Semoga adikku ini bersama isterinya bahagia hingga ke akhir hayat
18 November, 2012
11 November, 2012
Majlis Graduasi Tadika Angah
~ Cuti sekolah dah bermula. Tiba-tiba tersepit antara nak menghadiri dua acara pada masa yang sama... iaitu mengikut rombongan ke Penang (majlis perkahwinan adik lelaki (tiri) aku atau menghadiri hari konvokesyen anak kedua aku (konvo tadika je daa).
~ Terpaksalah utamakan majlis konvo tadika si Angah, sekali seumur hidup je tu. Kenduri kahwin adik aku tu aku pergi sebelah lelaki je nanti.
~ Acara: Disebabkan ini tadika sekular, maka acaranya pun acara keduniaan je lah. Dimulakan dgn persembahan tarian setiap kelas yg ada kat tadika tu, termasuk persembahan si Angah...owh, ada bakat juga anak aku tu menari. Lepas tu penyampaian sijil, dan diakhiri dgn acara makan-makan beramai-ramai.
~ Tahun depan Angah dah darjah 1.... cepat sungguh masa berlalu.

Kategori :
Sekolah
08 November, 2012
Cuti sekolah datang lagi
Tak belajar dah
Lepas je habis periksa, budak-budak sekolah dah tak belajar dah... boleh bawa permainan dan boleh main je sepanjang waktu persekolahan... kata si Along. Sama je baik sekolah agama mahupun sekolah kebangsaan. Jadi banyak hari jugalah si Along memonteng malas nak ke sekolah.
Keputusan
Keputusan peperiksaan akhir tahun untuk Tahun 2 dah dapat. Along dapat no. 31/42.... OK lah tu, ada juga peningkatan berbanding dengan periksa setengah tahun dulu, no. 41/42. Mungkin bagi sesetengah mak bapak akan malu kalau anaknya dapat nombor berpuluh-puluh. Tapi bagi aku ok je, asalkan dia dah berusaha... mungkin setakat tu je kemampuan budak tu.
Angah pulak dapat no.3/7 kat sekolah tadika dia. Terlambat daftar punya pasal maka terpaksalah dia sekolah sesi petang yang cuma ada 7 murid je dalam kelas dia. Sejak dah pandai mengeja dan membaca ni... habis semua benda nak diejanya....
Putus cinta
Suatu malam, beberapa hari sebelum cuti sekolah, bawa famili makan di luar. Tiba-tiba si Along kata takde selera nak makan... sebab baru putus cinta. Awek dia sejak zaman sekolah tadika dah kena rampas dek budak lain. Adehhh... tak sangka pulak aku kena berdepan situasi macam ni seawal anak aku ni baru darjah 2. Oooo... patutlah periksa dapat nombor berpuluh-puluh, kecik-kecik dah pandai nak bercinta... Ibunya pulak siap tergelak macam nak putus urat kentut... sampai menangis pulak budak tu kena gelak. Aku ni nak gelak ke tak... gelak dalam hati je la... kih..kih..kih... Kalau aku gelakkan dia juga nanti lain kali mesti tak nak dah dia cerita apa-apa atau meluahkan perasaan dia kat famili.
Perancangan masa cuti
Dah lama tak bawa anak bini gi jalan-jalan jauh sikit, masa cuti nilah yang sesuai. Nantilah aku fikir nak bawa jalan ke mana. Tapi tiba-tiba aku ternampak pulak banner majlis khatan perdana beramai-ramai.
Heh... siaplah 2 orang anak bujang aku tu....

18 October, 2012
Kelebihan meninggal dunia di Mekah
~ Buka email pagi ni, dapat berita mengejutkan, seorang rakan sekerja telah kembali ke rahmatullah, bukan sebarang tempat tapi di tanah suci Makkah. Serta merta terkenang keseriusan beliau meng'query kami pasal salah isi borang. Selamat jalan Rohana bt Darus aka Kak Yong. Semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang dirahmati dan diredhaiNya.
Innalillahi wainna ilaihi raaji'uun...
Al-Fatihah.
Sumber: Perkongsian FB Ustaz Nasir
Innalillahi wainna ilaihi raaji'uun...
Al-Fatihah.
KELEBIHAN MENINGGAL DUNIA DI MAKKAH
Lazimnya jika seseorang meninggal dunia di Makkah, sudah tentu jenazahnya tidak akan dibawa pulang ke tanah air masing-masing. Sebaliknya terus dikebumikan di tanah suci Makkah. Bolehlah dianggap ini sebagai satu peluang yang Allah SWT berikan kepada kita untuk disemadikan di Makkah.
Kebiasaannya rakyat Malaysia yang meninggal dunia di Makkah, adalah sewaktu mereka sedang mengerjakan ibadah umrah atau ibadah haji. Beginilah ‘perjalanan’ yang perlu anda lalui sekiranya anda meninggal dunia di Makkah. Di sini, anda disemadikan tanpa batu nisan, memungkinkan tiada ahli keluarga yang dapat menziarahi anda di kemudian hari di sebabkan lokasi kubur anda tidak diketahui.
Bolehkah kita bercita-cita untuk mati di Makkah atau Madinah?
Dalam sebuah hadith Nabi SAW ada disebut:
Maksudnya: “Barangsiapa yang mampu untuk mati di Madinah maka lakukanlah. Sesungguhnya aku akan memberi syafaat kepada sesiapa yang mati di sana.”
(riwayat Ahmad dan At-Tirmizi)
Menurut riwayat al-Tabarani, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:
“Sesiapa antara kamu yang mungkin mampu untuk meninggal dunia di Madinah, meninggallah di sana.
Sesungguhnya sesiapa yang meninggal dunia di sana, aku menjadi saksi atau pemberi syafaah kepadanya pada hari kiamat.”
(Sabiq, 2000: I: 522-24)
Ini menunjukkan satu perkara yang diharuskan oleh Islam, di mana ulama telah meng-istinbat (mengeluarkan) hukum dari hadith tersebut seperti yang dijelaskan oleh Al-Imam An-Nawawi, Ibnu Hajar dan lain-lain bahawasanya HARUS untuk berniat untuk mati di tempat yang baik dan dalam keadaan yang baik.
Apatah lagi di Madinatul Munawwarah, ganjarannya sangat jelas iaitu Nabi akan memberi syafaat.
Jadi kita berdoa kepada ALLAH SWT agar kita mati di dalam keadaan yang baik dan di tempat (Makkah,Madinah) yang baik. Semoga kita termasuk di kalangan yang bernasib baik di beri peluang untuk disemadikan di tanah suci Makkah atau Madinah...Aamiin.
Sumber: Perkongsian FB Ustaz Nasir
15 October, 2012
Review: Hotel Seri Malaysia Port Dickson
![]() |
| ali aloque Sungai Buloh |
~ Sebenarnya ini kali kedua aku bertaklimat kat hotel ni, yang pertama pergi tahun lepas. Lokasi hotel ni memang agak strategik juga la, berdekatan dengan Pantai Saujana (Pantai Bt.4). Memang happening juga pada hujung minggu. Tapi untuk ke pantai kena menyeberang jalanraya yang agak sibuk. Pada hari Sabtu malam minggu juga ada pasar malam berdekatan hotel.
~ Sampai je kat bilik penginapan untuk bertiga yang dah ditetapkan, terasa suhu bilik agak panas. Rakan sebilik aku bernama Ijad yang sampai lebih awal sedang membebel mengatakan air-cond tak sejuk. Setelah diperiksa rupa-rupanya filter dalam air-cond tu penuh dengan habuk tebal, nampak sangat dah lama tak diservis. Lantas beliau dengan muka tak puas hati tiba-tiba bertindak sendiri dengan mencabut filter tu lalu mencucinya sendiri dalam bilik air. Terpancar kepuasan di wajah beliau kerana berjaya 'meringankan' kerja pihak maintenance hotel. Moralnya, air-cond yang tak sejuk bukan saja boleh menyebabkan suhu bilik menjadi panas, malah hati juga boleh terbakorrr!
~ Setelah suhu bilik dan hati beransur sejuk, kami membaringkan diri di katil yang agak selesa, sambil menonton tv yang sungguh comel. Nampaknya pihak hotel mengambil langkah berjimat cermat dengan mengekalkan tv comel bersaiz 14 inci... tanpa remote control. Mungkin lagi 10 tahun baru cadang nak lekat tv LCD kat dinding agaknya. Kebetulan malam tu ada live perlawanan separuh akhir Piala Malaysia antara Selangor lwn Kelantan. Memang kena duduk dekat betul-betul depan tv kalau jauh sikit memang hanya akan nampak pemain-pemain berlari, melompat dan jatuh tapi bolanya tak nampak...
![]() |
| kolam renang pun comel... |
Sekian review ala-tripadvisor dari aku.
Kategori :
Jalan-Jalan
,
Kerja
11 October, 2012
Seekor kucing bernama Mebius
- Di PAWS, nama asalnya Chilli. Bila dah diambil keluarga angkat, ditukar sikit bunyi namanya kepada Charlie. Tak lama kemudian, anak-anak keluarga angkatnya yang merupakan peminat setia Ultraman Mebius mencadangkan agar kucing ini dipanggil MEBIUS. Muktamad!
- Ikutkan saja. Harap-harap takde la cadangan nak tukar nama lagi. Takut confius pulak kucing ni asyik kena tukar nama je.
- Itulah antara aksi si Mebius setelah kira-kira 2 minggu bersama keluarga angkatnya.
- Ikutkan saja. Harap-harap takde la cadangan nak tukar nama lagi. Takut confius pulak kucing ni asyik kena tukar nama je.
![]() |
| seekor kucing warna oren, makan dlm bekas warna oren, carrier kat belakang tu pun warna oren... serba oren! |
- Itulah antara aksi si Mebius setelah kira-kira 2 minggu bersama keluarga angkatnya.
Kategori :
Kucing
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)
Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.
Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.
Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.