~ Keseronokan berkhemah di The Nahara, Kalumpang tiga tahun lepas membuatkan anak-anak ajak repeat. Kebetulan cuti panjang 4 hari sempena krismas dan on de way balik kampung di Ipoh, kami singgah berkhemah semalaman di The Nahara.
~Tempat ni diselenggara dengan baik... persekitaran cantik dan bersih. Tempat parking pun banyak, ada banyak wakaf untuk lepak dan buat bbq, chalet, tandas yang bersih, surau, padang, tapak khemah dan sungai yang bersih.
~ Bayaran untuk berkhemah (bawa sendiri) adalah RM15 sekepala untuk dewasa dan RM7 untuk kanak-kanak. Kalau takde khemah boleh sewa. Boleh juga sewa chalet pada harga RM150 dan RM300 satu malam atau banglo 5 bilik berharga RM1800 satu malam... sesuai untuk keluarga yang datang ramai-ramai.
~ Kami sampai lebih kurang jam 3.30 petang. Anak-anak sempat mandi sekejap je sebab tetiba hujan lebat masa aku dan orang rumah baru nak pasang khemah. Mujur hujan petang je, malam dan keesokannya cuaca baik... berendamlah anak-anak sampai kecut.
~ Kami berkhemah bersebelahan wakaf/gazebo yang kami sewa dengan harga RM40, tapi cuma dapat sewa untuk 12 jam je sampai 7.00 pagi esoknya sebab lepas tu dah ada orang lain tempah. Lain kali kalau nak guna wakaf kena tempah dulu sebab bilangan wakaf agak terhad. Ada juga wakaf yang lebih besar sewanya RM60.
~ Makanan : Dinner nasi lauk ayam panggang dalam kuali ajaib & sosej je. Sarapan maggi & roti john. Lunch pulak nasi lauk ikan pari hasil pancingan kelong berkat baru-baru ni. Alhamdulillah juga rezeki kami memang murah dengan makanan yang dihantar oleh jiran wakaf sebelah... mi goreng dan macaroni carbonara, terima kasih bebanyak... semoga murah rezeki kalian.
No comments :
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen...
namun jika komen menggunakan 'Tanpa Nama @ Anonymous'... silalah letak nama samaran sekurang-kurangnya di akhir komen untuk memudahkan komunikasi... tidaklah tertanya-tanya siapa gerangannya si tukang komen... terima kasih.