- Melayan kerenah anak-anak yang hanyut dalam fenomena si kembar comel Upin & Ipin, aku pun membawa anak-anak aku (sudah tentulah bersama ibu mereka) ke Cineleisure, Mutiara Damansara, menonton filem animasi 3D pertama Malaysia iaitu Geng: Pengembaraan Bermula, hasil kerja Les' Copaque Production.
- Bagi aku filem ni kira menghiburkan la jugak. Idea & jalan ceritanya menarik, kreatif dan betul-betul bercirikan Malaysia. Kualiti animasinya juga memang cantik dan meriah dengan warna, pergerakan pun tak kaku, walaupun khabarnya hanya dibuat menggunakan PC dari Low Yatt je. Pendek kata kalau orang2 putih kat Disney, Pixar dll tengok pun boleh 'nangis'...macam mana orang Malaysia boleh buat 3D animasi setaraf dengan mereka.
- Tapi benda yang cantik pasti ada kekurangannya. Babak2 di pertengahan hingga penghujung cerita membuatkan aku sikit tak puas hati. Terlalu banyak makhluk pelik lagi ganas seperti ular gergasi, pacat gergasi dll ditonjolkan, ditambah pula dengan jeritan2 dan unsur2 suspen, langsung tak sesuai untuk kanak-kanak. Anak aku yg kecik tu (umur 2 tahun setengah) terpaksa dipeluk dan diriba ibunya kerana ketakutan. Gerenti mengigau anak aku malam ni.
- Lagi satu masa babak lumba motor, ditonjolkan betapa hebatnya budak 2 ekor tu berlumba, tanpa diselitkan pengajaran, nasihat dan keburukannya. Macam nak galakkan budak-budak merempit je! Dah aku pulak yg kena explain kat anak aku.
- Walaupun aku seorang pengkritik filem tak bertauliah, apapun aku bagi 4 bintang untuk filem ni. Kalau kurang unsur-unsur ganas tu bolehlah aku bagi 5 bintang. Tapi kalau Les Copaque bayar aku, 10 Bintang pun aku boleh bagi!.. ngeh3
No comments :
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen...
namun jika komen menggunakan 'Tanpa Nama @ Anonymous'... silalah letak nama samaran sekurang-kurangnya di akhir komen untuk memudahkan komunikasi... tidaklah tertanya-tanya siapa gerangannya si tukang komen... terima kasih.