13-17 Feb. 2010, cuti panjang sempena Tahun Baru Cina. Balik kampung, ada dua kenduri kahwin. 1 di Pahang (adik tiri aku) dan 1 di Perak (abang bini aku), berselang sehari. Walaupun jauh jaraknya tapi saudara terdekat yg kahwin jadi tak patut la kalau tak balik. Lainlah kalau saudara yg bau2 kentut, bolehlah pilih salah satu.
13 Feb; Balik Pahang. Lumrah musim cuti, jalam jem gila. Start dari Bt Caves sampai lepas terowong Genting Sempah, lenguh kaki main klac. Masa ni lah terbayang nikmatnya bawa kereta auto. Perjalanan biasa 2 jam dah jadi 4 jam...adehhh.
14 Feb; kenduri kat Pahang, rumah mak aku. Biasalah kat kampung, persiapan kenduri dibuat secara gotong royong. Penat la sikit membantu bahagian penanggah. Menu kat sini special sikit, lauk utama Ikan Patin Gulai Tempoyak.
Lepas kenduri, lebih kurang 4 ptg, bertolak ke Ipoh pulak. Lepak sejam minum kat Batang Kali. Sampai Ipoh dekat pukul 10.00 mlm...penat!
15 Feb; kenduri kat Perak pulak, rumah mertua. Tak banyak kerja sangat, susun kerusi meja je. Makan minum semua katering uruskan.
Selamat Pengantin Baru kpd mereka dan pasangan mereka, semoga kekal berbahagia hingga ke akhir hayat. Aamiin!