~ Aku sukakan kucing. Walaupun orang kata aku nampak brutal (diulangi: orang kata...bukan aku kata), tapi jiwa aku ni lembut lagi penyayang sebenarnya...cheh! Tak percaya tanya la kucing-kucing aku yg 2 ekor tu. Yang hitam tu bernama J-Lo dan yg putih tu anaknya bernama Jibam. Kedua-duanya kucing kacukan baka apa entah. Si Jibam tu dah tua bangka & dah bunting pun masih menyusu dgn mak dia (tengok gambar), tak paham betul aku! - Hari ni si Jibam dah beranak 4 ekor. (Update: 2-3 hari lepas tu sekor mati tinggal 3).
~ Tajuk tulisan kali ni takde kena mengena dengan kucing-kucing tu. Jangan korang gatal-gatal nak menuduh aku yang membuntingkan si Jibam tu. Sebenarnya lebih kurang 8 bulan dari sekarang aku bakal menjadi bapa lagi...Insya Allah. Isteri tersayang disahkan mengandung 6 minggu. Semoga dipermudahkan segalanya.
31 March, 2009
22 March, 2009
Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam
Di suatu hari minggu, kebosanan melanda. Mana nak pergi? Terfikir satu tempat yang tak jauh dari rumah tapi dah lama tak pergi...Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam, dulunya dikenali sebagai Bukit Cherakah. Masa kami pergi tu sedang musim bunga.
Kategori :
Jalan-Jalan
14 February, 2009
Mengembara bersama Upin dan Ipin & the Geng
- Aku bukanlah kaki wayang tegar. Dalam setahun ada la dalam 4-5 kali masuk panggung. Itupun semuanya filem orang putih... entah kenapa kepala aku tak boleh nak layan cerita Melayu ni. Seingat aku baru 2 kali aku menonton filem Melayu di pawagam...filem Ali Setan masa aku kecik-kecik dulu. Itupun bapak sedara aku yang paksa temankan dia (time tu dia takde awek agaknya.) Dan satu lagi filem Mistik bersama awek (sekarang bini aku) yang memang suka tengok cerita seram (walaupun realitinya dia seorang yg penakut nak mampus..hehe).
- Melayan kerenah anak-anak yang hanyut dalam fenomena si kembar comel Upin & Ipin, aku pun membawa anak-anak aku (sudah tentulah bersama ibu mereka) ke Cineleisure, Mutiara Damansara, menonton filem animasi 3D pertama Malaysia iaitu Geng: Pengembaraan Bermula, hasil kerja Les' Copaque Production.

- Bagi aku filem ni kira menghiburkan la jugak. Idea & jalan ceritanya menarik, kreatif dan betul-betul bercirikan Malaysia. Kualiti animasinya juga memang cantik dan meriah dengan warna, pergerakan pun tak kaku, walaupun khabarnya hanya dibuat menggunakan PC dari Low Yatt je. Pendek kata kalau orang2 putih kat Disney, Pixar dll tengok pun boleh 'nangis'...macam mana orang Malaysia boleh buat 3D animasi setaraf dengan mereka.
- Tapi benda yang cantik pasti ada kekurangannya. Babak2 di pertengahan hingga penghujung cerita membuatkan aku sikit tak puas hati. Terlalu banyak makhluk pelik lagi ganas seperti ular gergasi, pacat gergasi dll ditonjolkan, ditambah pula dengan jeritan2 dan unsur2 suspen, langsung tak sesuai untuk kanak-kanak. Anak aku yg kecik tu (umur 2 tahun setengah) terpaksa dipeluk dan diriba ibunya kerana ketakutan. Gerenti mengigau anak aku malam ni.
- Lagi satu masa babak lumba motor, ditonjolkan betapa hebatnya budak 2 ekor tu berlumba, tanpa diselitkan pengajaran, nasihat dan keburukannya. Macam nak galakkan budak-budak merempit je! Dah aku pulak yg kena explain kat anak aku.
- Walaupun aku seorang pengkritik filem tak bertauliah, apapun aku bagi 4 bintang untuk filem ni. Kalau kurang unsur-unsur ganas tu bolehlah aku bagi 5 bintang. Tapi kalau Les Copaque bayar aku, 10 Bintang pun aku boleh bagi!.. ngeh3

Wayang
07 February, 2009
Berkelah @ The Woods Resort, Ulu Yam
~ Ramai bertanya kenapa Ulu Yam ni popular sangat sebagai lokasi perkelahan? Sebenarnya kalau kita menyusuri sepanjang Jalan Sg Tua - Ulu Yam, terdapat banyak lokasi untuk berkelah.
- Antaranya Empangan Batu, tempat-tempat perkelahan sungai dan air terjun yang dinomborkan P1, P2, P3, Taman Negeri Selangor, Riverstone Eco Resort, Amberstone Eco Resort, The Woods Resort dll. Pehh...memang banyak pilihan. Itu pasallah popular!
- Kali ni kami berkelah di The Woods Resort, Ulu Yam. Bayaran masuk RM 2.00 sahaja satu kepala, tanpa mengira berapa besar saiz kepala korang. Budak-budak kecik masuk free je. Sesuai untuk seisi keluarga. Ada tempat mandi yang cetek dan dalam. Ada chalet, tapak khemah berlambak-lambak. Ada tapak untuk buat hari keluarga dan juga gelanggang 'paintball'.
Itu saja gambar yang sempat diambil. Aku sibuk memanggang ayam!

Berkelah
02 February, 2009
Santai di Puncak Genting
- 13 tahun lalu (baru habis sekolah), aku pernah bekerja di Genting Highlands selama kira-kira setahun. Walaupun tempat tu sejuk, tapi kebanyakan aktiviti aku di sana agak panas kiranya... Dan rasanya sumber pendapatan aku masa tu pun agak panas. Di sana orang yang kuat iman pun rasanya boleh tewas. Inikan pulak orang yang tak kuat iman macam aku. Faham-faham sendirilah tempat macam tu.
- Ok, lupakan sejarah! Dah 4-5 tahun juga rasanya aku tak ke sana. Kebetulan isteri aku teringin nak bawa anak-anak ke sana untuk merasa dan menghayati suasana menggigil kesejukan. Menginap semalaman di Hotel Theme Park.
Tengok je lah gambar tu. Apa lagi yang nak dibuat di sini...selain bermain... makan... main... makan... main... dah penat bermain...tidur. Lena betul tidur sejuk-sejuk ni... hehe.

25 January, 2009
Transformasi kereta buruk aku!
~ Ini kereta pertama aku. Dah habis bayar. Fizikal luarannya dah hampir ke tahap untuk dijadikan tukun tiruan. Pernah juga dihempap dahan reput. Tapi enjin masih OK. Jadi rasanya nak pakai je la sampai reput. Buat masa ni malas nak menambah hutang lagi. Peduli apa aku dengan orang lain yang berkereta baru yang besar menjalar. Kereta besar bermakna hutang pun besar. (Hehe...ini ayat nak menyedapkan hati je sebenarnya. Kereta ni aje yang termampu aku pakai buat masa ni, bersesuaian dengan 'periuk nasi' aku yang kecik!)
~ Sebelum mereput, aku buat la transformasi sikit.
~ Sebelum mereput, aku buat la transformasi sikit.
~ Cat baru je sebenarnya hehe, asal nampak lawa sikit pada pandangan mata aku sudah! Tiada modifikasi pada enjin, suspensi dll...semua standard. Tak percaya? Nak test? Jangan! Tak sanggup aku makan asap kereta korang!
Kategori :
Kereta/Motor
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)
Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.
Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.
Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.