PTT Outdoor

16 February, 2012

Percutian di Kuala Selangor : Menyelami Dunia Haiwan

Salam Maulidur Rasul.

Cuti 4 hari sempena Maulidur Rasul & Thaipusam. Sepatutnya kena datang kerja pada Sabtu & Isnin untuk mengerjakan kerja yang bertimbun, tapi aku datang hari Sabtu je sebab dah tak sanggup dikerjakan. Kebetulan ada bajet lebih sikit, ada lagi bagus aku bawa anak bini pergi bercuti. Ini kisah percutian kami di Kuala Selangor.

6 Februari 2012 (Isnin) 

~ Makan tengahari di Restoran Lembah Bernam, Parit 9 Sekinchan, lebih kurang 30 km dari Kuala Selangor. Selepas Pekan Sekinchan cari Jalan Parit 9 sebelah kanan... merentasi kawasan sawah terus sampai hujung jumpa Jalan Terusan Utama. Kemudian belok kiri jumpa la restoran ni. Teringin nak menikmati makanan eksotik seperti landak, rusa, kijang, napuh, pelanduk atau kancil dll, kat sinilah tempatnya selain satu lagi iaitu Restoran Selera Rimba yang agak jauh ke dalam. Namun hari tu cuma ada stok daging landak dan pelanduk shj. berharga RM120 sekilo. Dah namanya pun makanan eksotik memanglah mahal sebab bukan senang nak dapat. Tapi tak kisahlah sekali sekala berhabis sikit sekadar nak merasa.

~ Menu kami hari tu, daging landak (300 gram) masak rendang dan daging pelanduk (200 gram) masak kicap dimakan bersama nasi putih dan macam2 jenis ulam. Alhamdulillah memang sedap hingga menjilat jari walaupun bilnya bernilai RM80 tak begitu sedap untuk membayarnya. Hidangan lain yang ada (nasib le bergantung kepada stok) adalah seperti ayam kampung, ayam hutan, burung wak-wak, burung puyuh, ikan puyu, sepat, baung, belut dan udang galah. Kalau nak pastikan stok apa yang ada, sebelum datang call dulu 019-6108355 / 019-3934521. 



~ Kemudian kami berpatah balik ke Kuala Selangor lalu check in hotel bajet di pusat bandar Kuala Selangor, berharga RM 70 semalam, betul2 berhadapan pintu masuk naik ke Bukit Melawati. Chehh macam pelancong dari jauh je...padahal jarak dari rumah ke Kuala Selangor ni lebih kurang 40 km je...kui3.

~ Lepak sekejap di hotel. Lepas Asar pergi pasar Pasir Penambang. Sebelah pasar tu ada satu lorong kecik ke jeti untuk aktiviti 'eagle feeding'. Tak payah pergi Langkawi, kat Kuala Selangor ni pun ada. Harga boleh tahan... RM 25 satu kepala (dewasa) & RM 15 (kanak-kanak 3 tahun ke atas). Jangan risau jaket keselamatan disediakan termasuk saiz budak2.

~ Sampai di tempat yg dituju (tak berapa jauh pun dari jeti), pemandu bot akan mematikan enjin bot lalu mencampakkan sikit lemak & kulit ayam. Maka berterbanganlah helang2 menyambar di permukaan air, tapi agak takut2 untuk mendekati bot kerana jarak paling hampir pun lebih kurang 50 meter kot dari bot kami. Ada 3 jenis helang kat sini iaitu helang besar berwarna hitam putih, helang warna coklat dan helang warna coklat berkepala putih (helang winston)...ntahapa ke nama spesis yg sebenar aku pun tak pasti. Apahal pun anak-anaklah yg paling seronok dapat naik bot terutamanya si Along sebab dapat menyaksikan haiwan yang paling diminatinya...katanya la! Kalau berminat contact Johnson, 019-2639123 atau pergi je terus ke jeti, masa nak tengok helang adalah dari 4.00 pm -6.30 pm shj.



~ Dah pukul 6.00 pm lebih. Daging landak & pelanduk tengahari tadi mungkin telah selamat dihadamkan, sebab tiba2 kami terasa lapar. Masa untuk jalan-jalan cari makan. Cadang nak pergi Pantai Remis tapi dalam perjalanan ke sana ternampak satu tempat makan yg nampak macam best je kat Taman Merpati (tak berapa jauh dari simpang nak ke Bukit Rotan/KL).

~ Suasana kat kedai makan beratap nipah ZackTwoTen Corner ni agak mendamaikan sebab dipagari barisan pokok kelapa gading. Meja makan pun betul2 bawah pokok kelapa. Jadi kami pun pesan air kelapa 2 biji segar dari ladang, mee udang banjir (yg banjir cuma kuahnya, udangnya cuma 2 ekor), mee kari ketam (ketam kecik je), udang kertak (atau udang lipan) goreng, nasi goreng pattaya & lempeng kelapa dicicah dengan sambal tumis ikan bilis. Berselera pulak Angah pekena lempeng sampai kena order satu lagi sebab berebut dengan Aina. Semua yg dipesan rasa boleh tahan sedap la...bil semua sekali RM33. 



~ Lepas solat maghrib, apa lagi aktiviti nak dibuat ni? Alang-alang dah tidur sini, moh kita tengok kelip-kelip kat Kg Kuantan. Baru tau rupanya keajaiban kelip-kelip Kg. Kuantan ni dah terkenal seantero dunia sebab setibanya kami kat sana, berduyun-duyun pelancong mat saleh dan cuma beberapa kerat pelancong tempatan sedang beratur panjang menunggu giliran naik sampan. Sewa sebuah sampan termasuk insurans dan jaket keselamatan (Maksima 4 orang dewasa) harganya RM40. Masa mulai senja hingga 11.00 malam.

~ Agak2 setengah jam jugalah kami beratur, nasib baik agak banyak sampan yg disediakan takde la lama sangat kena menunggu. Menarik juga dapat pengalaman baru menyusuri tebing sungai dalam gelap sambil menikmati cahaya kelip-kelip yg banyak hinggap kat pokok berembang, terutama buat anak-anak yg tak pernah tengok kelip-kelip. Cuma nak ambik gambar kelip-kelip payah sikitlah sebab kalau pakai flash nampak terang sangat sampai tak nampak cahaya kelip-kelip, lagipun memang tak dibenarkan pakai flash sebab kelip-kelip akan merajuk tak nak berkelip selama 5 minit. Itu kata brader pendayung sampan tu kalau dia tipu aku pun tipulah. Kalau tak pakai flash langsung tak nampak apa2 pulak. Mungkin kalau pakai kamera mahal bolehlah kot. Setakat kamera handphone macam kami ni rentikanlah. Cerita banyak pun tak guna, datanglah sini dan alamilah sendiri.




7 Februari 2012 (Selasa)

~ Bermalas-malasan di hotel. 10.00 am baru keluar dari hotel mencari sarapan. Pergi jauh sikit ke Tanjung Karang semata-mata nak mengecas bateri handphone dlm kereta. Pekena nasik lemak kat ntahapa ke nama restoran tu aku tak ingat.

~ Lepas sarapan, patah balik ke Kuala Selangor dan destinasi seterusnya yg kira wajib pergi kalau sampai Kuala Selangor ni iaitu Bukit Melawati. Pada hari biasa boleh bawa kereta sampai atas puncak bukit tapi pada hujung minggu dan cuti umum, pelawat kena naik trem yg disediakan kat kaki bukit. Tarikan utama ke sini pastilah kehadiran puluhan lotong jinak kat puncak bukit tu, menunggu pelawat beri makanan. Ehh rasa macam dah pernah cerita dulu kat SINI.


~ Tapi pastikan ada pakaian bersih untuk ditukar sebab bila-bila masa lotong ni akan memanjat badan kita macam dah kenal lama je. Almaklumlah lotong-lotong ni tak reti beristinjak jadi ada sisa-sisa najis kat punggung dan kaki mereka, kalau terkena baju dah tak boleh bawa solat.

~ Dari Bukit Melawati, kami bertolak ke Pantai Remis nak jalan-jalan cari makan. Ohh tidak... tersangkut pulak dalam kesesakan jalan sebab ada perarakan Thaipusam kat sini. Ingatkan kat Batu Caves je ada perarakan. Sampai Pantai Remis dah pukul 2.00 pm lebih, lepak sekejap ambil angin sambil menunggu Aina bangun tidur. Pantai ni tak berapa sesuai untuk mandi manda sebab berlumpur, setakat nak ambil angin, main layang2 dan memancing oklah.. Kat pantai ni jugak banyak gerai menjual segala jenis kerang, siput sedut, mentarang, lala, remis dan ntahapa jenis haiwan bercengkerang lagi.



~ Lepas tu lepak kat satu warung sambil pekena kerang bakar, sotong bakar dan udang bakar. Senang cerita semua menu kat sini yg bakar-bakar je... bakar sampai hampir rentung pun ada. Rasa biasa2 je, lain kali tak nak makan sini dah. Lepas makan hari hujan pulak, anak2 agak kecewa tak dapat main layang2. Lepas tapau 2 kg kerang bulu, kami pun balik ke rumah. Malam tak makan nasi dah... melantak kerang bulu rebus je. Itu je kisah percutian kami kali ni. Sekian terima kasih.

~ Sesuai dengan tajuk entri ni; Menyelami Dunia Haiwan, mari aku copy paste balik berapa banyak jenis haiwan yg disebut dalam entri ni: landak, rusa, kijang, napuh, pelanduk, kancil, ayam kampung, ayam hutan, burung wak-wak, burung puyuh, ikan puyu, sepat, baung, belut, udang galah, helang, remis, merpati, kelip-kelip, udang, udang kertak(udang lipan), ikan bilis, ketam, lotong, kerang, sotong, siput sedut, mentarang, lala... dan akhir sekali yg kami tapau iaitu kerang bulu.


26 January, 2012

Seronoknya duduk kampung

- Cuti 5 hari sempena Tahun Baru Cina. Budak2 sekolah cuti seminggu. Balik kampung2 aku kat Pahang menziarahi sanak saudara yg dah lama tak ditemui. Sampai2 kampung terus demam panas. Maka sebagai orang demam, aktivitinya dah tentu la bermalas-malasan, baring, makan dan tido sepanjang hari... nasib baik sehari je. Bila demam dah kebah, bermulalah penjelajahan menziarahi rumah saudara mara yg bertebaran di seluruh daerah Temerloh, Bera & Jerantut .

- Rabu...masa untuk balik sebab esoknya dah kena kerja. Si Along nampak keberatan sebab katanya seronok tinggal kat kampung. Apa taknya, main dengan kawan2 baru dari pagi sampai ke petang sampai tak ingat makan... macam bapaknya jugak masa kecik2 dulu. Aku cadangkan dia tinggal aje lah nanti hari Ahad aku datang ambik. Tiada bantahan... seronok sangat le tu.

- Itu saja. Cuma nak mencatat bahawa ini pengalaman pertama seorang anak berumur 7 tahun berpisah dengan mak bapaknya, walaupun cuma 3 hari. Aku rasa lepas ni bila cuti sekolah mesti dia mintak ditinggalkan kat kampung lagi. Ayah takde hal...ayah paham sebab ayah pun budak kampung!!!

.

15 January, 2012

Selamat Tinggal Puting!

Petua untuk memulihkan ketagihan puting kosong dari anak-anak.

puting saya sering menjadi perhatian...
Budak di sebelah ni sudahpun berumur 2 tahun, merupakan penghisap puting (kosong) tegar. Boleh dikatakan sepanjang masa tidak boleh berenggang dengan putingnya, terutama masa tidur. Kalau tidur tanpa puting alamatnya tidur pun tak lena asyik merengek je.

Doktor Sahab kata tak elok sangat amalan hisap puting ni lama-lama. Satu tindakan drastik perlu diambil untuk memisahkan budak ini dari puting kesayangannya.

Satu idea yang agak kejam tiba-tiba terlintas di fikiran bapak kepada budak ini. Tanpa pengetahuan budak ini, puting tersebut dilumurkan dengan sedikit sos cili, lalu diberikan kepada budak itu. Maka berkerutlah muka budak ini menahan kepedasan... apasal tiba-tiba rasa tak sedap pulak ni? Maka sejak itulah budak ini dah tak kisahkan putingnya lagi... walaupun 2-3 malam juga tidurnya tak lena.

Maafkan ayah, Aina! Hehehe...

05 January, 2012

Sekolah 2012

Along - Tahun lepas masa exam akhir tahun darjah 1, dapat no. 4/39...4A 1B. Tahun ni melompat kelas dari 1K ke 2D... Walaupun agak nakal namun terang hatinya... Alhamdulillah. Tahun ni juga dia sekolah kebangsaan sesi petang. Pagi kena pergi sekolah agama sampai pukul 11. Lepas tu terpaksalah singgah transit 2 jam kat taska...makan tengah hari, mandi & bersiap sementara menunggu van untuk sekolah sesi petang. Dah macam orang pergi kerja... pergi pagi...petang baru sampai rumah...


Angah - Tahun ni Angah mula sekolah tadika. Sesi petang juga sebab terlambat daftar kat tadika yang berdekatan taska dia. Pergi dan balik dihantar dan dijemput oleh makcik taska je. Hari pertama nampak ok & steady je dia... selamat menempuh alam persekolahan Angah!

02 January, 2012

Selamat Tahun Baru Kapir 2012.

- Pantas betul rasanya masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah masuk tahun baru 2012. Agak menyedihkan tahun masehi lebih diberi perhatian berbanding tahun hijrah. Tak caya biar aku tanya tahun ni tahun berapa hijrah? Mesti korang (termasuk aku sendiri) terkial-kial nak jawab lalu terpaksa tengok kalendar untuk pastikan tahunnya. Tu belum kira yang tak berapa hafal bulan-bulan dalam takwim hijrah lagi. Nak buat macam mana, itulah realitinya yang kita amalkan di Malaysia ni.

 jangan jadi macam azam mamat ni

-  Azam tahun baru? Aku tak biasa berazam sebenarnya tapi setahun dua ni aku cuba gak la pasang azam. Apa salahnya kalau nak berazam menjadi insan yang lebih baik. Azam tahun lepas nak berhenti merokok dah tercapai.

Azam tahun ni nak menggantikan balik apa yang dah banyak tertinggal dan sengaja ditinggalkan masa dulu-dulu, selagi masih berpeluang. Biasalah kita manusia selalu lalai dan lupa. Renung-renungkan sendiri dan kalau tak faham jugak... apa nak buat biar aku sorang yang faham sudah!




- Ehh dah takde idea  nak tulis. Aku cilok aje le beberapa corat-coret tahun baru oleh kawan-kawan dari wall FB aku, mungkin boleh jadi inspirasi untuk aku dan korang :



Ekin Saleh :: SeLamAt TaHun Baru semua WaRga Fb - HijRah Itu PerLu unTuK PeRuBahAn Yg LeBih BaIk 


semoga tahun baru datang dgn kehidupan yg baru. Amin.. :)


Talib Dato Mansor  Harap tahun baru ini disambut sederhana sahaja kerana yang penting tahun baru islam yg perlu kite ingat sudah pun memulakan tahun barunya...anyway,happy new year to all my frenz...:)

Dira Ziq  Happy new year... Slmt berazam baru, semangat baru n enjoy 4 better life.. Lupakan kisah silam n fikirkan utk jd yg lebih baik...insyaAllah


Ini Aizuddin  SELAMAT TAHUN BARU 2012. 
Semoga Tahun Baru lebih baik dari Tahun Lepas...


Allissya Fazzlynn   Thn 2011 bakal melabuhkn tirainya. Segala suka duka yg pernah d lalui biarlah mjadi kekuatan dlm menempuh hari2 yg mendtg. Yg manis biarlah d jadikn memori trindah manakala yg pahit biarkan berlalu pergi. D harapkn thn 2012 mberi sinar baru yg lebih indah lg bermakna bg kita semua….

Ridzwan Razali  berehat di kg halaman..amat mendamaikan..selamat menyambut tahun baru 2012 kawan2...semoga lebih berjaya & bahagia..;)


Harimau Malaya  selamat tahun baru 2012 kpd semua peminat setia harimau malaya....semoga team harimau kita lebih garang di tahun akan datang....


 
Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
As salamu'alaikum shbt FB yg d kasihi. Tahun 2012 d ambang pintu. Ini mungkin tahun terakhir kita d muka bumi. Azamlah utk jadi yg terbaik, membantu bukan membantutkan, mendoakan bukan mengutuk org, cari kebaikan bukan keburukan org, memaafkan bukan dendam, jadi sbb      turunnya Hidayah Allah bukan daayah setan, dapat redha Allah dan redha insan, bahagia d dunia n cemerlang di akhirat. Maaf zahir batin, moga Allah rahmati kita semua. Amin, wassalam.

Azam 2012...aku nak kaWen...!!!!! Cpt msk meminang!!!!


Hafizalharun Pakharun  PERINGATAN PENTING!!!!!!!!JGN MASUK @ KE TANDAS PADA 31/12/2011 JAM 23.59 KERANA SESUATU PEKARA AKAN B'LAKU IAITU ANDA HANYA BOLEH KELUAR PADA TAHUN HADAPAN....

Mario Marshmellow   Okay goodbye 2011 & welcome 2012. Seperti biasa, apebile tahun baru semua poyo2 nak buat azam baru. Padahal azam yg tahun2 lepas x tercapai lagi pon. LOL :P


Muriza Hazrul   Menjelang, DUA SIFAR SATU DUA...adakah azam 2011 telah dilaksana?apa pung...tanamkan azam dan tingkatkan usaha untuk DUA SIFAR SATU DUA yg lebih cemerlang...meh turun ramai2 ke Dataran Kemerdekaan Shah Alam untuk menyusuri hari-hari akhir 2011 menjelang 1 1 DUA SIFAR SATU DUA with Ustaz Azhar Idrus

  United 2 - 3 Blackburn... apa cilakak lawan team cikai boleh kalah ni??? tempat sendiri lak tu....


Cukup le tu! Banyak lagi sebenarnya tapi dah malas nak kopipes!

31 December, 2011

Cerita Hujung Tahun 2011

~ Agak lama tiada entri baru kerana penulisnya tersangat sibuk bekerja mengalahkan Perdana Menteri. Sepanjang bulan November hingga awal Disember boleh dikatakan setiap hari termasuk Sabtu & Ahad terpaksa O.T demi menyelesaikan kerja yang berlambak di hujung tahun. Nak bawak anak bini gi jalan-jalan cuti sekolah ni pun tak sempat.

~ 12/12/11 (Isnin) ; Hari cuti am sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor. Main futsal friendly lawan Pejabat Operasi Kajang kat gelanggang futsal ntahapakenama kat Jln Reko, Kajang. Masing-masing menghantar 2 pasukan iaitu pasukan Kajang A (anggota tetap), Kajang B (sambilan), Gombak A (tetap) dan Gombak B (sambilan). Dijalankan secara liga sepusingan di mana berkesudahan dengan Kajang B menjadi juara. Team aku Gombak A no.3... pingat gangsa pun jadilah...

~ 15-17/12/11 (Khamis-Sabtu); Terpaksa tinggalkan anak bini lagi tiga hari. Kena pergi taklimat PHP pulak kat Selesa Beach Resort, PD.

~ 18/12/11 (Ahad) ; Baru ada kelapangan masa bawa anak jalan-jalan, tapi tak jauh mana cuma pergi mandi sungai kat Templer Park. Janji anak-anak gumbira.



 ~ 21/12/11 (Rabu) ; Selamat hari jadi anakku Angah yang ke-5. Aku selalu confuse umur sebenar dia sebab dia lahir hujung tahun. Cuma buat sambutan kecil-kecilan 5 beranak shj. kat rumah.



~ Kerja dah selesai, ambil peluang pulak untuk bercuti panjang sambil menguruskan persiapan persekolahan anak-anak... beli kelengkapan persekolahan... beli tu, bayar ni... nasib baik dibantu oleh bini dan jugak dapat duit bonus setengah bulan gaji dan bantuan pendidikan RM100... Kerajaan dah bagi... ambik dan terima kasih sajalah jangan banyak bunyi!

~ Lepas cuti Krismas, balik kampung bini 2-3 hari. Masa nak balik sempat singgah berkelah di Sg. Klah Hot Spring, bersama mertua dan abang ipar. Terima kasih kepada abang ipar yang sudi membelanja kami sekeluarga. :)


~ Sekarang orang kerja gomen tengah hangat pasal Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) & opsyen pencen dari 58 ke 60 tahun. Sebelum bercuti aku dah sain mana yang patut... kekal pencen pada umur 58 dan sain sajalah penerimaan SBPA. Sebarang isu berbangkit pasal gaji biar Qpac & JPA bincang kemudian. Sebarang ketidakadilan biar Allah shj membalasnya.Yang penting sekarang aku nak cutiiiiiiiiiii....!!!

Selamat tahun baru 2012.

Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.

Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.

Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...