![]() |
| ali aloque Sungai Buloh |
~ Sebenarnya ini kali kedua aku bertaklimat kat hotel ni, yang pertama pergi tahun lepas. Lokasi hotel ni memang agak strategik juga la, berdekatan dengan Pantai Saujana (Pantai Bt.4). Memang happening juga pada hujung minggu. Tapi untuk ke pantai kena menyeberang jalanraya yang agak sibuk. Pada hari Sabtu malam minggu juga ada pasar malam berdekatan hotel.
~ Sampai je kat bilik penginapan untuk bertiga yang dah ditetapkan, terasa suhu bilik agak panas. Rakan sebilik aku bernama Ijad yang sampai lebih awal sedang membebel mengatakan air-cond tak sejuk. Setelah diperiksa rupa-rupanya filter dalam air-cond tu penuh dengan habuk tebal, nampak sangat dah lama tak diservis. Lantas beliau dengan muka tak puas hati tiba-tiba bertindak sendiri dengan mencabut filter tu lalu mencucinya sendiri dalam bilik air. Terpancar kepuasan di wajah beliau kerana berjaya 'meringankan' kerja pihak maintenance hotel. Moralnya, air-cond yang tak sejuk bukan saja boleh menyebabkan suhu bilik menjadi panas, malah hati juga boleh terbakorrr!
~ Setelah suhu bilik dan hati beransur sejuk, kami membaringkan diri di katil yang agak selesa, sambil menonton tv yang sungguh comel. Nampaknya pihak hotel mengambil langkah berjimat cermat dengan mengekalkan tv comel bersaiz 14 inci... tanpa remote control. Mungkin lagi 10 tahun baru cadang nak lekat tv LCD kat dinding agaknya. Kebetulan malam tu ada live perlawanan separuh akhir Piala Malaysia antara Selangor lwn Kelantan. Memang kena duduk dekat betul-betul depan tv kalau jauh sikit memang hanya akan nampak pemain-pemain berlari, melompat dan jatuh tapi bolanya tak nampak...
![]() |
| kolam renang pun comel... |
Sekian review ala-tripadvisor dari aku.



Ohhhhhh. Lagipun aku ngah cari tempat percutian pd bln 11atau 12.tima kasih sbb tlg aku. tq. :-)
ReplyDeleteKesian x dpt nak bersama keluarga haaaaaaaahaaaaahaaaaaa. Xpe nasib baik dapat bawe keluarga. Tapi kosnya tinggi takpe saboor je laaaaahhhhh
ReplyDelete