Bila sahabat-sahabat lama masa sekolah ramai yang berjaya dalam bidang masing-masing terutamanya yang bergiat dalam bisnes, ada cadangan untuk menubuhkan koperasi alumni sekolah. Tujuannya supaya bila bergerak atas nama koperasi, mudah sikit nak mendapatkan projek yang lebih besar serta mudah sikit nak uruskan sebab boleh buat secara bersama. Maka dapatlah menjana lebih pendapatan untuk koperasi sambil memberi faedah lebih besar untuk ahli.
Sebagai pekerja gomen yang biasa-biasa je, apa sangat yang mampu aku buat selain hanya menyokong usaha kawan-kawan dari belakang, jadi ahli biasa sudahlah. Untuk menjalankan aktiviti koperasi kita serahkan pada yang pakar.
Mesyuarat Agung Permulaan penubuhan koperasi ni dijalankan di Restoran D'Oasis, Port Dickson pada 15 Feb.2014. Ada seorang wakil dari Suruhanjaya Koperasi untuk memantau dan membantu perjalanan mesyuarat. Untuk pengetahuan, dalam mesyuarat pertama bila nak menubuhkan koperasi, agendanya adalah:
1. Perlantikan Pengerusi Mesyuarat.
2. Persetujuan menubuhkan koperasi.
3. Permohonan bagi didaftarkan sebagai Koperasi.
4. Pemilihan Undang-Undang Kecil Koperasi.
5. Pemilihan Anggota Lembaga.
6. Pemilihan anggota yang akan turut sama menandatangani permohonan pendaftaran (sekiranya bilangan anggota Lembaga kurang dari 10 orang).
7. Menimbang dan meluluskan belanjawan tahunan koperasi.
8. Meluluskan elaun yang diberikan kepada anggota Lembaga dan saraan yang dibayar kepada mana-mana anggota Lembaga yang dilantik sebagai pengarah subsidiarinya, jika ada.
9. Meluluskan perlantikan suatu panel yang tidak kurang daripada dua orang juruaudit, yang merupakan juruaudit yang diluluskan oleh Suruhanjaya atau pegawai Suruhanjaya, untuk mengaudit akaun koperasi.
10. Menimbang dan meluluskan ruang lingkup dan had pelaburan yang dibiayai oleh kumpulan wang lebihan koperasi.
11. Menentukan had maksimum keterhutangan koperasi.
Bagus juga hadir mesyuarat koperasi ni. Sambil bermesyuarat, sambil bertemu sahabat-sahabat lama yang hampir 20 tahun tak jumpa, sambil dapat juga bawa mertua dan kakak ipar sekeluarga bercuti (sewa satu apartment 3 bilik di Glory Beach Resort).