~ Untuk makan tengah hari, si bapa mengamalkan konsep memasak saja apa yang dijumpai di dalam dapur. Setelah memasak nasi, beliau menggoreng telur dadar kemudian hentam sahaja resipi spontan iaitu memasak setin sup ayam Campbell dicampur bersama isi ayam dan daun bayam. Maka dinamakanlah resipi baru ini Sup Ayam Bayam Campbell.
~ Kemudian dalam peti sejuk, si bapa ternampak seekor ikan baung saiz sederhana yang diberi oleh seorang sahabat (yang tak makan ikan sungai) dan juga semangkuk tempoyak. Terlintas idea bernas untuk masak gulai tempoyak, lalu beliau menggugel resipi yang berkaitan. Maka lahirlah masakan ini yang diubahsuai dari resipi gulai tempoyak ikan patin (praktikalnya diubahsuai mengikut apa yang ada di dapur ketika itu).
Bahan-bahan kalau ikut sebijik dalam resipi
dan praktikalnya hentam sajalah (seperti dalam kurungan)
- 2 ketul isi ikan patin (ikan baung je yang ada, kiranya suku-sakat patin juga ni, potong jadi 4 ketul)
- 3 biji cili merah (ehh tak jumpa pulak cili merahnya)
- 1 batang serai (nasib baik ada tanam dalam pasu)
- 3 biji cili padi (sebab suka pedas, taruk sampai 5 biji)
- 5 sudu makan tempoyak (laa... dalam mangkuk tu tinggal 3 sudu je)
- 1 inci kunyit (bantai je la kunyit serbuk 1/2 sudu)
- 2 keping asam keping (mana pulak asam keping ni, yang ada jeruk belimbing buluh je pemberian sorang sahabat, kira bolehlah tu janji ada masam-masam sikit)
- 1 biji timun bulat, dipotong setebal 1/2 inci (nasib baik ada timun)
- sedikit garam, gula dan serbuk perasa
![]() |
| yang hitam tu jeruk belimbing buluh |
Penyediaannya kalau ikut sebijik dalam resipi
dan praktikalnya hentam sajalah (seperti dalam kurungan)
1. Kisar cili merah, cili padi dan kunyit bersama-sama tempoyak.
(bahan yang ada cuma cili padi, tumbuk je lah)
2. Rebus bahan yang dikisar hingga mendidih.
(Masukkan 2 gelas air dalam periuk, masukkan cili padi, serbuk kunyit dan tempoyak)
3. Masukkan asam keping, timun bulat, serai yang telah dititik serta sedikit gula, garam dan serbuk perasa. (Masukkan jeruk belimbing buluh dan... samalah seperti di atas)
4. Masukkan ikan dan masak sehingga didih.
5. Sedia untuk dihidang... rupanya seperti gambar di atas.
~ Waktu rehat tengahari, si ibu dan si anak yang tengah pulang ke rumah untuk makan. Resipi baru Sup Ayam Bayam Campbell (lupa pulak nak ambil gambar), memang sesuailah untuk budak demam, yang penting anak-anak kata rasanya sedap sampai licin sup tu dihirupnya. Si bapa peduli apa kalau orang lain rasa tak sedap.
~ Paling penting, Gulai Tempoyak Ikan Baung pulak memang kena dengan tekak si bapa merangkap tukang masaknya. Begitu juga si ibu yang memuji masakan tersebut (tak pasti sama ada beliau terpaksa memuji untuk menjaga hati tapi dari bahasa tubuhnya, pujian beliau kelihatan agak ikhlas).. haha.
Apahal pulak tetiba ada resipi masakan dalam blog ni? Dah jadi blog masakan ke apa? Selalunya blogger kaum hawa je yang rajin buat entri masakan nih. Bukan apa, si bapa tu memang jarang memasak, tambahan pulak pertama kali masak gulai tempoyak... sebab tu agak teruja... heheh!


terer incik ali masak gulai tempoyak !! kelas ko jah !!
ReplyDeletehentam sajalah zura... janji xde sapa yg keracunan mknan suda :)
ReplyDeletenampak sedap apa gulai tempoyak tu..saya puntak penah try buat lg
ReplyDeletekalau ikut tekak tukang masaknya... memang sedap n menepati selera beliau... walaupun baru 1st time try msk haha
ReplyDelete