Di suatu pagi buta yang dingin, seorang ayah mengejutkan anak sulungnya yang berumur 7 tahun. Pagi ini si ayah bercadang menyertai aktiviti pendakian ke Bukit Broga bersama rakan-rakan sepejabat, anjuran kelab rekreasi majikan beliau.
 |
| subhanallah... indahnya ciptaan Allah... |
Si anak begitu bersemangat untuk mengikut ayahnya. Malah sanggup bangun seawal 5.30 pagi kerana begitu teruja untuk merasai pengalaman pertama mendaki bukit. Ayahnya pulak dah hampir tiga tahun tak mendaki bukit, apatah lagi gunung. Boleh naik ke tak boleh naik ni...fikir si ayah. Nasib baik lah di pertengahan pendakian, si ayah terserempak dengan
Pendaki Solo...barulah kembali bersemangat.
 |
| bersama Pendaki Solo |
 |
| antara aksi-aksi Along di Bukit Broga |
Tahniah Along kerana berjaya sampai ke puncak
Bukit Broga. Mula-mula mendaki bukit, lepas ni bolehlah kita layan mendaki gunung pulak. Cuma ayah tak berapa berkenan sebab Along tinggalkan ayah jauh sangat... Mentang-mentang dah dapat kawan baru.... sampai lupa ayah kat belakang ni...huhu!
No comments :
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen...
namun jika komen menggunakan 'Tanpa Nama @ Anonymous'... silalah letak nama samaran sekurang-kurangnya di akhir komen untuk memudahkan komunikasi... tidaklah tertanya-tanya siapa gerangannya si tukang komen... terima kasih.