Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Setiap jumaat kita akan mendengar khutbah di masjid tapi cuba hayati Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W ini:
"Wahai
manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan! Aku tidak
mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas
tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan
sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada
hari ini."
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini
dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang.
Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada
kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kami sakiti sesiapapun
agar orang lain tidak menyakiti kamu pula."
"Ingatlah bahawa
sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat
perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba',
oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai
sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.
Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalama perkara-perkara
besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam
perkara-perkara kecil."
"Wahai manusia, sebagaimana kamu
mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak atas
kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu, maka mereka
juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah
terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu
kami yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali
tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu
dan dilarang melakukan zina."
"Wahai manusia, dengarlah
bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat
lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat
daripada harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya
mampu. "
"Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada
Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tiada seorang pun yang lebih
mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh. Ingatlah
bahawa kamu akan mengadap Allah pada satu hari untuk
dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh
itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sesekali kamu terkeluar
dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku."
"Wahai manusia,
tiada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan
lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan
fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu. Sesugguhnya
aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang
teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat
selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku."
"Hendaklah
orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada
orang lain dan orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang
lain dan begitu seterusnya. Semoga orang yang terakhir yang menerimanya
lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus
dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalahMu
kepada Hamba-hambaMu."
10 April, 2014
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.
Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.
Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.
No comments :
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen...
namun jika komen menggunakan 'Tanpa Nama @ Anonymous'... silalah letak nama samaran sekurang-kurangnya di akhir komen untuk memudahkan komunikasi... tidaklah tertanya-tanya siapa gerangannya si tukang komen... terima kasih.