Berbekalkan 2 tiket wayang percuma yang dihadiahkan oleh Nokia yang
seminggu lagi dah nak tamat tempoh ... (dan kemudian terpaksa
mendapatkan 3 lagi tiket yang tidak percuma), kami sekeluarga ke AEON
Rawang untuk menonton filem The Hobbit: An Unexpected Journey.
Bagi peminat trilogi filem fantasi pengembaraan Lord of the Ring... mesti suka filem Hobbit ni. Dengan durasi tayangan selama 2 jam 46 minit, anak-anak nampak agak bosan pada awal filem sebab banyak babak bercakap je. Tapi bila macam-macam makhluk pelik dah muncul... barulah diorang terpegun duk layan cerita ni. Ibu bapak diorang pulak lebih terpegun tengok pemandangan indah dalam filem ni... tetiba rasa macam nak pergi New Zealand pulak.
The Hobbit ni juga dibuat dalam bentuk trilogi, anak-anak pun dah kata nak tengok part 2 pulak tahun depan.
Untuk ulasan filem yang lebih profesional, sila ke SINI


best eh? saya suka LOTR.
ReplyDeletememang layannn...
ReplyDelete