkan 2 gelas air dalam periuk, masukkan cili padi, serbuk kunyit dan tempoyak)
3. Masukkan asam keping, timun bulat, serai yang telah dititik serta sedikit gula, garam dan serbuk perasa. (Masukkan jeruk belimbing buluh dan... samalah seperti di atas)
4. Masukkan ikan dan masak sehingga didih.
5. Sedia untuk dihidang... rupanya seperti gambar di atas.
~ Waktu rehat tengahari, si ibu dan si anak yang tengah pulang ke rumah untuk makan. Resipi baru Sup Ayam Bayam Campbell (lupa pulak nak ambil gambar), memang sesuailah untuk budak demam, yang penting anak-anak kata rasanya sedap sampai licin sup tu dihirupnya. Si bapa peduli apa kalau orang lain rasa tak sedap.
~ Paling penting, Gulai Tempoyak Ikan Baung pulak memang kena dengan tekak si bapa merangkap tukang masaknya. Begitu juga si ibu yang memuji masakan tersebut (tak pasti sama ada beliau terpaksa memuji untuk menjaga hati tapi dari bahasa tubuhnya, pujian beliau kelihatan agak ikhlas).. haha.
Apahal pulak tetiba ada resipi masakan dalam blog ni? Dah jadi blog masakan ke apa? Selalunya blogger kaum hawa je yang rajin buat entri masakan nih. Bukan apa, si bapa tu memang jarang memasak, tambahan pulak pertama kali masak gulai tempoyak... sebab tu agak teruja... heheh!

![]() |
| yang hitam tu jeruk belimbing buluh |

Makan-Makan
08 April, 2013
Berkhemah di Santuari Ikan Sungai Chiling
~ Sungai Chilling ni terletak 14 km dari pekan Kuala Kubu Bharu, jalan menuju ke Fraser Hill. Lepas Empangan Sungai Selangor dan lepas satu jambatan kecik, nampak banyak kereta parking tepi jalan kira dah sampailah tu. Jalan masuknya melalui pintu gerbang tertulis Santuari Ikan Sungai Chiling. Tempat ni dibuka untuk pelawat hanya pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dari 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Hari lain tutup untuk kerja-kerja pemuliharaan.
~ Dari pintu masuk kena trekking lebih kurang 500 meter sampailah jumpa tapak perkhemahan yang cukup luas dan lengkap dengan kemudahan tandas, surau, wakaf dan kaunter pendaftaran. Tempat ni sekarang dijaga oleh Jabatan Perikanan. Dah lebih 10 tahun tak ke sini, nampak banyak perubahan bila tempat ni dimajukan. Bayaran masuk cuma RM 1 seorang.
| ada peta takkan sesat kot... |
| banyak pantang larangnya tuu... |
~ Dah siap pasang khemah, 'ground & fly sheet', lepaskan anak-anak yang dah tak sabar-sabar nak mandi sungai. Sungai di tapak perkhemahan ni memang jernih dan agak cetek, sesuai untuk budak-budak mandi. Banyak ikan kelah dan tengas berkeliaran dan akan mendekati kita kalau ditabur makanan. Makanan ikan boleh dibeli di kaunter pendaftaran pada harga RM 2 sebungkus kecil, kalau bawa sendiri lagi menjimatkan sebab kalau anak-anak yang bagi, sekejap je habis makanan ikan tu ditaburnya. Ikan-ikan di sini bersaiz agak kecil, mungkin ada ikan saiz besar di lubuk-lubuk tertentu.
| geramnya tengok ikan kelah ni.... rasa macam nak tebar jala je... |
![]() |
| santai petang |
~ Dilarang sama sekali memancing ikan di sini. Kalau ada berani dan sanggup ambil risiko didenda atau penjara atau kedua-duanya sekali, silakan memancing tapi kalau kantoi jangan kata aku yang suruh. 10 tahun dulu masa tempat ni belum diwartakan sebagai santuari ikan kelah, aku pernah memancing kat air terjun tingkat ketiga paling atas. Meleleh air liur bila tengok sekumpulan besar ikan kelah dan tengas sebesar lengan tapi seekor pun tak menyangkut, mungkin sebab umpan tak sesuai (masa tu kalau tak silap aku pakai cengkerik je).
| ada berani??? |
~ Menjelang maghrib hujan renyai-renyai mula turun dan kadang kala agak lebat. Tanpa dirancang kedua-dua keluarga berkongsi makanan seadanya. Menu malam ni nasi berlauk kari sardin, kari ayam, ayam BBQ, sosej dan sayur kubis masak kicap. Ahh, dalam hutan makan apa pun sedap. Kekenyangan melanda... malam pun masih muda, tapi hujan masih belum reda... apa lagi tidur le jawabnya... (ada unsur-unsur pantun di situ nampaknya).
![]() |
| santapan malam |
![]() |
| pandangan dari atas jambatan gantung berdekatan tapak perkhemahan |
![]() |
| mandi la puas-puas... |
OK, cukup setakat ni... lepas ni nak camping di mana pulak?
Kategori :
Berkhemah
22 March, 2013
Selamat tinggal taska transit dan van sekolah...
Cuti sekolah penggal pertama dah bermula. Sejak dua hari terakhir persekolahan, Along dah mula naik basikal ke sekolah. Dah Tahun 3 ni bolehlah mula belajar berdikari. Lepas habis sekolah agama paginya, balik sendiri ke rumah... segala kunci telah dibekalkan. Makanan sebelum pergi ke sekolah petang pun ibunya dah sediakan pagi sebelum ke pejabat... walaupun makanan mungkin dah sejuk tapi Along kata dia tak kisah.
Pesan ayah & ibu; hati-hati tunggang basikal tu dan lepas habis sekolah terus balik rumah... (pesanan standard oleh mana-mana ibu bapa pun).

Sekolah
04 March, 2013
Berkhemah di Hutan Rekreasi Sungai Congkak
Sabtu, 2 Mac. 2013
~ Menghadiri dua kenduri kahwin rakan sekerja di daerah Hulu Langat. Satu di Bandar Sunway Semenyih (Izwan dan pasangannya) dan satu lagi di Bandar Tasik Kesuma, Beranang (Man Parpu menerima menantu).
~ Alang-alang sudah berada di daerah yang banyak sungai dan air terjun ni, ambil kesempatan untuk bawa anak bini berkhemah di Hutan Rekreasi Sungai Congkak. Dapat juga meluangkan masa berkualiti bersama keluarga setelah meninggalkan mereka terkontang-kanting selama 8 hari kerana menyertai misi Trans Titiwangsa V2 baru-baru ni.
~ Ada sedikit halangan dalam perjalanan bila Jalan Sungai Lalang, jalan pintas dari Pekan Semenyih ke Pekan Bt. 18 Hulu Langat sedang ditutup kepada lalulintas kerana tanah runtuh. Terpaksa berpatah balik ikut Lebuhraya Cheras-Kajang dan sampai di Sungai Congkak pada jam 6.10 petang.
~ Bayar RM10 untuk satu tapak khemah, RM5 bayaran parking (boleh bawa kereta masuk dan parking tepi sungai) dan RM2 (bayaran cukai kepala untuk dewasa RM1 sekepala)... sangat berbaloi-baloi untuk satu percutian keluarga yang murah dan adventure.
~ Waktu kami sampai di tapak perkhemahan Zon 1 & 2, ramai juga rupanya kumpulan pelajar yang berkhemah di sini... oklah tu meriah sikit. Dapat pulak tapak khemah yang strategik berdekatan sungai. Dalam pada kami laki bini sibuk memasang dan merasmikan khemah jumbo 6-man-tent yang baru dibeli, anak-anak diberi peluang main air sekejap sebelum menjelang maghrib.
~ Khemah dah siap dipasang, toto pun dah siap dibentang (amboi mewahnya khemah), hujan pulak turun renyai-renyai. Terpaksa pulak pasang fly untuk tempat memasak. Malam ni cadangnya nak buat bbq, segala lauk pauk dan bahan-bahan untuk memasak telah tersedia... tapi sayangnya beras pulak lupa dibawa. Maafkan ayah yang sengal ini... huhu! Akhirnya hidangan kami anak beranak malam tu cuma meratah ayam panggang, sosej dan dimakan bersama ban kacang merah... oh, tak lupa juga bersama air kundur Lo Han Kuo, sejenis minuman yang baru aku kenali sejak balik dari misi Trans V2... layan jugak minum air kundur panas-panas dalam hutan ni.. hehe.
~ Malam tu, walaupun khemah tu dah cukup luas, tidur kami laki bini tak begitu lena kerana terdapat sejenis gangguan... iaitu sering disiku, dilutut, dan disepak oleh anak-anak. Adehh... lasak betullah Along,Angah dan Aina ni tidur.
Ahad, 3 Mac. 2013
~ 6.45 pagi, lepas solat subuh, anak-anak dah tak sabar-sabar nak mandi sungai. Ishh biar betul, rileklah dulu gelap lagi tu. Jam 7.30 baru aku benarkan mandi. Naik sekejap untuk bersarapan, menu pagi ni mi segera je tapi dicampur dengan telur, isi ayam panggang dan sosej lebihan bbq malam tadi.
~ Menu untuk tengah hari; masak sayur kacang buncis campur sotong, sambal tumis sotong dan telur dadar... dimakan bersama nasi lemak kosong yang aku beli kat luar tadi... yeay.. dapat juga makan nasi.
~ 3.00 petang... mula berkemas untuk pulang. Rasanya anak-anak dah cukup puas main air dari 7.30 pagi sampai pukul 3.00 petang. Apa? Tak puas lagi... satu badan dah kecut tu takkan tak cukup lagi. Takpe lain kali kita datang camping kat sini lagi... ada sesapa nak join?

Subscribe to:
Posts
(
Atom
)
Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.
Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.
Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.