PTT Outdoor

22 May, 2009

Bawa Aiman tengok wayang

Hantar anak kecik aku si Aliff tu ke taska. Lepas tu bawa anak sulung aku & ibunya gi tengok wayang. Kalau bawa yang kecik tu takut termelalak pulak dalam panggung, tak ke mengganggu konsentrasi orang lain...

Ini kali kedua si Aiman tengok wayang selepas menonton Geng Upin & Ipin, teruja betul dia. Tak berkelip mata tengok cerita superhero kegemaran dia, Spiderman 3.


Kursus / taklimat di Port Dickson

Bermula 19-21 Mei, aku terpaksarela menghadiri kursus & taklimat di Glory Beach Resort, Port Dickson. Selain mendengar taklimat pasal kerja, adalah aktiviti2 lain seperti jalan-jalan cari makan & menyertai acara 'indoor game'.

Terima kasih kepada kawan-kawan seperjuangan yang banyak 'menyumbang' kepada kejayaan aku. Jangan putus asa dan ingat kata-kata keramat aku ni; "Laut ada pasang surutnya, kalau takut dilambung ombak tsunami, jangan berumah di tepi pantai..." Ngeh3 :D

17 May, 2009

Outdoor Games SUPES 2009

Main bolasepak 9-sebelah yang dijalankan secara liga sepusingan, 7 minit setiap separuh masa. Sebagai pemain yang dah termasuk dalam kategori 'kuda tua', aku jadi supersub ajelah...tak larat nak main full time, separuh masa ke-2 baru masuk. Main utk team Biru.

Keputusan perlawanan:

Biru vs Hijau : Menang 2-0
Biru vs Kuning : Seri 0-0
Biru vs Merah : Menang 1-0

Kuning vs Hijau : 1-0
Kuning vs Merah : 0-0
Hijau vs Merah : 1-0

1. The Champion, Biru
2. Kuning
3. Hijau
4. Merah

Keputusan acara2 lain...aku tak tau dan tak ambil tahu.

16 May, 2009

Manchester United juara lagi...

M.U Juara lagi kali ke-18. Buat 'musuh-musuh' aku...kita bikin panas lagi dengan aktiviti 'bakar-membakar' musim depan!

09 May, 2009

Futsal SUPES 2009

- Hari ni bermula Sukan Tahunan tempat kerja aku... Dijalankan setiap minggu selama 3 minggu berturut-turut. Kakitangan seramai lebih kurang 500 orang dibahagikan kepada 4 pasukan. Ada pasukan Biru, Merah, Kuning & Hijau. Macam rumah sukan zaman sekolah dulu la pulak...

 Jadual Acara Sukan:
 9 Mei: Futsal Lelaki & Perempuan

 17 Mei: Bolasepak 9-sebelah, bolatampar L & P, bolajaring & tarik tali L & P.
Sepaktakraw digugurkan atas sebab-sebab yang tidak diketahui...

 24 Mei: Indoor Games; Ping Pong, karom, catur, dam aji, bola PS2 & bowling.

Aku cadangkan tahun depan masukkan acara snooker(tanpa unsur-unsur perjudian!)

 - Aku sebagai seorang atlet yang serba boleh (semua sukan boleh main tapi tak terrer) dijemput khas untuk mewakili pasukan Biru dalam acara futsal, bolasepak 9-sebelah, karom & bowling.

 - Hari ini dalam acara Futsal yang dipecahkan kepada 2 kumpulan secara liga... aku main untuk pasukan Biru A yang hanya menduduki tempat ke-3 dlm kumpulan (1 menang,1 seri & 1 kalah). Tak layak ke separuh akhir. Gambar lain kali aku upload (kalau jumpa carik)

01 May, 2009

Selamat Hari Lahir ke-5, Aiman Izzuddin

Bertuahnya anak sulung aku ni, setiap tahun semua orang bercuti semata-mata nak menyambut harijadi dia. Tapi mintak mahap je la ye, kami sambut berempat je makan kek & kfc di tepi Tasik Shah Alam.


Nak meriah sikit nanti ayah hantar kek ke taska sambut ramai-ramai dengan kawan-kawan ye...
Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.

Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.

Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...