Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
18 Februari 2017 (Sabtu) - Ini log pendakian Gunung Gap dan Gunung Ulu Semangkuk bersama Angah dan Aina dan 6 orang rakan lain. Ini juga pendakian pertama bagi Aina, harap tak banyak meragam kat trek. Catatan ringkas je, malas nak tulis panjang-panjang.
INFO
~ Lokasi permulaan : The Gap Resthouse, Kuala Kubu Bharu, Selangor, di tengah perjalanan ke Bukit Fraser dalam kawasan Hutan Simpan Ulu Tranum.
~ Ketinggian : Gunung Gap (1183 meter / 3868 kaki); Gunung Ulu Semangkok (1394 meter / 4558 kaki).
Ramai
yang terkeliru dengan Gunung Semangkuk (1824 meter / 5984 kaki) yang
juga merupakan gunung tertinggi di Selangor, ini gunung yang berbeza dan tempat permulaan mendaki juga berbeza.
~ Kebiasaannya mengambil masa 45 minit - 1 jam dari tempat permulaan ke
puncak Gunung Gap dan 1 jam 45 minit - 2 Jam ke puncak Gunung Ulu
Semangkuk. Tempoh pendakian yang agak singkat sebab tempat permulaan pendakian di The Gap sudahpun berada di titik ketinggian yang agak tinggi.
Jarak Perjalanan : Lebih Kurang 3 km.
8.00 am - Berkumpul dan sarapan roti kobra telur goyang di Restoran Fazlina Maju, Kuala Kubu Bharu.
9.00 am - Bertolak ke The Gap mengikuti jalan ke Bukit Fraser yang berliku-liku dan berselekoh S. Para penumpang tersandar kepeningan, roti telur goyang yang dimakan tadi kini dah bergoyang-goyang dalam perut pulak.
10.15 am - Mula mendaki. Trek mula-mula agak mencanak hingga ke Gunung Gap. Tapi trek jelas, banyak marking, insya
Allah takkan sesat. Angah macam biasa paling laju, jalan depan sekali macam dialah guider, Aina pulak nampak seronok je, ok lah tu tak mengada-ngada sangat macam kat rumah...hehe. Suhu sepanjang trek memang dingin dengan angin bertiup nyaman.
11.30 am - Sampai di puncak Gunung Gap... rehat, bergambar sampai lebam.
12.00 pm - Teruskan perjalanan ke Gunung Ulu Semangkuk, trek turun naik dan ada trek landai.
2.15 pm - Sampai di puncak Gunung Ulu Semangkuk. Ramai juga pendaki lain, tapi ramai yang dah beransur turun. Anak-anak dah lapar, makan bekalan bihun + ayam goreng yang dimasak oleh ibu mereka yang gigih bangun masak pukul 5.00 pagi tadi. Ada juga surprise sambutan harijadi untuk seorang birthday boy grup kami. Lepas makan sambung bergambar di puncak sampai lebam lagi.
3.30 pm - Mula bergerak turun.
5.00 pm - tiba di Gunung Gap. Rehat sekejap dan teruskan perjalanan. Kalau tadi naik mencanak, nak turun ni mencanak la juga, sampai Aina pun dah lembik lutut terpaksa la didukung sekejap.
6.00 pm - Alhamdulillah selamat tiba di tempat permulaan. Dalam perjalanan balik ke KKB, singgah mandi dan solat kat air terjun kecik tepi jalan.
8.00 pm - Singgah makan kat Restoran Asam Pedas Dataran KKB, sebelum bertolak balik. Anak-anak pun dah pewai. Apapun tahniah Aina yang berjaya mendaki gunung buat kali pertama... tapau dua gunung sekaligus pulak tu. Lepas ni tak taulah diorang nak ikut gi hiking lagi ke tak lepas ni.
18 February, 2017
09 February, 2017
Catatan Pendakian Gunung Angsi via Bukit Putus & Bukit Batu Putih, Port Dickson
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
9 Februari 2017 (Khamis) - Cuti Hari Thaipusam. Plan mengejut berdua dengan Shahrul untuk mendaki Gunung Angsi, N.Sembilan. Sebelum ni pernah ikut trek dari Ulu Bendul, kali ni nak cuba trek dari Bukit Putus. Catatan ringkas je, dah malas nak tulis panjang-panjang.
9.50 am - Mula mendaki, kena bayar permit masuk hutan simpan RM5 seorang di pondok Jab.Perhutanan. Trek mula-mula agak mencanak, lepas tu trek agak landai dan santai. Kami pun jalan santai-santai juga. Trek jelas, insya Allah takkan sesat.
11.50 am - Sampai checkpoint Waterfall View, tapi takde pulak nampak waterfallnya.
12.20 pm - Sampai puncak, dah ramai pendaki lain yang sampai awal. Masak megi, lama tak pekena megi kat puncak.
1.30 pm - Lepas waktu zohor, mula bergerak turun.
2.40 pm - Sampai tempat permulaan.
3.00 pm - Mandi sungai menyucikan diri kat Hutan Rekreasi Ulu Bendul dan solat.
4.30 pm - Hari masih awal, bertolak ke Port Dickson, plan nak naik Bukit Batu Putih pulak.
5.30 pm - Sampai PD, pekena laksa di medan selera Pantai Tanjung Biru (Blue Lagoon)
6.00 pm - Mula mendaki dari tempat permulaan Hutan Rekreasi Tanjung Tuan, betul-betul sebelah PNB Ilham Resort. Kena bayar RM1 seorang. Permulaan ikut jalan tar, kemudian masuk trek hutan sikit. Ada dua pilihan trek di sebelah kanan jalan. Trek pertama akan lalu pantai seterusnya perlu mendaki bukit yang agak curam. Trek kedua jalan terus hingga nampak rumah api dan masuk simpang trek hutan tak jauh dari situ (ada marking).
6.30 pm - Sampai puncak Bukit Batu Putih... puncak kecik je, penuh dengan pendaki lain nak layan sunset.
7.00 pm - Sempat layan sunset kejap, lepas tu turun balik sebelum maghrib. Singgah Rumah Api Tanjung Tuan selfie2 kejap.
7.30 pm - Sampai di tempat permulaan.
8.30 pm - Singgah di R & R Seremban, mandi, solat & makan.

![]() |
| Gunung Angsi |

| Bukit Batu Putih |
Kategori :
Hiking
23 January, 2017
Catatan Pendakian Gunung Baling
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
20 Januari 2017 (Jumaat)
10.30 malam - Berkumpul dan bertolak dalam hujan dari R&R Rawang, 10 orang, 3 kereta.
21 Januari 2017 (Sabtu)
12.30 malam - Singgah mengeteh/mengopi di R&R Sungai Perak.
1.00 pagi - Teruskan perjalanan... mata dah segar lepas pekena kopi jantan.
4.00 pagi - Sampai di Masjid Sultanah Bahiyah, Pekan Baling, tidur-tidur ayam dalam kereta sementara menanti waktu subuh.
6.10 pagi - Solat subuh berjemaah... kemudian tambah seorang ahli lagi baru sampai dari Sg.Petani.
7.00 pagi - Sarapan di di sebuah gerai di pekan Baling...
7.45 pagi - Bergerak ke kaki gunung dalam kemalasan (perut dah berat).
8.15 pagi - Memulakan pendakian, ramai juga pendaki dari grup lain. Awal pendakian ni trek tanah sederhana pacak tapi sangat licin disebabkan hujan malam tadi.
9.30 pagi - Sampai di Gua Kambing... takde pulak nampak kambingnya...
10.00 pagi - Teruskan perjalanan, trek berubah dari tanah licin kepada trek berakar, berbatu kapur dan berhutan buluh. Ada dua kawasan trafik jam disebabkan perlu melalui celah batu yang sempit, kelebihan kepada yang berkaki panjang boleh panjat batu ikut tepi trek.
10.45 pagi - Sampai kat satu checkpoint yang ada view menarik, boleh nampak Gunung Pulai dari sini, lepak lama di sini sambil bergambar sakan. Sesekali pemandangan G.Pulai dilitupi kabus.
12.00 tengahari - Baru naik ke puncak yang dah tak berapa jauh pun. Bergambar kat signboard di puncak setinggi 546 m / dpl dan beberapa lagi port menarik untuk bergambar. Boleh nampak keseluruhan pekan Baling dari puncak ni.
1.00 tengahari - Cuaca baik tak panas sangat, mula bergerak turun ikut jalan yang sama.
2.15 petang - Berehat sebentar di Gua Kambing, sempat shooting mannequin berjemaah.
4.00 petang - Sampai semula di tempat permulaan mendaki. Agak lewat sebab seorang ahli tercedera, jatuh tergelincir sampai terhentak kepala masa menuruni trek tanah licin tadi... mujur tak berapa serius. Bersihkan diri di masjid, disusuli solat jamak zuhur & asar.
5.00 petang - Lepak gerai Brangan Corner, pekena air kelapa, mi kari, mi sup dan laksa sedap, bertambah sedap bila dibelanja oleh tuan rumah, terima kasih semoga bertambah murah rezeki.
6.00 petang - Bertolak ke Penang.
8.00 malam - Sampai di tempat penginapan di TM Resort Tanjung Bungah.
10.00 malam - Keluar makan pekena char kuey teow & pasembor kat Gurney Drive.
22 Januari 2017 (Ahad)
11.30 pagi - Dari pagi tadi bermalasan di tempat penginapan, sarapan nasi lemak pun ada orang yang tapaukan, terima kasih :), hampir tengah hari baru check out.
12.00 tengahari - Jalan-jalan cari makan... Nasi Kandar Line Clear.
1.00 tengahari - Sementara sebahagian ahli pergi shopping jeruk, sebahagian yang lain gi massage kaki, melegakan urat-urat yang tegang.
2.30 petang - Bertolak balik ke KL. Terima kasih semua geng, jumpa lagi.

16 January, 2017
Kelebihan Menghafal al-Qur'an
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Al-Qur’an merupakan Kalam Allah yang mengandungi lebih daripada 6000 ayat. Al Qur’an akan memuliakan sesiapa yang beramal dengan kandungannya. Terdapat sebahagian daripada kita yang mampu menghafal keseluruhan daripada ayat-ayat al-Qur’an ini. Sudah tentu para hafiz dan hafizah ini bukan sebarang orang. Apakah penghormatan Allah kepada para penghafaz ini? Bagi para penghafaz al-Qur’an mereka mendapat kemuliaan di dunia dan akhirat.

| kredit gambar dari SINI |
Kelebihan di dunia
1. Sebaik-baik dan semulia-mulia manusia
ialah yang belajar dan mengajar Al-Quran. Nikmat mampu menghafal al-Qur’an sama dengan nikmat kenabian. Cuma bezanya
ia tidak mendapat wahyu.
“Barangsiapa yang membaca (hafal) al-Qur’an, maka
sungguh dirinya telah menaiki darjat kenabian, hanya saja tidak diwahyukan
kepadanya.” (Riwayat Hakim).
Al-Qur’an menjanjikan kebaikan, barakah dan
kenikmatan bagi penghafalnya “ Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari
al-Qur’an dan mengajarkannya (Riwayat Bukhari dan Muslim).
2. Seorang yang hafal al-Qur’an lebih
disayangi dan dihargai oleh Rasulullah s.a.w. Sabda Rasulullah s.a.w:
"Daripada Jabir Bin Abdullah ra. Bahawa Nabi s.a.w menyatukan dua orang
daripada orang-orang yang gugur dalam perang Uhud dalam satu liang lahad.
Kemudian Nabi s.a.w. bertanya, "dari mereka berdua siapakah paling banyak
hafal al Qur’an?" Apabila ada orang yang dapat menunjukkan kepada salah
satunya, maka Nabi s.a.w memasukkan mayat itu terlebih dahulu ke liang
lahad." (Riwayat Bukhari).
3. Kepada hafiz al-Qur’an, Rasul menetapkan
bahawa ia berhak menjadi Imam solat berjamaah. Rasulullah S.A.W bersabda “ Yang
menjadi Imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya” (Riwayat Muslim).
4. Barangsiapa yang beramal dengan al-Qur’an
maka akan terselamat dari kesesatan di dunia dan kesusahan di akhirat. Hatinya
juga sentiasa aman tenteram. Daripada Abdullah bin Mas‘ud r.a., Nabi s.a.w. bersabda
yang bermaksud: “Bacalah al-Qur’an kerana Allah tidak akan menyeksa hati orang
yang menghafal al-Qur’an. Sesungguhnya al-Qur’an ini hidangan Allah, sesiapa
yang memasukkannya, ia akan aman. Dan sesiapa yang mencintai al-Qur’an, maka
hendaklah ia bergembira.” (Riwayat al-Darimi)
5. Hafiz al-Qur’an adalah keluarga Allah
yang berada di atas bumi. “ Sesungguhnya Allah mempunyai keluarga di antara
manusia, para Sahabat bertanya, “Siapakah mereka Ya Rasulullah ? Baginda
menjawab: “Iaitu ahli al-Qur’an (orang yang membaca atau menghafal al-Qur’an
dan mengamalkan isinya). merekalah keluarga Allah dan orang yang istimewa bagi
Allah.” (Riwayat lbn Majah)
6. Menghormati seorang hafiz al-Qur’an
bererti mengagungkan Allah. Sabda rasulullah s..a.w "Di antara perbuatan mengagungkan Allah
adalah menghormati Orang Islam yang sudah tua, menghormati orang yang menghafal
al-Qur’an yang tidak berlebih-lebihan dalam mengamalkan isinya dan tidak
membiarkan al-Qur’an tidak di amalkan, serta menghormati kepada penguasa yang
adil." (Riwayat Abu Daud).
Kelebihan di Akhirat
1.Al-Qur’an akan menjadi penolong (Syafaat)
bagi penghafal al-Qur’an. Dari Abu Ummamah RA ia berkata,”Aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah olehmu al-Qur’an, sesungguhnya ia akan
menjadi pemberi Syafaat pada hari kiamat bagi para pembacanya (penghafalnya)”.
(Riwayat Muslim).
2.Hafiz al-Qur’an juga dapat memberi
syafa’at untuk masuk syurga kepada 10 orang dari ahli keluarganya yang telah
wajib masuk neraka. Mafhum sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca al-Qur’an
dan menghafalnya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan
memberikannya hak syafaat untuk 10 orang anggota keluarganya yang mereka
semuanya telah ditetapkan untuk masuk neraka.” (Riwayat al-Tirmizi dan
al-Nasa’i)
3. Menghafal al-Qur’an akan meninggikan
darjat manusia di Syurga. Darjat dan tingkatan syurga untuk ahli al-Qur’an
ialah sebanyak mana ayat yang dibaca sewaktu di dunia. Daripada Aisyah r.ha.,
Rasulullah s.a.w. bersabda, mafhumnya: “Jumlah tingkatan—tingkatan syurga sama
dengan jumlah ayat-ayat al-Quran. Maka tingkatan syurga yang dimasuki oleh penghafal
al-Quran ialah tingkat yang paling atas, tidak ada tingkat lagi sesudah itu.”
(Riwayat al-Baihaqi dan al-Hakim)
4. Para penghafal al-Qur’an akan bersama
para Malaikat yang mulia dan taat. “ Dan perumpamaan orang yang membaca
al-Qur’an sedangkan ia hafal ayat-ayatnya bersama para Malaikat yang mulia dan
taat (Muttafaqun alaih).
5. Manusia yang paling dicintai Allah ialah
mereka yang paling pandai dalam ilmu al-Qur’an.
6.Hafal al-Qur’an adalah bekalan yang
paling baik di akhirat. Sabda rasulullah s.a.w: "Daripada Jabir bin
Nufair, katanya rasulullah s.a.w. bersabda; "Sesungguhnya kamu tidak akan
kembali menghadap Allah dengan membawa sesuatu yang paling baik daripada
sesuatu yang berasal daripada-Nya iaitu al-Qur’an”.
7. Pendamping al-Qur’an akan dipakaikan
mahkota dan pakaian kemuliaan dan akan mendapat keredhaan dari Allah Ta’ala,
begitu juga kedua orang tuanya. Sesiapa yang membaca al-Qur’an, membacanya,
mempelajarinya dan mengamalkannya maka dipakaikan mahkota dari cahaya pada hari
kiamat. Cahayanya seperti cahaya matahari dan kedua orang tuanya dipakaikan dua
jubah (kemuliaan) yang tidak pernah didapatkan di dunia. Keduanya bertanya,
“Mengapa kami dipakaikan jubah ini? Dijawab,”Kerana kalian berdua memerintahkan
anak kalian untuk mempelajari al-Qur’an.” (Riwayat al-Hakim).
Begitulah kemulian yang diberikan kpd para
penghafaz al-Qur’an. Kemungkinan sebahagian besar umat Islam bukan penghafaz
al-Qur’an. Maka kita mesti perlu bercita-cita untuk menjadikan salah seorang
dari keturunan kita (termasuk anak atau cucu) untuk menjadi penghafaz
al-Qur’an. Insyaa Allah niat kita akan dimakbulkan oleh Allah SWT.
Kategori :
Agama
15 January, 2017
Along dah sekolah menengah
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Pejam celik pejam celik, tahun ni Along dah naik sekolah menengah , Angah dah tahun 5, Aina pulak dah masuk tahun 2.
Selamat menempuh alam sekolah menengah buat Along. Walaupun terpaksa berkorban berjauhan dengan keluarga, belajar berdikari dan belajar di sekolah yang bukan aliran biasa, ayah dan ibu sentiasa doakan Along berjaya mencapai cita-cita serta menjadi insan berjaya di dunia dan akhirat.
1. Depan asrama penginapan... rumah berkembar 2 tingkat.
2. Belajar berdikari basuh baju sendiri...
3. Makan berjemaah dengan kawan-kawan di dewan makan.
4. Sesi orientasi dalam kelas.
5. Dapat sentiasa solat berjemaah di masjid.
6. Riadah tiap-tiap petang, harap dapat turun berat badan.

Sekolah
09 January, 2017
Along dah khatam Quran
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Setelah kira-kira 6 tahun belajar mengaji dengan seorang guru mengaji yang tak berapa bertauliah, agak garang dan mengajar secara part time je, akhirnya tamat juga Along mengaji.
Kerana kekangan masa, majlis khatam Quran diadakan secara kecil-kecilan je, cuma dihadiri oleh kira-kira 50 orang... eh silap, 5 orang sahaja. Tiada juga jamuan pulut kuning kerana itu hanyalah adat Melayu semata-mata... sebaliknya Along diraikan dengan hidangan steamboat & bbq ala buffet...
Alhamdulillah, tahniah Along. Semoga dengan khatamnya Along ni akan menjadi penerang jalan hidupnya menjadi insan yang bertaqwa lagi berjaya dunia akhirat. Aamiin.

Subscribe to:
Posts
(
Atom
)
Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.
Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.
Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.